"Sorry Teacher. Adam salah pula kalini." Ujar Adam dengan muka kecewa. Mulut sebek.
"It's okay, Adam. Adam kan tengah belajar. Lagipun Adam masih small boy. Mesti banyak lagi benda yang Adam akan belajar." Pujuk Adara sambil mengusap kepala Adam yang sedang memakai kopiah.

"Okay Teacher. Adam nak belajar banyak-banyak, nanti Adam boleh jadi pandai."

"That's the spirit, Adam." Adara berkata sambil mengagumi semangat Adam.

Tiba-tiba, telefon Adara berbunyi menandakan mesej masuk. Adara terus mencapai handphone nya. "Adam tulis dulu words ni semua. Teacher nak check phone jap." Kata Adara. "Otay Teacher!"

Stranger:
Aku nak jumpa kau sekarang

Adara:
Siapa ni ya? Saya kenal ke?

Adara cuak. Siapa chat dia kasar-kasar macam ni? Ah long ke? Tiba-tiba Adara overthinking. Sebab Adara ada dengar cerita yang seorang perempuan ni reject seorang lelaki ni. Tahu-tahu lelaki tu pergi bagi maklumat diri dia ke ah long seolah-olah mengatakan yang perempuan tu isteri dia. Tapi bila fikir balik, Adara tidak pernah reject sesiapa.

Stranger:
Aku Zafran. Suami Dian. Dah kenal?

Oh Zaf. Eh? Zaf? Dah kenapa? Tiba-tiba ajak jumpa. Aduh tak sukanya.

Adara:
Oh Zaf. Aku tengah kerja ni Zaf. Tak boleh sesuka hati keluar.

Adara memang guna aku-kau je kalau dengan Zafran ni. Dia tak selesa nak guna saya-awak. Awkward. Cringe.

Zafran:
Aku tak kira. Aku dah ada dekat kedai pisang goreng yang dekat dengan tempat kerja kau ni. Kau tak datang juga, kau siap.

Zafran ugut pula. Zaf acah je tu sebenarnya. Dia pun taktahu siapnya apa. Takkan dia nak rempuh Comel Child Care Center ni semata nak jumpa Adara. Memang tak lah. Dia fikir dia siapa?

Eh jantan ni. Ugut-ugut pula. Entah mende je dia boleh buat.

Adara:
Eh betullah. Aku tengah mengajar budak-budak dekat sini. Tak boleh tinggal macam tu je.

Zafran:
Aku nak cakap pasal Dian ni, minah. Kalau tak memang aku taknak jumpa kau.

Adara geram. Dia memang taknak sebut nama aku ke? Ish! Adara terus minta izin kakaknya. "Akak, Ad nak keluar kejap boleh? Ada orang nak jumpa. Urgent."

"Ha boleh. Keluar lah. Hati-hati."

"Okay akak. Nanti Ad tapau pisang goreng."

Tiba-tiba mesej masuk lagi.

Zafran:
Sayang

Adara:
Eh? Dah kenapa?

Zafran:
Sorry salah sent

Zafran terus delete for everyone chat tu.

Zafran:
Eh kau? Aku chat atas-atas tu tak reply. Aku ter sent sayang terus kau reply. Kau memang teringin aku panggil kau sayang ke minah?

Adara seen je. Dia malas nak layan orang macam Zafran ni. Buat sakit hati je.

Sampai je Adara di gerai pisang goreng itu, dia terus memilih beberapa keping pisang goreng dan keropok lekor. Dia lapar. Jadi dia nak melantak pisang goreng alang-alang dah sampai sini.

Selepas itu, Adara terus menuju ke meja yang di duduki oleh Zafran. Nampak disitu Zafran sedang bermain dengan telefon nya dengan tangan kirinya. Tangan kanannya memegang sekeping pisang goreng.

Adara terus duduk di kerusi tanpa menyapa Zafran. Dah terang-terang dia menarik kerusi itu dan bunyi geseran terhasil, takkan Zafran pekak kan? Mesti dia sedar ada orang datang. Kalau tak perasan, memang pekak lah jantan ni.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now