Chapter 2

18.3K 792 35
                                    

Hai, ni chapter 2. Happy reading! Jangan lupa vote okay?

**********

5 tahun kemudian

"Weh nyah! Bangun! Dah pukul berapa dah ni?! Aku laaa perempuan ni. Susah betul nak bangun." Jerit Sofea ke arah Adara yang masih berlingkar di atas katil. Dengan dua bantal yang selamat berada di atas lantai. Sebelah kaki Adara juga berada di lantai.

Adara pernah kata, dia suka tidur dengan meletakkan sebelah kaki di atas lantai. Dia rasa selesa katanya. Bagi Sofea pula, dia takut untuk buat begitu kerana dia selalu bayangkan akan ada makhluk yang menyetuh kaki nya dari bawah katil. Jadinya Sofea selalu tidur berselubung walaupun panas. Satu jari kaki pun dia tak bagi keluar.

"Aku tak faham dengan minah ni lah. Susah betul bangun. Lepas subuh pergi tidur balik ha macam ni lah. Aku dah kata jangan layan kdrama tu. Jangan layan tiktok tu." Bebel Sofea sambil mengangkat semula dua bantal yang terdampar kesian dia atas lantai. Dahlah bantal ni pemberian Sofea kepada Adara.

"Bangun lah ya Allah si Adara ni lah. Aku nak gerak pergi kerja dah ni nyah." Sofea tiba-tiba risau. Macam mana lah Adara nanti bila dah kahwin. Dahlah zaman sekarang kes cerai berleluasa. Kadang-kadang hal sekecil zarah pun boleh jadi punca cerai. Tidak memicit ubat gigi dengan betul pun boleh jadi punca tau. Ya, boleh. Sofea pernah dengar dari kata seorang pekerja di tempat dia intern beberapa tahun lepas. Ni yang buat dia risau untuk Adara. Haih, takpa lah nanti aku ajar lah si Adara ni bangun awal sikit. Desis hati Sofea.

Adara mula menggerakkan badannya apabila Sofea menggoncang badannya dengan kasar. Adara malas. Adara malas apabila mengenangkan dia perlu bangun mandi untuk pergi kerja. "Bangun Ad. Aku nak gerak dah ni." Kata Sofea sambil menarik tangan Adara untuk bangun dari pembaringannya.

"Hm kau pergilah. Aku bangun dah ni." Kata Adara dingin. Adara bila bangun pagi memang macam ni. Takde nya dia nak mesra-mesra. Dia kalau bangun pagi memang tak bercakap. Sofea dah terbiasa. Kadang-kadang sampai dia bercakap sorang-sorang kerana Adara langsung tak bercakap dengannya. Hanya geleng dan angguk je. Kalau advance sikit dia sebut lah ya atau tidak.

Ni lagi satu hal yang buat Sofea risau. Adara bangun pagi tak bercakap. Buatnya dia dapat suami yang suka bercakap macam mana? Buatnya pagi-pagi atas katil suami dia dah ajak borak macam mana? Haih Sofea harap Adara dapat suami yang boleh memahaminya sebagaimana Sofea memahami Adara.

"Okay lah aku gerak dulu. Kau jangan sambung tidur pula. Susah kang akak kau mencari kau katmana. Aku ada buat mushroom soup sikit. Kau makan lah. Cicah ngan roti. Mantoppp." Sofea berkata sambil membuat chef kiss. Setelah itu, Sofea menuju ke arah pintu bilik Adara untuk keluar memakai tudung dan terus bergerak ke tempat kerjanya.

Adara turun dari katilnya setelah mengikat rambutnya. Dia mengambil tuala nya di penyangkut dan lilitkan ke tubuh badannya setelah membuka baju dan seluarnya. Setelah itu, dia masuk ke bilik mandi.

Setelah mandi dan memakai baju dan seluar dalam, Adara menuju ke meja solek nya untuk memakai skin care nya. Bermula dengan toner, diikuti dengan face mist, moisturizer, serum, dan diakhiri dengan sunscreen. Setelah itu, Adara mulakan solekan simple nya. Pagi ni Adara relax sikit. Lagipun baru pukul 7.30 pagi. Dia perlu sampai ke tempat kerjanya pada jam 8.30 pagi. Tambah lagi pula, jarak jauh dari rumahnya ke tempat kerjanya tiada lah jauh sangat. Dalam 15 minit je.

Setelah siap menyemburkan setting spray, Adara menuju ke arah penyangkut bajunya. Adara mengenakan baggy jeans berwarna light blue dan kemeja plain yang longgar dan baggy berwarna hijau lumut. Adara sudah siap menggosok bajunya dari sebelum tidur lagi. Dari zaman sekolah rendah Adara memang suka siapkan pakaiannya sebelum tidur lagi.

Pernah sekali tu, waktu darjah 3, hari ahad, Adara semangat menyiapkan segala homeworknya sekali gus menyiapkan jadualnya. Setelah itu dia bersemangat untuk menggosok baju sekolah. Adara mula menggosok kain sekolahnya, diikuti dengan baju sekolahnya. Apabila dia sedang menggosok tudung, tiba-tiba tudungnya berlubang. Ya, tudungnya terbakar. Mungkin iron tu dah panas sangat agaknya. Adara terus badmood. Dia menangis. Dia rasa tak berguna kerana dia baru ingin rasa excited untuk menyiapkan semua benda. Lepas kejadian sedih itu, ibu nya tidak mengizinkan Adara menggosok tudung sekolah. Tapi baju dan kain sekolah boleh pulak. Pelik.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now