Bab 13 : MALAM YANG TAK DI JANGKA

Mulai dari awal
                                    

"No no no.. please harris jangan buat aku macam ni. Aku minta maaf sebab buat kau marah, a..ku minta maaf sangat-sangat". Rayu qirah lagi.

"Degil! Laa kau ni!". Marah harris sambil mengangkat pisau tersebut dan menghunus pisau tersebut ke arah pipi qirah.

Qirah yang terkejut melihat kelakuan harris terjerit perlahan sambil matanya dipejam rapat.

"Toink toinkk"

Qirah membuka matanya dan memandang harris. Harris menunjukkan pisau tersebut kepada qirah lalu menekan pisau tersebut menggunakan jari telunjuknya, pisau tersebut masuk kedalam. Harris tersenyum. Mata qirah membulat.

Harris juga mencucuk pisau tersebut ke dahi qirah sambil membuat bunyi "toink toink".

"Bhahahahahahaha bro terbaik bro". Gelak naim.

Harris menoleh kearah sahabatnya itu sambil tergelak.

"Kau tengok muka dia cuak siap menangis merayu lagi tu bhahahahahah..". Ejek harris.

Mereka bertiga ketawa gembira.

Nafas qirah semakin laju, air matanya semakin deras.

"Tskk tsk tsk".

Kedengaran suara qirah menangis.

Harris yang mendengar tangisan qirah itu terus berhenti gelak dan memandang ke arah qirah yang sudah terduduk mencangkung sambil memeluk kedua-dua belah kakinya. Mukanya di sembam dilututnya. Harris mengarahkan naim dan haziq untuk diam.

"Qirahhh.". Panggil harris.

Tangisan qirah semakin kuat. Harris dan rakan-rakannya cemas.

"Qirahh".

Panggil harris lagi tetapi tiada sahutan dari qirah. Harris duduk mencangkung berhadapan dengan qirah.

"Qirahh rilek laaa, aku gurau jer". Pujuk harris.

Qirah terus bangun dan berlari keluar dari kelas tersebut. Harris menggejar qirah.

"Qirahhhhh! Kau nak pergi mana??'. Jerit harris.

Qirah tidak memperdulikan panggilan harris. Qirah terus berlari menaikki anak tangga. Sampai sahaja di tingkat paling atas qirah memanjat palang besi dan berdiri di hujung.

Mata harris membulat. Dia terkejut melihat keadaan qirah yang sedang berdiri di hujung seolah-oleh qirah mahu terjun dari bangunan tersebut.

Harris menghampiri qirah.

"Jangan dekat". Arah qirah.

"Qirah bertenang qirah". Pujuk harris.

Haziq dan naim yang baru sampai di situ juga terkejut.

"Shitt". Cakap haziq perlahan tapi masih boleh di dengari oleh naim.

Mereka berdua berjalan menghampiri harris. Harris memberi isyarat kepada mereka supaya tidak menghampirinya.

"Qirah, aku minta maaf pasal tadi, aku cuma nak bergurau". Jelas harris.

"Ko ingat lawak ke? Korang memang suka kacau aku tapi ni dah melampau. Aku dah tak sanggup nak hadap lagi baik aku MATII."

"Qirahh jangan buat benda bodoh ni qirah, ingat family kau qirah". Pujuk harris.

Qirah mencebik apabila mendengar perkataan family.

"Okey, aku janji lepas ni, aku tak kacau kau dah". Cakap harris lagi.

"Please turun". Pujuk harris lagi.

Jodoh yang di takdir (Complete)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang