BAB67 : Peringatan dari Kamal dan surprise

273 12 0
                                    

Harris dan Haikal berjalan beriringan menuju ke meja yang di duduki oleh Kamal, naim dan Haziq.

Sebaik sampai di meja tersebut Harris dan Haikal terus menarik kerusi lalu mereka duduk serentak.

Kamal memanggil pelayan untuk mengambil order untuk Harris dan Haikal. Kamal, naim dah Haziq terlebih dahulu memesan makanan mereka.

"So, ape citer?". Tanya Harris selepas pelayan meninggalkan mereka.

"Chill dulu bro. Kau ni tak menyabar lansung. Kau tak order makanan?". Tanya Kamal.

"Balik nanti aku makan. Bini aku mesti dah masak". Jawab Harris.

"Fulamakk.. syok laa ada bini. Balik rumah semua dah ready." Naim mula bersuara.

"Tulaa pasal bro. Tak macam kita ni, still tak ada orang rumahh". Sambung Haziq.

"Itu laa hang. Pasai apa tak cari lagi calon dok sibuk pi berjoli sana sini tapi habuk pun tadakk" . Balas Kamal.

"Kedahh marii dahh. Hahahaha". Kata Haikal.

Harris tersengeh melihat gelagat kawan-kawannya. Tak lama kemudian pelayan datang menghidang air yang dipesan.

Harris mencapai air teh aisnya lalu dia menyedut air tersebut dengan menggunakan straw.

"Eh mal, macam mana masuk alam perkahwinan? Citer sikit". Tanya Haziq.

Kamal tersenyum senget apabila mendengar pertanyaan dari Haziq.

"Haah mal. Dah sebulan kau kahwin. Malam pertama apa macam?". Tanya naim sambil menaikkan kedua-dua belah keningnya.

"Engkau ni. Malam pertama juga kau nak tahu.. Tak ada soalan yang bermoral sikit ke?". Jawab kamal.

"Hek elehh. Tanya sikit pun tak boleh". Kata naim.

"Heyyy, ni kamal laa... confirm kamal boleh handle punya". Kata Kamal sambil mencuit hidungnya menggunakan ibu jarinya.

"Fulamakkkk.. tahniahh broo". Kata naim dengan nada terujanya.

Harris, Haziq dan Haikal juga turut bersorak apabila mendengar jawapan dari Kamal.

"Akhirnya, kau tamatkan zaman teruna kau". Kata Haziq.

Kamal tersengeh mendengar kata-kata Haziq lalu kamal memandang ke arah Haikal.

"Kau bila lagi?". Perli Kamal kepada haikal.

"What the hell. Sial laa kau". Jawab Haikal dengan muka masamnya.

"Bhahahahahah". Tawa mereka berempat bergema serentak.

"Ke dalam diam, Kau dah hilang teruna?". Usik naim pula.

Haikal hanya menayangkan jari tengahnya ke arah naim yang masih lagi ketawa.

"Dah laa korang ni. Sekarang ni, aku tanya, apa yang korang beriya sangat nak citer dekat aku sebenarnya?". Tanya Harris lagi.

Kamal membuat isyarat kejap kepada Harris apabila melihat pelayan datang membawa makanan untuk Haikal, naim dan Haziq.

Harris memerhatikan pelayan tersebut menghidang makanan mereka sehingga pelayan itu siap melakukan kerjanya.

"Citer laa cepat. Aku nak balik ni". Kata Harris lagi.

"Kau tanya naim laa. Dia yang tahu pasal benda ni". Jawab Kamal.

Harris memandang ke arah naim yang sedang menikmati makanannya.

"Kejap bro. Bagi aku makan dulu. Tengah kebulur ni". Kata naim.

Jodoh yang di takdir (Complete)Место, где живут истории. Откройте их для себя