BAB 1 : PENGENALAN

1.4K 26 0
                                    

 Bunyi alarm yang dikeluarkan dari Iphone milik qirah telah mengejutkan Qirah dari tidurnya. Dalam keadaan mamai qirah meraba meja lampunya untuk mencari telefonnya bimbitnya, setelah jumpa qirah menutup alarmnya.

Qirah bangun dan duduk di katilnya lalu mengeliat untuk membetulkan urat-uratnya. Iphone yang masih setia berada ditangannya dibuka, applikasi whatapp ditekan, tiada masej baharu masuk, lalu Qirah membuka instagramnya lalu mengscrollnya, Qirah mengeluh sedikit sebelum perasan jam telah menunjukan pukul 6.45 pagi,

" Ya Allah, dah nak habis waktu subuh, ape nak jadi dengan kau ni qirah" desisnya, dengan pantas qirah bangun dan lari menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

 Usai  selesai solat subuh, qirah turun menuju ke dapur. Qirah melihat sosok tua mak ehsah yang sedang ligat menyiapkan sarapan untuk mereka.

Tiba-tiba tercetus idea kurang bijaknya untuk mengusik Mak Ehsah, dengan perlahan Qirah jalan menghampiri mak Esah sambil tersenyum jahat lalu Qirah menjerkah Mak Ehsah.

"Bahhhhh!!!

Mak Ehsah terkejut lalu menjerit "arghhh, Ya Allah!!

Qirah yang sedang gelak terbahak-bahak  di pandang geram,

"Ya Allah Qirahh, nasib baik mak Ehsah tak pukul kamu dengan sudip ni, kalau tak free2 jer kamu dapat pukulan hebat mak ehsah ni",

" sorryy mak Ehsah sambil menghabiskan sisa-sisa gelaknya. "

Mak Ehsah  menyambung semula kerjanya, Qirah terus memeluk manja pinggang Mak Ehsah mukanya diletakkan di bahu mak ehsah,

"hmm.. mak Ehsah masak ape pagi ni?,

"masak nasi goreng telur mata favourite kamu laa, nasi gorengnya dah siap tadi sekarang ni mak ehsah tengah masak telur mata untuk kamu, aikkk... tak nampak ke?". Mak ehsah memandang  qirah yang masih memeluknya dari belakang dengan riak muka yang sengaja di annoyingkan.

"Alaaaaa, mak ehsah, qirah sajer jer tanya mak ehsah, nak manja-manja pun tak bolehhh, yelaa.. dekat rumah ni siapa lagi yang boleh qirah bermanja selain dari mak ehsahhh.. hmmm tak kan dengan mama kot?? Dah seminggu tak nampak mama, hmm",

Qirah bercakap dengan nada yang manja dan bibir yang sengaja di muncungkan. Mak Ehsah yang sedikit terkesan dengan kata-kata qirah itu terus menjawab,

"dah, dah, tak mahu cakap lagi pasal benda ni, apa yang mak ehsah nak qirah tahu mak ehsah sayang dekat qirah macam anak sendiri, okey??,

"okey, mak ehsah, qirah tahuu.."

senyuman manis di hadiahkan kepada mak Ehsah. Mak Ehsah memandang qirah sambil tersenyum.

***********************************

          Usai selesai solat fardhu zohor, qirah turun ke ruang tamu untuk menonton drama korea kesukaanya, sedang asyik melayan drama yang di lakonkan oleh jejaka idamannya iaitu Park Seo Joon, Qirah dikejut dengan bunyi hon kereta yang agak kuat  datang dari luar rumahnya itu, belum sempat qirah ingin menjenguk keluar,  kelibat  mak Ehsah dengan pantas berlari ke arah pintu lalu mencapai kunci pagar automatic dan menekan kunci tersebut untuk membuka pagar automatic rumah mereka.

Qirah dengan riaksi mukanya yang agak terkejut dengan larian laju mak ehsah itu terus bangun dan menuju ke arah tingkap untuk mengintai gerangan yang datang, di dalam lubuk hatinya itu, dia sudah tahu siapa yang datang tidak lain tidak bukan ialah mamanya.

          Mamanya  atau lebih di kenali sebagai linda yang duduk di bahagian penumpang keluar dari kereta jenama mercedes dengan memakai dress ketat berwarna merah bersama handbag guccinya itu berjalan menuju di hadapan kereta, seorang lelaki juga turun dari sebelah pemandu lalu berjalan ke arah linda, tanpa rasa malu mereka berpelukkan seperti sepasang suami isteri yang sedang hangat bercinta, lelaki tersebut mencium pipi linda sebelum kembali masuk kedalam kereta dan memandu keluar dari rumah. Qirah yang telah lali melihat aksi mereka itu menghembus nafas geram lalu terus duduk kembali di sofanya itu.

          Mak Ehsah menyambut mesra puan besarnya itu. Qirah yang malas mendengar perbualan mereka terus fokus melihat Park Seo joon nya, Qirah dapat merasakan seseorang telah duduk di sebelahnya dan dapat meneka siapa yang duduk di sebelahnya,

"hmmm.. mama baru balik?? Sajer qirah menanya.

"Iye sayang, Qirah dah makan?"

"Sudah, mama??" Matanya masih lekat memandang tv,

"sudah sayang. hmm.. marahkan mama ke??",

qirah hanya mengeleng kepalanya. Dalam hatinya mahu sahaja dia marah mamanya yang sanggup tinggalkan satu-satunya anak perempuan yang dia  ada, tinggal bersama orang gaji berdua di dalam rumah banglo yang besar. Iya dia rasa sangat marah tapi dia pilih untuk pendam kerana takut kata-kata yang keluar dari mulutnya itu akan menyinggung perasaan seorang ibu yang telah melahirkannya.

"Betul ke ni?? Kenapa tak pandang mama pun?? Mama minta maaf ya qirah sayang, mama ada kerja dekat luar, tu mama tak balik tu, okey, lepas ni mama janji,  lepas jer waktu bekerja mama akan balik tiap-tiap hari sampai qirah bosan tengok muka mama",

qirah yang teruja mendengar kata-kata mamanya itu terus pandang muka mamanya sambil tersenyum lebar,

"betul ni mama??",  jawab qirah teruja.

"iye sayang, mama janji",

akhirnya kedua anak beranak itu berpelukkan. Mak Ehsah yang dari tadi menjadi pendengar setia turut terharu melihat telatah dua beranak itu. Mana tak terharunya, dia sudah lama bekerja dengan keluarga Dato' Romzi dekat 18 tahun. Dialah yang menjaga linda semasa dalam pantang dan mak Ehsah  juga tahu sejarah hitam yang berlaku dalam keluarga Dato' romzi.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now