BAB 45 : Harris cemburu

373 17 0
                                    

Sudah seminggu berlalu, Qirah sering mencari gaduh dengan Harris. Semua yang Harris lakukan pasti salah di mata Qirah. Qirah juga semakin berani meninggikan suaranya kepada Harris.

Harris pula setiap kali Qirah bangkitkan Isu keretanya, Harris hanya memekakkan telingannya. Bukan Harris tidak mahu hantar Qirah untuk mengambil keretanya tetapi Harris mahu Qirah untuk bergantung kepadanya.

Harris tidak mahu Qirah terlampau berdikari kerana ianya boleh menyebabkan hubungan mereka rengang kelak.

Setiap kali Qirah ajak berperang mulut, Harris lebih suka mendiamkan dirinya kerana Harris tidak mahu menyakitkan hati wanita itu lagi.

Tapi Harris juga sedar diam bukan jalan penyelesainya kerana Qirah mula tidak hormatnya sebagai seorang suami.

"Aku tak boleh diam macam ni. Nanti makin naik perangai Qirah." Kata Harris seorang diri di dalam biliknya.

Harris merenung pintu biliknya dengan pandangan kosong.

"Tak kan aku nak berkeras dengan Qirah. Nanti dia makin benci dengan aku". Kata harris di dalam hatinya.

Harris menekup wajahnya. Harris serabut memikirkan tentang Qirah yang sering mencabar kesabaran dirinya.

"Aku tak boleh lemah macam ni. Aku suami, dia isteri aku. Aku kena bertegas dengan dia tapi jangan sampai sakitkan dia". Kata Harris seorang diri.

Harris menutup lampu tidurnya. Lalu menepuk bantalnya dan mula melelapkan matanya.

---

"Bagus Harris, explanation yang kamu bentang semuanya sangat bagus". Puji Dato' Romzi kepada Harris.

"Terima kasih Dato'". Jawab Harris sambil tersengeh.

"Dah nak masuk lunch hour ni. Jom laa kita pergi makan dulu. Kamu ajak Qirah sekali". Kata Dato' Romzi.

"Baik Dato'." Jawab Harris.

Mereka bertiga bangun dari duduknya dan berjalan keluar.

"Dato' dengan kamal pergi dulu, nanti saya datang dengan Qirah sekali". Kata Harris.

"Baiklahh". Balas Dato' Romzi. Kamal pula hanya menepuk bahu Harris lalu mereka beredar.

Harris berjalan ke arah bilik pejabat Qirah. Harris ternampak Qirah yang sedang berbual dengan sorang staff lelaki di luar biliknya.

Harris memberhentikan langkahnya lalu memerhatikan mereka dengan perasaan cemburunya. Iya, Harris cemburu kerana Qirah memberi senyuman kepada lelaki tersebut.

Walaupun senyuman yang Qirah berikan itu tidaklah mesra tetapi harris tetap cemburu kerana Qirah tidak pernah tersenyum kepadanya.

Harris memerhatikan Qirah dengan lelaki tersebut sehingga mereka beredar. Qirah berjalan masuk ke bilik pejabatnya. Harris mengambil nafas lalu berjalan menuju ke bilik Qirah.

Harris mengetuk pintu bilik Qirah. Qirah mengangkat wajahnya untuk memandang wajah Harris.

"Jom. Papa, ajak lunch sekali". Kata Harris.

"Not interested. Please go". Jawab Qirah dengan suara dinginnya.

Harris melepaskan keluhan.

"Shaqirah, jom. Jangan buat perangai". Kata Harris.

Qirah memandang tajam ke arah wajah Harris lalu mengambil handbegnya dan berjalan ke arah Harris.

"Puas hati??". Kata Qirah lalu jalan meninggalkan Harris. Harris mengelengkan kepalanya lalu mengikuti langkah Qirah.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now