Bab 9 : STALKER

371 17 1
                                    

Qirah menangis teresak-esak di dalam biliknya. Dia kecewa, marah, geram, buntu semua perasaan itu bercampur baur. Qirah tidak dapat berfikir lagi, dia tidak tahu mahu buat apa. Kalau di pilih pilihan yang kedua dia akan kehilang seorang Ibu yang disayanginya. Kalau dia pilih pilihan yang pertama, qirah dengan secara tidak langsung menyokong perbuatan maksiat mamanya itu.

"Ya Allah, dugaan apa lagi nii, apa yang patut aku buat sekarang ni? Aku tak sanggup kehilangan mama". Rintih qirahh. Esakkannya semakin kuat. Qirah menangis sehingga keletihan dan tertidur.

***********************************

Sudah menjadi rutin mingguan harris untuk melakukan aktiviti jogging di hujung minggu. Kebiasaanya harris akan jogging di kawasan sekitar perumahannya. Jika kawan-kawannya mengajak jogging baru dia akan pergi ke taman-taman yang berhampiran.

Harris memaskan badannya sebelum memulakan lariannya. Airpod disumbatkan diKedua- dua belah telinganya dan terus memulakan lariannya.

Harris yang memakai sleeveless shirt bewarna hitam dan seluar sukan warna hitam (macam dalam gambar) boleh mencairkan hati para wanita yang melihatnya. Bahunya yang lebar dadanya bidang dan mempunyai otot-otot yang tidak terlalu besar ditambah dengan senyuman menawan yang boleh menggoda wanita-wanita diluar sana.

Harris mendesis geram apabila mengingat semula perbuatan qirah terhadap dirinya. Dia terpaksa tahan sakit dan pedih malah terpaksa mendengar bebelan ibunya yang terkejut melihat mata merah Harris. Harris bernasib baik kerana Tan Sri Khairuddin tidak ada dirumah kalau tidak pasti Ayahnya itu akan join sekali dengan Puan Sri Dayang untuk membebel.

"Qirah kau tunggu nasib kau". Desis harris didalam hatinya.

***********************************

Qirah bangun dari tidurnya, qirah mencapai Iphonenya.

"Ya Allah dah pukul 1.45 petang". Desis qirah seorang diri.

Qirah terus bangun dan menuju ke bilik air untuk mengambil Wuduk. Setelah selesai solat fardhu Zohor, Qirah kembali duduk di katilnya. Qirah mencapai Iphone miliknya dan melihat satu notification dari aplikasi whatsApp, lalu qirah membuka whatsapp dan melihat pesanan dari Danish.

Danish:
Assalammulaikum Qirah,
Free tak hari ni?

Qirah tidak membalas whatApps Danish. Dia terus keluar dari aplikasi tersebut. Qirah rasa sangat tertekan dengan situasinya. Jadi, untuk menghilangkan tekanan qirah membuat keputusan untuk keluar dari rumah.

Qirah yang memakai kemeja kosong bewarna kuning cair bersama seluar jeans berwarna putih. Baju tersebut di masukkan kedalam seluarnya, rambutnya di ikat.

Qirah keluar dari biliknya dan berharap dia tidak terserempak dengan mamanya. Sewaktu qirah ingin menuruni anak tangga dia berselisih dengan Rayyan. Qirah menjeling rayyan dan turun tangga dengan laju. Qirah menyarungkan kasut nikenya dengan pantas dan menuju ke kereta.

***********************************

Harris berjalan berpegangan tangan dengan teman wanitanya Wawa. (Min tak tahu laa wawa ni girlfriend yang ke berapa😅) Mereka menuju ke Starbucks di IOI city mall.

"Sayang you nak order apa?". Tanya harris kepada wawa.

"Hmmmmm, I nak Green tea latte laa." Jawab wawa

"Okey, i pergi order dulu".

Selesai order harris kembali ke tempat duduknya, harris duduk berhadapan dengan wawa.

"Sayanggg, I nak tanya you antara I dengan syasya mana lagi you sayang??". Tanya wawa gedik.

"Mestilah you sayang". Jawab harris dengan selamba. Harris sudah biasa dengan soalan-soalan macam ini jadi dia sudah expert.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now