BAB 56 : Sekatil

388 17 0
                                    

Setelah selesai berbincang tentang tema majlis persandingan mereka bersama wedding planner Harris dan Qirah singgah makan di sebuah restoran masakkan thailand.

"Itu sahaja. Terima kasih". Kata Harris kepada pelayan tersebut.

Harris memandang ke arah Qirah yang sedang fokus melihat Iphonennya.

"Ehem... tengok apa tu?". Tanya Harris.

"Nothing". Balas Qirah tetapi masih fokus melihat Iphonenya itu.

"Okay then. Kau dah pernah makan dekat sini ke?". Harris cuba mencari topik untuk berborak dengan Qirah.

"Nope. Ni first time aku datang". Jawab Qirah.

"Kau?". Tanya Qirah kembali.

"Pernah laa beberapa kali. Dekat sini tom yam dia memang sedap. Udang dia padu gila". Kata Harris dengan nada terujanya.

"Owhh.. really?". Balas Qirah sambil meletakkan Iphonenya di atas meja.

"Yup. Pedas dia boleh tahan. Kira dekat sini tom yam yang paling terbaikkk laaa". Terang Harris lagi.

"Can't wait to taste it". Balas Qirah sambil menelan air liurnya.

"Kalau kau tipu, siap kau". Sambung Qirah lagi.

Harris tersengeh melihat tindak balas dari Qirah.

---

Tak lama kemudian makanan yang di pesan oleh mereka sudah siap di hidang oleh pelayan restoran tersebut.

Harris menyendukkan tom yam tersebut untuk Qirah. Qirah hanya memerhati dengan mata bulatnya.

"Silakan rasa". Pelawa Harris kepada Qirah.

Qirah dengan pantas mengambil sudu lalu menghirup kuah tom yam tersebut. Qirah memandang wajah Harris dengan riak wajah terujannya.

"How?". Tanya Harris sambil mengangkat keningnya sebelah kepada Qirah.

"Hurmmmmm.. sedapnyaaaa". Jawab Qirah dengan nada terujanya.

"Hahahahaha.. kan aku dah cakap. Sedap kan?". Kata Harris dengan nada gembiranya.

Qirah hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Harris. Qirah menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Mata Qirah memerhati keadaan sekeliling lalu menangkap satu figura seorang lelaki yang di kenali. Qirah mengelengkan kepalanya.

"Kenapa?". Tanya Harris apabila melihat Qirah mengelengkan kepalanya.

"Tu boyfriend kesayangan Khalis tengah curang". Jawab Qirah sambil menjuih bibirnya ke depan.

Harris menolehkan kepalanya ke arah lelaki tersebut lalu memusingkan kepalanya semula untuk menghadap Qirah.

Qirah meletakkan sudu dan garpunya lalu mencapai Iphonenya. Butang kamera di tekan lalu mengambil beberapa keping gambar.

"Buat apa?". Tanya Harris.

"Ambil gambar laa". Jawab Qirah.

"Tahu laa ambil gambar. Tapi untuk apa?". Tanya Harris lagi.

"Untuk tunjuk dekat Khalis masa kita balik rumah sana nanti. Kalau aku cakap tanpa bukti Khalis tak akan percaya." Terang Qirah.

"Biar dia tahu perangai boyfriend dia tu yang cuma nak kikis duit dia jer". Terang Qirah dengan wajah tidak puas hatinya itu.

"Ambil berat juga kau dekat Khalis kan." Kata Harris.

"Mana ada aku ambil berat. Aku cuma nak tengok muka kecewa dia tu. Baru puas hati aku.". Balas Qirah.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now