BAB 53 : Mama

365 21 1
                                    

Qirah membantu ibu mertuanya menyediakan sarapan pagi. Riuh suasana di dapur apabila tawa mereka terhambur.

"Hubungan Qirah dengan Harris macam mana?". Dayang mula menyoal Qirah.

"Okay ibu." Jawab Qirah ringkas.

"Bagus laa kalau macam tu. Qirah kena ingat apa-apa pun masalah yang datang Qirah kena berbincang dengan Harris elok-elok."

"Kita sebagai isteri kena berfikir dengan waras sebelum bertindak. Jangan ikutkan perasaan marah kita."

"Suami tu adalah tiket paling mudah untuk kita masuk syurga. Jadi, kita perlu jaga perasaan suami kita, kita kena hormat dia. Tapi kalau dia suruh kita buat benda yang tak baik kita boleh tolak." Pesan Dayang.

Qirah hanya mendengar nasihat ibu mertuanya. Kata-kata dayang memberi kesan kepada Qirah

"Qirah kenapa ni? Ibu ada salah cakap ke? Atau Harris ada berkasar dengan Qirah?" Tanya Dayang apabila Dayang perasan perubahan air muka Qirah.

"Tak ibu. Harris layan Qirah baik sangat. Ibu jangan risau."balas Qirah.

"Alhamdullilah". Kata Dayang sambil tersenyum. Qirah membalas senyuman kepada ibu mertuanya.

---

Setelah selesai memasak Qirah membantu bibik menghidangkan makanan di atas meja makan.

"Morning kak long". Sapa Harras.

"Morning". Balas Qirah.

"Abang mana?". Tanya Harras lagi.

"I'm here". Kata Harris sambil berjalan ke arah Qirah dan Harras.

"There you are my brother. Kak long tak nak follow jog sekali ke?". Tanya Harras

Harris memandang ke arah Qirah. Di dalam hati Qirah, terdetik untuk melihat keadaan rumah lamanya itu.

"Pergi laa Qirah. Boleh kamu ambil udara segar dekat luar tu". Kata Puan Dayang.

"Tak apa ke ibu? Kerja dekat dapur tu banyak tak siap lagi". Kata Qirah.

"Uish. Kamu ni. Kerja tu nanti ibu dengan bibik boleh urusakan. Kamu pergi jer ikut mereka ni". Balas Dayang.

"Jom laa kak long bukan selalu kita dapat jog sama-sama". Pujuk Harras.

"Amboi Harras, melebih nampak". Kata Harris sambil menyekeh kepala Harras.

"Aduh sakit laa along. Ibu tengok along ni". Kata Harras kepada Dayang.

Qirah tersenyum melihat telatah dua beradik tersebut. Qirah memandang ke arah Harris lalu mata mereka bertembung. Harris memberi isyarat kepada Qirah untuk mengikutinya sekali.

"Okay. Tunggu jap. Nak pergi tukar baju". Kata Qirah. Qirah terus berlari menuju ke bilik.

---

"Ni sesi berjogging ke sesi berjalan ni?". Kata Harris kepada Qirah.

Qirah memberikan renungan tajam kepada Harris.

"Kejap laa. Aku dah penat ni dah lama tak jog". Kata Qirah. Qirah mengambil nafas.

"Sokay. Take your time. Slow-slow kayuh. Berjalan pun kira exercise". Kata Harris.

Harras sudah terlebih dahulu meninggalkan Harris dan Qirah kerana tidak sanggup menunggu Qirah.

Qirah memberhentikan langkahnya sebaik sahaja mereka melalui lorong rumah lamanya.

"Kenapa berhenti?". Tanya Harris.

"Hmm.. kita pergi sana kejap boleh?". Tanya Qirah kepada Harris.

"Nak buat apa? Tak payah laa". Balas Harris.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now