BAB 34 : NASIHAT

371 21 0
                                    

Sudah seminggu Qirah dan kamal pulang ke Malaysia. Qirah terpaksa akur dengan Dato' Romzi kalau tak dia yang akan susah nanti. Qirah juga memulakan rancangannya untuk mengambil ahli perusahaan papanya itu. Qirah tak nak nanti perusahaan Dato' Romzi jatuh ke tangan orang lain atau lebih tepat jatuh ke tangan kamal. Sudah 3 hari qirah dan kamal mula bekerja di pejabat Dato' Romzi.

---

Kamal duduk kebosanan di dalam biliknya. Terpacul idea untuk menghubungi rakan-rakannya. Kamal belum lagi memberitahu kepada rakan-rakannya yang dia sudah balik ke Malaysia kerana dia sibuk dengan kerja dan sibuk berjumpa dengan kekasih hatinya liya.

Nombor haikal di dialnya.

"Hello haikal.. kau dekat mana sekarang ni?". Tanya kamal.

"Aku dekat rumah laa.. mana lagi. Aku kan lelaki melayu terakhir. Jawab haikal.

"Puihh laaa lelaki melayu terakhir konon.". Sakat kamal.

"Heheheh.. apesal call aku?". Tanya haikal.

"Aku nak ajak lepak.. bosan doh". Jawab kamal.

"Hah?? Kau dah balik ke?" Tanya haikal dengan nada pelik.

"Dah laa ngekk sebab tu aku ajak lepak. Yang lain kau ajak boleh?". Arah kamal.

"Kau ni memang nak kene sekeh kan? Balik senyap-senyap. Dorang tu tengah sedap dekat club sana. Malas aku nak kacau dorang. Silap-silap tengah mabuk". Kata haikal.

"Dorang ni still tak berubah lagi? Bengang pulak aku.. kau tahu dorang lepak dekat club mana?".

"Tahu jer.. asal kau nak gegar sana ke?". Jawab haikal.

"Lebih kurang laa.. kau bawak aku pergi sana." Arah kamal.

"Okay jom." Jawab haikal lalu menamatkan panggilan.

---

Kamal dan haikal berjalan masuk kedalam club tersebut. Bunyi musik yang kuat tu membuatkan telinga mereka bingit. Walaupun mereka pernah menjejakan kaki di club tersebut untuk memantau aktiviti kawan-kawan mereka tetapi mereka tetap tidak selesa dengan keadaan club itu.

Haikal menepuk bahu kamal sambil menunjukkan ke arah Harris, naim dan haziq yang sedang seronok menari dengan pasangan masing.

Kamal dan haikal berjalan menghampiri mereka. Kamal menepuk bahu harris. Harris memadang kamal dengan keadaan matanya yang terbuka separuh. Harris mabuk teruk.

"Wehhh. Kamall". Kata harris. Badannya terhuyun hayang.

Kamal memimpin harris ke arah kerusi berdekatan. Haikal pula memimpin naim yang terut mabuk. Haziq pula masih boleh mengawal dirinya kerana dia tidak minum banyak.

"Kamalll... broo bilaa kau sampai?". Tanya harris lagi.

"Teruk sangat kau ni harris. Jom aku bawak kau balik". Kata kamal

"Wehh.. rilek laa.. aku tak puas lagi". Jawab harris.

"Tak puas kepala hotak kau laa. Kau dah mabuk teruk ni sial". Marah kamal.

"Haziq kau boleh drive?". Tanya kamal kepada haziq dengan nada tegasnya.

"Boleh bro". Jawab haziq.

"Beruk ni ni park dekat mana? Beruk lagi seekor ni bawak kereta dia juga ke?". Tanya kamal lagi kepada haziq.

"Naim naik dengan aku tadi. Harris yang datang sorang. Jom ikut aku". Kata haziq.

Kamal memberikan kunci keretanya kepada haikal.

"Kal. Kau bawak naim. Kita jumpa dekat apartment harris. Kau haziq nanti follow aku.". Arah kamal dengan nada marah.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now