BAB 26 : SAKIT

320 13 0
                                    

"Harris mana?" Tanya qirah kepada kamal.

Kamal yany sedang menikmati makan tengah harinya itu di ganggu qirah.

"Rasa ada dekat pondok dekat padang sana". Jawab naim.

"Ehh.. asal kau bagitahu". Marah kamal.

Qirah terus beredar dari situ.

"Qirah, kejap". Panggil kamal.

Qirah tidak mengendahkan kamal. Langkahnya laju menuju ke padang tersebut.

---

Keadaan padang tersebut sunyi. Tiada satu kelibat manusia berada di sana. Qirah telah banyak kali call harris tetapi harris tidak menjawabnya.

Qirah berjalan kearah satu pondok yang agak tersorok. Dari jauh qirah nampak kelibat dua orang sedang duduk rapat di pondok tersebut.

Qirah menghampiri pondok tersebut. Apabila qirah berada dekat dengan dua orang tersebut, qirah terkejut melihat harris dan balqis sedang bercumbuan.

Qirah menutup mulutnya. Matanya membulat. Hatinya hancur melihat harris terbuai dalam kucupan balqis.

"Harriss!!!". Panggil qirah dengan nada yang tinggi.

Harris terkejut lalu menjarakkan dirinya dengan balqis. Mata harris membulat melihat ke arah qirah. Harris dan balqis terbangun dari duduk mereka.

"What are you doing??". Bentak qirah.

Kamal dan yang lain sampai dengan nafas tercungap - cungap.

Harris menggaru lehernya yang tidak gatal. Lalu cuba menerangkan kepada qirah.

"Qirahh.."

"Kau ni memang perempuan tak ada maruah ke??" Jerit qirah kepada balqis.

Balqis tersentak dengan kata-kata qirah.

"Qirah, dia tak bersalah.. dia".

"Kau diam harris, kau tak payah nak bela perempuan murah macam dia ni. Kau pun sama TAK GUNA!!!". Jerit qirah lalu beredar dari situ.

"Qirahh". Panggil harris. Harris mahu mengejar qirah tapi di halang oleh balqis.

---

Qirah berlari dari situ dan menuju ke keretanya. Qirah menangis sepuasnya. Hatinya sakit, hancur, kecewa, marah, semua perasaan tersebut bercampur aduk.

Qirah mengesat air matanya lalu menghidupkan ejin keretanya lalu beredar dari situ.

Qirah memandu tanpa arah. Petang tersebut qirah tidak menghadiri kuliahnya. Akhirnya, qirah mengambil keputusan untuk memandu ke titiwangsa.

Qirah duduk menghadap tasik sambil cuba menenangkan dirinya. Satu panggilan masuk di Iphone milik qirah. Nama harris tetera di skirn Iphone miliknya tetapi qirah tidak menjawab panggilan harris.

**************************************

Tepat jam 5 petang qirah sampai dirumahnya.

Qirah terserempak dengan mak ehsah saat qirah mahu menaikki tangga.

"Qirahh.. kenapa ni sayang?? Kenapa mata qirah bengkak sayang?". Tegur mak ehsah sambil memegang wajah qirah.

Air mata qirah gugur sekali lagi. Qirah memeluk mak ehsah sambil menghemburkan tangisannya.

"Mak ehsah, pleaseeee jangan tinggalkan qirah. Qirah dah tak ada siapa lagi yang boleh diharapkan selain dari mak ehsah". Kata qirah. Qirah menagis teresak - esak.

"Qirah, jangan buat mak ehsah risau sayang. Mak ehsah terpaksa pergi qirah. Malik dan isterinya betul-betul perlukan Mak ehsah. Mak ehsah minta maaf sangat-sangat". Kata mak ehsah.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now