BAB 42 : Malam pertama

418 18 0
                                    

Qirah mengemas pakaiannya dalam keadaan marah. Qirah sudah tiada pilihan lain, dia terpaksa ikut perintah papanya itu. Waktu sarapan pagi Qirah bertengkar dengan Dato' Romzi yang memaksa dirinya untuk duduk serumah dengan harris.

☆ flash back ☆

"Pukul berapa kamu bertolak harris?". Soal Dato' Romzi kepada Harris.

"Lepas zohor pa." Jawab harris lalu meneguk air.

"Qirah, barang dah siap packing ke?". Tanya harris kepada Qirah.

"Kenapa pulak aku nak packing? Aku dah cakap dengan kau semalamkan yang aku follow pergi rumah ibu". Jawab Qirah.

"Shaqirahh! Kamu jangan biadap dengan suami kamu. Papa nak kamu IKUT Harris." Kata Dato' Romzi dengan suara yang agak tinggi.

"NO!!!". Bentak Qirah.

"Jangan nak melawan Qirah. Kamu jangan sampai papa batalkan semua kad kredit kamu dan papa akan pastikan satu sen pun kamu tak dapat saham papa kalau kamu tak ikut harris" Dato' Romzi mula mengugut Qirah.

"You dah melampau Dato'. Kalau you tak suka I duduk sini baik you tak payah kutip i dulu. Tak puas lagi ke You paksa I kahwin dengan jantan ni? Sekarang you ugut I suruh ikut dia? Ayah jenis apa you ni?". Marah Qirah.

"JANGAN BIADAP QIRAH!! Harris is your husband. Dia ada hak ke atas kamu. I mean what i said just now". Balas Dato' Romzi. Puan arissa mengusap lembut tangan Dato' Romzi.

Qirah menolak pingan makannya lalu terus berlari ke dalam biliknya.

☆ end of flash back ☆

Air mata Qirah mula gugur perlahan-lahan. Qirah mengesat Air matanya apabila mendengar ketukkan di pintu biliknya.

"Siapa?". Tanya Qirah.

"Bibik ni cik". Jawab bibik.

"Kenapa bik?". Tanya Qirah.

"Errr. Tadi Dato' suruh saya tolong cik kemas barang". Jawab bibik.

"Tak apa bik, saya boleh buat sorang". Jawab Qirah.

"Baik cik. Kalau perlu di bantu panggil bibik ya cik qirah. Eh maaf, Puan Qirah". Balas bibik.

"Ya bik". Jawab Qirah ringkas lalu menyambung kerja mengemas.

___

Qirah merenung wajahnya melalui pantulan cermin. Qirah melepaskan keluhan berat.

"Apa nak jadi dengan hidup aku lepas ni". Qirah mengeluh.

Lamunannya mati apabila mendengar ketukkan di pintu biliknya. Qirah bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah pintu. Qirah membuka pintu biliknya terpacul wajah harris dan kamal yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Dah ready?". Tanya Harris kepada Qirah.

Qirah menjeling lalu membuka luas pintu biliknya.

"Puas hati kau?". Kata Qirah dengan nada dingin.

Mata harris dan kamal membulat apabila melihat 4 beg luggage besar yang sudah tersusun di depan almari baju Qirah.

"Gila banyak. Gaya macam tak nak bilik sini lagi jer". Kata kamal.

"Itu yang korang nak kan? Dah laa tunggu apa lagi angkat laa". Bentak Qirah.

Kamal menggaru kepalanya, Harris mencuit bahu kamal lalu mengajak kamal untuk membantunya. Mereka berdua masuk ke dalam bilik Qirah. Qirah hanya memerhatikan mereka.

"Ada yang perlu di bantu?". Tanya bibik yang baru sahaja muncul.

"Tak ada bik. Biar dorang angkat. Bibik tolong carikan saya beg untuk saya letak kasut saya". Jawab qirah lalu menarik tangan bibik untuk mengekorinya ke tingkat bawah.

Jodoh yang di takdir (Complete)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon