BAB 58 : Majlis Persandingan

374 19 0
                                    

Qirah menilik penampilannya yang lengkap dengan busana cantik dan angun itu. Qirah membetulkan selendangnya lalu memerhatikan solekkan indah di wajahnya.

"Cantiknyaaa, isteri saya nii". Bisik Harris di telinga Qirah.

Qirah memandang wajah Harris melalui pantulan cermin. Pipi Qirah membahang akibat terlampau malu dengan Harris.

Dalam diam Qirah memuji penampilan segak Harris yang lengkap berbaju melayu.

Harris memusingkan badan Qirah untuk menghadapnya. Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.

"Thanks sayang sebab sudi tunaikan permintaan saya. Awak sangat cantik bila pakai tudung". Puji Harris lagi.

"Saya rasa macam mimpi sekarang ni. Memiliki sayang  adalah sesuatu yang paling bahagia dalam hidup saya". Kata Harris sambil mengusap lembut pipi Qirah.

Jantung Qirah berdegup laju, Qirah masih lagi keliru dengan perasaannya sendiri. Selepas Harris meluahkan perasaannya tempoh hari sedikit sebanyak membuatkan tembok yang di bina di dalam hatinya itu mula runtuh sikit demi sikit.

"Patut ke aku buka hati aku lagi untuk dia?". Desis Qirah di dalam hatinya.

"Ehemmm. Lama lagi ke nak main mata?". Kata Khalis.

Harris dan Qirah memandang ke arah Khalis dan mak andam yang sendang berdiri di depan pintu bilik Qirah. Harris hanya menayangkan sengehannya manakala Qirah cuba berteriak biasa.

"Tunggu apa lagi.. jom laa gerak. Kereta dah ready tu. Semua orang dah tunggu dekat bawah". Terang Khalis

"Okay. Jom". Jawab Harris.

Tangan Harris mengenggam erat tangan Qirah.

"Are you ready sayang?". Tanya Harris dengan suara lembutnya

"Ermm". Jawab Qirah tanpa membalas pandangan mata Harris kerana terlampau gugup.

Harris tersenyum lalu mereka mula melangkah keluar dari bilik.

---

Kedatangan Harris dan Qirah di sambut dengan pukulan kompang dan para tetamu yang hadir di majlis mereka. Harris dan Qirah berjalan beriringan sambil tangan Qirah memeluk erat lengan Harris.

Terdapat banyak cahaya lampu dari jurugambar yang sibuk mengambil detik-detik indah itu.

Harris dan Qirah berjalan menuju ke pelamin indah mereka untuk majlis mengambil restu dari ahli kelurga.

Sebelum majlis tersebut bermula mereka di persembahkan dengan pertunjukkan silat. Selesai pertunjukkan silat,  giliran ahli keluarga memberi restu kepada pasangan perngantin tersebut.

Setelah selesai membaca doa, Harris dan Qirah berjalan menuju ke meja  untuk memotong kek.

Qirah mencapai pisau kek lalu memegangnya. Harris pula memegang tangan Qirah lalu mereka memotong kek bersama-sama.

"Pengantin perempuan boleh suap kek tu dekat pengantin lelaki". Arah camera men kepada Qirah.

Qirah mengambil kek tersebut lalu di suapkan ke dalam mulut Harris.

Klik

Harris turut menyuapkan kek kedalam mulut Qirah sambil memberikan senyuman manis ke arah Qirah.

Klikk

"Cunnn.. okay sekarang ni dua-dua suap kek serentak secara menyilang". Arah camera men itu lagi.

Harris dan Qirah hanya menurut perintah jurugambar tersebut. Harris merenung mata Qirah, Qirah juga membalas renungan mata Harris seperti pasangan yang sedang hangat bercinta.

Jodoh yang di takdir (Complete)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz