BAB 19 : KFC

329 15 0
                                    

Seminggu telahpun berlalu, hubungan qirah dan harris semakin rapat. Perkenalan yang hampir 3 bulan itu terjadi dari bermusuhan kini berubah menjadi kawan baik.

Harris selalu menemani qirah sewaktu makan tengah hari. Di waktu lunch Harris sering memberi alasan dating dengan syasya kepada kawan - kawannya supaya harris dapat menemani qirah.

Sebelum tidur harris akan menghantar whatapps kepada qirah untuk mengingati qirah untuk kunci pintu bilik sebelum tidur.

Qirah pula selesa dengan layanan harris. Belum pernah lagi lelaki yang bukan muhrim mengambil berat tentang dirinya (sebenarnya banyak jer tapi qirah yang tak layan😅). Harris la yang menguruskan keretanya dari hantar bengkel sehingga keretanya elok dan dihantar dirumahnya.

Bukan itu sahaja tengah hari tadi harris menemani qirah pergi ke kedai buku kinokuniya di KLCC . Siap hantar dan jemput Lagi.

**************************************

"Pelik laa kenapa harris tiba-tiba baik dengan aku. Tak akan disebabkan kes hari tu jer". Kata qirah seorang diri.

Qirah memandang siling biliknya sambil baring di atas katil empuknya. Tangannya bermain dengan hujung rambutnya.

"Macam mana kalau harris saja jer nak main-mainkan aku, yelaa dia kan playboy". Fikirnya lagi.

Bunyi iphone milik qirah  memecahkan lamunan qirah. Qirah mencapai iphonenya, tertera nama harris.

"Panjang umur, baru terfikir tadi". Kata qirah seorang diri. Qirah menekan butang jawab.

"Hello". Kata qirah.

"Hello, kau  dah nak tido ke?". Tanya harris.

"Tak adalah laa, kenapa call?". Tanya qirah.

"Sajer. Tadi aku baru balik dari lepak dengan kamal".

"Owhh.. okay. Kau tak tidur lagi?". Tanya qirah.

"Tak. Awal lagi baru pukul 10 malam".

"Owhh.. okay".

"Hmm.. sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan kau ni". Kata harris dengan nada serious.

"Apa dia?".

"Kamal, dia tanya aku, pasal kita.".

"Hah?".

Harris menghembuskan nafas beratnya.

"Macam ni, kamal dengan yang lain macam dah syak something. Dorang cakap dorang ada dengar gosip pasal kita. Ada orang nampak kita selalu lunch sama-sama." Terang harris.

"See I told you already, tapi kau tak nak dengar. Then apa kau jawab?".

"Aku cakap jangan percaya gosip tu".

"So, dorang percaya tak?". Tanya qirah lagi

"50-50".  Jelas harris.

"Habis tu macam mana? Aku tak nak kamal tahu".

"Rilek laa.. pandai-pandai laa aku cari alasan nanti. Tapi esok kau tak apa ke lunch sorang-sorang?". Tanya harris.

Qirah terdiam seketika. Entah mengapa hatinya terasa berat untuk jawab soalan harris.

"Tak apa. Aku tak kisah pun". Jawab qirah dengan nada mendatar.

"Ok laa kalau macam tu. Buat masa ini, aku rasa kita tak payah laa lepak sekali. Bagi reda dulu gosip tu". Terang harris lagi.

"Hurmm.. ok". Jawab qirah.

"Kau ok tak ni?". Tanya harris.

"Hah ok jer". Jawab qirah sedikit gagap

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now