BAB 15 : PERISTIWA HITAM DAN PERMULAAN BARU

389 16 0
                                    

Setelah selesai menunaikan solat zohor, qirah melipat sejadah dan meletakkan ke tempatnya semula.

Qirah menuju ke cermin untuk membetulkan rambutnya. Qirah mengikat rambutnya dengan gaya messy bun.

Qirah mencalit sedikit lip bum di bibir mungilnya. Setelah puas dengan penampilnya qirah terus berjalan keluar menuju ke kelas seterusnya.

Qirah melepaskan keluhan berat setelah melihat sekumpulan lelaki yang sedang melepak di pondok berhampiran laluanya.

Sewaktu qirah berjalan di hadapan pondok tersebut qirah di halang oleh seseorang lelaki yang tak dikenalinya.

"Assalammualaikum". Sapa lelaki tersebut.

Qirah hanya menjawab di dalam hati.

Qirah cuba untuk berjalan lagi tetapi masih dihalang oleh lelaki tersebut.

"Gebu gilaaaaa". Lelaki tersebut berkata kepada kawan-kawannya.

"Tepi." Balas qirah ringkas dengan nada dingin.

"Wehhh garang gilaaa.. garang buat abang gerammmm" sakat lelaki tersebut. Kawan-kawannya hanya gelak.

Lelaki itu cuba untuk mencubit pipi qirah tetapi dengan pantas qirah mengelak.

"Hoiiii!!!".

Kedengaran satu suara garau yang menjerit dari tingkat atas.

Qirah menoleh keatas.

Harris desis qirah didalam hati.

"Jangan kacau dia!! Aku tumbuk korang nanti". Jerit harris lagi dengan wajah bengisnya.

"Weii blah blah harris tu". Kedengaran satu suara dari sekumpulan lelaki tersebut. Mereka pun beredar dari situ.

Mata qirah bertembung dengan anak mata harris. Qirah terus menoleh kedepan dan terus berjalan menuju ke kelasnya.

Harris memerhatikan qirah.

"Wei.. harris nasib baik kau perasan". Tegur kamal.

"Tulaa.. terperanjat aku tiba-tiba kau menjerit.". Selit haziq sambil mengusap dadanya.

***********************************

Qirah melihat jam di Iphonenya.

"Dah jam 8.15 pagi, baik aku pergi tolong mak ehsah siapkan sarapan". Omelnya seorang diri.

Sampai sahaja didapur qirah memanggil mak ehsah tetapi tiada jawapan. Qirah lihat di meja makan ada beberapa bungkus nasi lemak yang masih di dalam plastik.

"Mana mak ehsah pergi ni?". Cakap qirah seorang diri.

"Mak Ehsah pergi pasar pagi tadi dengan linda". Jawab satu suara garau.

Qirah terkejut dan terus menoleh.

Riak mukanya berubah setelah melihat wajah Rayyan. Qirah menjeling Rayyan dan tidak mengendahkan Rayyan.

Rayyan menghampiri qirah dan merenung kearah qirah.

"Cantik laa you ni". Puji Rayyan.

Qirah hanya diam. Qirah mengambil sebungkus nasi lemak dah ingin beredar dari dapur tetapi dihalang oleh Rayyan.

Rayyan menyentuh rambut qirah.

Qirah menepis dengan kasar.

"Apa masalah kau ni??". Bentak qirah.

"Garangnya you ni, lain dari mama you but i like it". Jawab Rayyan selamba sambil memerhatikan bentuk badan qirah.

Qirah berasa tidak sedap hati, lalu cuba untuk berlari ke arah bertentangan dari Rayyan. Rayyan mengejar qirah.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now