BAB 52 : Patut ke?

352 22 0
                                    

Mata Qirah mengerling ke arah jam di pc nya yang telah menunjukkan jam sudah hampir 8.00 malam.

Qirah bangun dari duduknya lalu berjalan masuk ke dalam bilik Harris. Qirah mengetuk pintu dahulu sebelum masuk ke dalam bilik Harris.

"Lama lagi ke?". Tanya Qirah kepada Harris.

"Jap. Lagi sikit jer ni". Balas Harris. Matanya masih fokus menghadap pc nya.

Qirah melabuhkan punggungnya di kerusi sambil merenung wajah Harris yany sedang tekun menyiapkan proposal untuk client barunya.

"Nak aku tolong apa-apa tak?". Tanya Qirah kembali.

"Tolong buatkan kopi. Thanks". Jawab Harris. Matanya masih fokus menghadap pc nya itu.

Qirah bangun dari duduknya lalu berjalan menuju ke pantry. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke pantry Qirah terserempak dengan Haikal.

"Ehh.. tak balik lagi?". Sapa Haikal kepada Qirah.

"Tak. Bos kau tu rajin sangat nak siapkan proposal dia tu". Balas Qirah.

"Biasa laa dia tu. Dulu sebelum Harris tu kahwin dengan kau, kerap juga laa dia stay back sampai tengah malam. Sebabkan usaha dia tu laa banyak projek baru masuk". Kata Haikal.

"Owhh". Jawab Qirah ringkas.

"Okay laaa.. aku gerak dulu." Pinta Haikal lalu beredar meninggalkan Qirah.

Qirah membancuh air coffee sambil memikirkan kata-kata harris semalam.

"Tak ada perempuan lain yang boleh bahagiakan aku selain dari kau Qirah". Ayat tersebut bermain di dalam kotak pemikiran Qirah.

"Dasar ayat buaya. Habis tu Balqis tu apa?". Omel Qirah seorang diri.

Setelah selesai membancuh kopi, Qirah berjalan dengan berhati-hati supaya kopi yang di pegangnya tidak tumpah.

Qirah mengetuk pintu lalu berjalan ke arah meja Harris. Qirah meletakkan kopi di atas meja Harris dengan berhati-hati.

"Thanks". Kata Harris lalu meneguk air kopi tersebut dengan perlahan kerana masih panas.

Qirah melabuhkan pungungnya di atas kerusi.

"Banyak lagi ke?". Tanya Qirah.

"Tengah checking. Lepas tu siap". Balas Harris.

Qirah hanya menganggukkan kepalanya. Mata Qirah melilau melihat keadaan bilik pejabat Harris.

Setelah puas meneliti setiap inch bilik Harris, Qirah mengalihkan pandangan matanya pula ke arah wajah Harris.

Dalam diam Qirah memuji ketampanan yang di miliki oleh Harris. Kening Harris yang lebat, mata redup Harris, senyuman Harris semuannya tampak sempurna di mata Qirah.

Ketampanan milik Harris juga laa yang membuatkan Qirah pernah jatuh hati kepadanya dulu selain daripada sikap prihatin Harris terhadap dirinya. Sekarang ini, lelaki yang paling di benci inilah telah menjadi suaminya.

"Patut ke aku bagi peluang kedua dekat dia? Tapi kalau dia kecewakan aku lagi macam mana? Aku tak sangup nak hadap lagi perasaan sakit tu. "

"Dia pun tak pernah cakap yang dia cintakan aku. Noo!! Qirah jangan lemah. Kau kena ingat apa yang dia dah buat dekat kau dulu.". Kata Qirah di dalam hatinya.

"Tapi silap aku juga sebab lambat declare dekat dia. No no no, ni bukan salah aku tapi salah Harris. Dia yang bagi aku harapan dan dia juga telah mungkir janji dia.". Sambung Qirah di dalam Hatinya.

Harris memetik jari di depan mata Qirah, membuatkan Qirah tersedar dari lamunannya.

"Seronok ke tenung aku macam tu? Aku tahu laa aku ni handsome tapi jangan laa tenung aku lama-lama macam tu." Kata Harris sambil tersengeh.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now