BAB 29 : DiNGIN

343 21 0
                                    

Qirah duduk di ruang tamu sambil menonton movie the maze runner. Sengaja qirah membuka suara tv kuat-kuat untuk menghilangkan rasa sunyi di hatinya itu.

Qirah juga tidak mahu memikirkan tentang harris. Qirah kecewa dengan sikap harris yang tidak mahu mendengar kata-katanya. Bukan itu sahaja, harris juga tidak menepati janjinya.

Fokus qirah terganggu apabila mendengar bunyi lonceng rumahnya. Qirah mengintip dari tingkap. Matanya ternampak satu sosok tubuh lelaki yang sedang berdiri di luar pintu pagarnya.

Qirah tidak berani membuka pintu pagar. Dia hanya memerhatikan gerak geri lelaki tersebut kerana dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki tersebut.

Iphone milik qirah yang diletakkan dalam poket baju tidurnya berbunyi. Satu whatapps masuk. Terpapar nama kamal di layar fon qirah.

Buka laa pintu,
Aku dekat luar ni.

Kau ke tu?

Iya. Aku laa.. sape lagi.

Ok. Jap.

Qirah membuka pintu rumahnya dan berjalan ke arah kamal.

"Kau nak apa datang sini, malam-malam macam ni?". Tanya qirah kepada kamal.

"Kalau iya pun buka laa pagar ni dulu". Jawab kamal.

"Jawab soalan aku dulu, baru aku decided sama ada aku nak buka atau tak". Kata qirah.

Kamal mengeluh.

"Aku datang nak jenguk kau, mak ehsah dah balik kampung kan?". Tanya kamal kepada qirah.

"Iye. Dah balik pagi tadi". Jawab qirah dengan nada mendatar.

"Ni kau okay tak ni?". Tanya kamal dengan nada prihatin.

"Kenapa kau nak tahu? Tak payah nak acah-acah caring laa". Perli qirah.

Kamal memadang qirah sambil membuat muka annoying. Kamal malas nak cari gaduh dengan qirah.

"Jom ikut aku balik rumah papa. ". Ajak kamal.

Qirah mencebik.

"Dalam mimpi laa aku nak ikut kau". Jawab qirah sambil menyilangkan tangannya.

"Aku serious ni, bahaya laa kau duduk sini". Kamal cuba memujuk qirah.

Qirah diam sambil menjeling kamal.

"Mama kau ada tak?". Tanya kamal lagi.

"Bukan urusan kau.. dah laa kamal baik kau balik". Kata qirah.

"Kau ni memang keras kepala kan? Degil.."

Qirah menayangkan riak wajah tidak bersalahnya.

"Suka hati kau laa.. tapi aku nak pesan kalau ada apa-apa kau call jer aku. In Sha Allah aku tolong kau". Kata kamal.

Qirah hanya mendiamkan dirinya.

"Tu harris yang request.. harris cakap buat masa sekarang ni kau jangan call dia dulu." Sambung kamal lagi.

Qirah tersentak apabila mendengar kata-kata kamal sebentar tadi. Perasaan kecewa mula menerpa dihatinya.

Kamal perasan akan perubahan riak wajah qirah. Kamal faham pasti qirah kecewa dengan tindakkan harris. Kamal mula berasa serba salah.

"Sebelum tidur check pintu tingkap semua pastikan semua kunci.. dah laa kau pergi laa masuk.". Arah kamal kepada qirah.

Qirah hanya menundukkan wajahnya lalu berjalan masuk dalam kerumahnya.

"Ingat pesan aku". Jerit kamal.

Kamal hanya memerhatikan qirah sehingga kelibat qirah hilang di sebalik pintu.

Kamal menghidupkan ejin motornya lalu beredar dari situ.

Qirah menyandarkan dirinya di pintu. Matanya mula berkaca. Qirah memandang siling rumahnya dengan padangan kosong.

Saat air matanya jatuh dengan pantas tanganya mengesat.

"No qirah.. kau tak boleh lemah macam ni. Please jangan nangis". Katanya seorang diri.

Qirah berjalan ke ruang tamu lalu mematikan tv. Sebelum qirah naik kebiliknya qirah check pintu dan tingkap rumahnya seperti di arahkan oleh kamal.

**************************************

Sudah empat hari harris mengelak dari berjumpa dengan qirah. Waktu lunch pula harris tidak join kawan-kawannya lagi di cafe, harris pergi makan di tempat lain bersama dengan Balqis.

Qirah pula sudah penat untuk mencari harris. Makin dia cari harris makin sakit hatinya. Qirah telah mencuba call harris tapi harris tidak mengangkatnya. Bukan itu sahaja, qirah juga ada menghantar whatapss tetapi harris tidak membaca whatappsnya.

___

Qirah duduk di library seorang diri sementara kelas seterunya bermula. Qirah teringat perbualan dia dengan kamal tempoh hari saat kamal datang melawatnya. Mereka berdua duduk di halaman rumah qirah untuk mengelak fitnah.

"Kamal, boleh aku tanya sikit?". Tanya qirah.

"Hmm.. boleh jer..kenapa?". Jawab kamal.

"Harris memang tak nak jumpa aku lansung ke?". Tanya qirah dengan suara mendatar

Kamal senyap seketika.

"Aku tak tahu laa qirah. Aku ada jer cakap dengan dia tapi dia macam mengelak". Terang kamal.

---

Qirah melepaskan keluhan berat. Qirah kecewa dengan harris. Hatinya remuk. Satu pesanan masuk di whatapps. Qirah membuka whatapps tersebut Madam lee memaklumkan class cancel hari ni.

Qirah mencapai begnya lalu beredar dari library. Saat qirah berjalan, Qirah ternampak harris dan kawan-kawanya yang sedang berborak di pondok berhampiran.

"Patut ke aku tegur harris?". Desis qirah di dalam hatinya.

"Tegur jer laa qirah. Kau kena explain dekat harris". Katanya seorang diri lalu berjalan kearah mereka.

"Harris". Panggil qirah.

Harris memadang qirah dengan riak wajah kosong. Rakan-rakannya juga memandang ke arah qirah.

"Aku nak cakap dengan kau sikit boleh?". Pinta qirah dengan nada lembut.

Harris mengeluh perlahan.

"Cakap laa.". Jawab harris dengan nada malas.

"Err.. maksud aku, aku nak cakap dengan kau sorang jer".

"Pergi laa kejap ris". Sampuk haikal.

"Cakap dekat sini, aku dengar.". Jawab harris dengan nada dingin.

Harris tidak mengendahkan haikal. Egonya tinggi. Kamal memandang harris dengan wajah tidak puas hati.

Mata qirah mula berkaca. Qirah tidak menyangka harris akan berkata begitu dengan nada dan riak wajah dingin.

"Never mind". Kata qirah lalu beredar dari situ.

"Kejam gila kau ris". Kata naim.

Harris hanya menayangkan riak wajah tidak bersalahnya.

"Macam ni kau layan qirah sekarang? Kau memang dah melampau laa harris.". Kata kamal lalu terus beredar dari situ.

"Eh mall...tunggu aku". Panggil haikal lalu mengekori kamal.

Harris tahu pasti kamal marah dengannya tapi harris juga tahu kamal hanya marah sekejap sahaja sebab itu dia hanya membiarkan kamal.

**************************************







Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now