BAB 46 : Misi Qirah

345 18 0
                                    

Qirah duduk di ruang tamu sambil menonton drama koreanya. Fokus Qirah terganggu apabila mendengar bunyi pintu di tutup.

Muncul wajah penat Harris yang berjalan menuju ke arah dapur untuk membasahkan tekaknya. Qirah memandang ke arah jam dinding yang telah menunjukkan hampir jam 8 malam.

"Lambat mamat ni balik." Desis Qirah di dalam hatinya.

"So, kau dah bagi agreement tu dekat Dato' ke?". Tanya Qirah kepada harris yang mahu berjalan menuju ke arah tangga.

"Dah". Jawab Harris ringkas lalu meneruskan jalannya.

Qirah mengajuk kata Harris.

"Poyo jer lebih. Konon penat laa tu. Entah-entah penat sebab layan perempuan". Kata Qirah seorang diri.

Tanpa membuang masa Qirah pergi ke arah dapur untuk memanaskan lauk dan nasi. Semasa Qirah mengacau kari ayamnya muncul satu idea untuk mengganggu waktu rehat Harris. Qirah tersenyum nipis.

---

Qirah mengikat rambutnya dengan gaya ponytails. Qirah berjalan menuju ke tingkat bawah.

"Hantar aku pergi beli ayam gunting". Arah Qirah kepada Harris yang sedang menonton tv.

"Sekarang?". Tanya Harris.

"Yelaa laa.. sekarang laa tak kan tahun depan pulak". Perli Qirah.

"Esok boleh? Aku penat laa malam ni". Balas Harris.

"I don't care. Aku cakap sekarang, so maksudnya sekarang laa." Kata Qirah dengan nada kerasnya.

"Finee.. tunggu jap aku pergi tukar baju". Jawab Harris lalu bangun dari duduknya dengan gaya malas.

"Cepat sikitt". Kata Qirah.

---

"Qirah, aku rasa baik kita balik laa.. lagipun ayam gunting dah dapat siap dengan air coconut shake lagi tu. So, kita tak payah laa pergi bukit ampang tu." Pujuk Harris.

"No.. aku nak pergi juga". Qirah tetap berkeras.

"Kita pergi hari lain. Sekarang ni dah nak jam 10 mesti ramai budak motor lepak sana". Kata Harris.

"Kenapa susah sangat kau nak ikut cakap aku? Aku minta kau hantar aku pergi sana sebab aku tak ada kereta. Kalau aku ada kereta aku boleh pergi sendiri laa." Marah Qirah.

Harris melepaskan keluhannya.

"Okay. Kita pergi sekejap jer lepas tu kita balik". Kata Harris tanda mengalah.

Qirah menyorokkan senyuman kemenangannya.

○ 20 minit kemudian ○

Harris memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Qirah terus keluar dari kereta lalu melihat pemandangan indah di waktu malam.

"10 minit jer, lepas tu kita balik". Kata Harris sambil memerhatikan keadaan sekeliling yang tiada orang.

Qirah menjeling Harris lalu melangkah penghadang jalan.

"Hati - hati". kata Harris lalu turut melangkah penghadang jalan tersebut.

Qirah melabuhkan punggunya di atas penghadang tersebut matanya leka memandang bulan yang indah itu.

"Cantik bulan malam ni". Kata harris untuk memecahkan kesunyian.

Lagi sekali Qirah menjeling Harris. Qirah menyedut air coconut shakenya yang berada di tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang bungkusan ayam gunting.

Kening Qirah berkerut apabila Qirah cuba memikir macam mana dia mahu menikmati ayam gunting kerana tangannya sudah penuh.

Harris tersenyum seorang diri apabila melihat wajah blur Qirah. Harris mengambil air coconut shake tersebut dari tangan Qirah.

Jodoh yang di takdir (Complete)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora