BAB 74

220 5 0
                                    


Harris membukakan pintu kereta untuk Qirah. Qirah menyambut tangan Harris lalu turun dari kereta dengan penuh berhati-hati.

Mereka berdua baru pulang dari menjengguk liya dan kamal. Liya telah selamat melahirkan bayi lelaki yang cukup sifatnya.

"Hati-hati sayang". Kata Harris dengan suara lembutnya.

Qirah hanya membalas dengan senyuman. Sampai sahaja di depan lift, Harris menekan butang naik.

Qirah memaut lengan Harris lalu kepalanya di lentokkan dilengan milik Harris.

"Bila tengok kak liya tadi, sayang rasa tak sabar pula baby kita ni keluar". Ucap Qirah sambil mengusap perutnya.

"Abang pun sama.. tak sabar tengok baby kita ni.." balas Harris.

"Kalau anak lelaki, mesti handsome macam papa dia. Kalau anak perempuan mesti laa cantik, comel macam mama dia". Sambung Harris sambil mencubit perlahan hidung Qirah.

"Hahaha... itu sudah pasti abang" kata Qirah sambil memegang hidungnya.

Bibir Qirah mengukir senyuman. Pintu lift terbuka Harris dan Qirah melangkah masuk lalu Harris menekan butang tutup.

"Ehh Sayang, sayang rasa barang baby dah cukup ke? Ke ada yang nak kena cari lagi?". Tanya Harris.

"In Sha Allah cukup abang.. sekarang ni, just tunggu baby kita lahir jer". Jawab Qirah dengan penuh semangat.

"Alright.. hurmm abang rasa macam excited tapi macam nervous laa sayang." Luah Harris.

"Why?". Tanya Qirah.

Harris diam sejenak. Matanya merenung tepat wajah Qirah.

"Susah abang nak explain dekat sayang.. I hope everythings is going well". Jawab Harris.

Tingg.

Pintu lift terbuka. Qirah dan Harris berjalan keluar dari lift. Mereka berjalan beriringan ke arah rumah mereka.

"In Sha Allah abang. Abang jangan risau okay?". Jawab Qirah.

"I'll try.. sayang". Balas Harris.

Harris keluarkan access kad dari kocek seluarnya. Setelah pintu di buka mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

---

Qirah terbangun dari tidur kerana terasa sakit. Qirah memegang perutnya sambil mengatur nafas.

"Aa.. abang". Panggil Qirah dengan suara bergetar.

Melihat tiada respond dari Harris, tangan Qirah menepuk perlahan dada Harris.

"Abangg, sa.. sakit". Kata Qirah.

"Hah? Sakit? Dekat mana?". Kata Harris dengan nada terkejut.

"Hospital.. bawak saya pergi hospital.. sakit sangat ni". Kata Qirah.

Harris terus bangun dan berlari ke arah almari baju. Sweeter dan tudung sarung milik Qirah di ambil dengan pantas. Dalam kalut sempat Harris mencapai Iphone dan walletnya.

Tudung di sarungkan di kepala Qirah, manakala sweeter di sarung di tubuh Qirah.

"Tahan sikit sayang". Kata Harris dengan suara tenang.

Harris mengangkat Qirah dengan penuh berhati-hati.

Peluh mula membasahi dahi Qirah. Qirah cuba mengawal cara pernasafanya supaya teratur.

"Sikit lagi sayang.. nak sampai". Ucap Harris sambil tangan kirinya mengelap peluh yang membasahi dahi Qirah.

Harris memberhentikan keretanya di rawatan kecemasan. Harris berlari laju ke dalam unit kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now