BAB 41: Hari pernikahan

381 17 1
                                    

"Aku terima nikahnya Nor Shaqirah binti Dato' Romzi dengan mas kahwin RM 300 tunai." Lafaz Harris dengan nada tenang.

"Sah." Kata tok kadi.

"Sah". Jawab Dato' Romzi.

"Alhamdullilah". Kata tok kadi lalu membaca doa.

Hanya sekali lafaz Qirah telah sah menjadi milik Harris. Qirah menahan Air matanya supaya tidak mengalir. Puan Arissa mengusap lembut badan Qirah di bahagian belakang.

Selesai membaca Doa, Harris mengambil tempat untuk menunaikan solat sunat selepas nikah.

Majlis nikah yang sederhana ini diadakan di rumah Dato' Romzi. Mereka hanya menjemput ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan rapat harris dan juga keluarga mak Ehsah.

Linda mama Qirah tidak dapat di hubungi sejak dari peristiwa buruk yang melanda Qirah. Pelbagai cara Qirah lakukan untuk mencari mamanya tetapi masih tidak dapat menjejak linda sehingga Qirah berputus asa dan hanya berdoa agar mamanya selamat.

Setelah selesai menunaikan solat sunat, Puan Arissa memanggil harris untuk sesi pembatalan air wuduk.

Jantung Qirah berdegup laju saat melihat Harris berjalan menuju ke arahnya. Qirah tidak menafikan Harris kelihatan sangat segak memakai baju melayu bewarna putih bersama samping dan songkok hitam.

Qirah tidak berani menatap wajah Harris yang sudah duduk berhadapan dengan dirinya. Qirah hanya menundukkan wajahnya.

Harris menyorokkan senyumannya apabila melihat kelakuan Qirah yang sedang nervous itu.

"Comel". Desis Harris di dalam hatinya.

Puan Dayang memberi cincin kepada Harris untuk di sarungkan di jari manis Qirah.

"Qirah, hulur tangan kanan kamu sayang." Kata Puan Arissa kepada Qirah.

Qirah menghulur tangan kanannya kepada harris lalu harris menyarungkan cincin emas itu di jari manis Qirah.

Kini giliran Qirah pula untuk menyarungkan cincin di jari manis Harris.

Klik

Juru gambar mengambil gambar mereka berdua. Kamal dan lain juga sibuk mengambil gambar Harris dan Qirah. Haikal pula sibuk merakam video menggunakkan telefon pintarnya.

"Qirah, salam suami kamu". Arah puan Arrisa lagi.

Qirah mengikut kata-kata Puan Arissa tetapi di dalam hatinya, Qirah memberontak. Qirah terpaksa ikut kerana tidak mahu memalukan ahli keluarganya.

Tangan mulus Qirah menyentuh tangan kasar harris lalu qirah membawa tangan harris ke dahinya. Ini kali pertama mereka bersentuhan.

Klik

"Cantik.. pengantin lelaki letak tangan dekat kepala pengantin perempuan". Arah camera me0n tersebut

Harris meletakkan tangan kirinya di ubun-ubun qirah yang tertutup dengan selendang putih.

Klik

"Cantikk". Puji camera men itu lagi.

"Okay good, lepas ni pengantin lelaki kiss dahi pengantin perempuan ya". Sambung camera men.

Qirah terus mengangkat wajahnya. Mata Qirah membulat memandang ke arah camera men.

"Wuuuu". Usik kawan-kawan harris.

Harris cuba menyembunyikan senyumannya apabila melihat riaksi wajah qirah.

Dengan selamba harris memegang dagu Qirah supaya wajah Qirah mengahadap wajahnya. Mata qirah semakin membulat kerana terkejut dengan sentuhan harris.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now