BAB 65 : Harris merajuk

309 11 1
                                    

Harris merenung wajah Qirah yang sedang rancak berborak dengan Khalis dan liya. Renungan Harris terganggu apabila kamal menyenggolnya.

"Kau kenapa pandang Qirah macam tu?". Tanya kamal.

Qirah, khalis dan liya terus memandang ke arah mereka apabila terdengar perbualan mereka.

Harris menundukkan wajahnya kerana berasa malu tangannya laju menyiku perut kamal.

"Aduhh". Kata Kamal. Perutnya di usap lembut.

Tingg

Pintu lift terbuka luas, mereka semua melangkah keluar berjalan ke arah tempat letak kereta.

Mereka menaikki kereta secara berasingan. Harris dan Qirah manakala kamal, liya dan Khalis naik kereta kamal.

Di dalam kereta Harris merenung ke arah Qirah yang sedang memakai sit belt. Qirah menyedari renungan Harris.

"Kenapa?". Tanya Qirah dengan nada kehairanan.

"Nothing." Jawab Harris ringkas.

Qirah bertambah hairan apabila melihat riaksi wajah Harris yang sedikit muram itu. Harris terus memandu keretanya mengikuti kereta kamal.

Qirah menjadi bertambah pelik apabila Harris hanya memdiamkan dirinya. Mereka hanya ditemani dengan suara-suara di radio.

Di sebabkan ego yang meninggi Qirah juga mengambil keputusan untuk berdiam diri. Qirah juga masih lagi janggal dengan situasi mereka berdua sekarang.

---

Sewaktu memilih barang hantaran Qirah banyak bercakap dengan liya, kamal dan Khalis. Harris pula banyak berdiam diri.

Harris hanya bersuara saat ditanya pendapatnya. Selesai memilih barang hantaran, mereka menuju ke sebuah restorant untuk makan malam.

Selesai order makan, Qirah meminta diri untuk ke toilet.

"Kejap. Nak ikut". Kata Khalis apbila melihat Qirah bangun dari duduknya.

Qirah menunggu khalis lalu mereka berdua melangkah ke arah toilet. Selesai membuang hajat, Qirah membasuh tangannya. Penampilan di teliti melalui cermin.

"Kau dengan Harris okay ke?". Tanya Khalis yang baru siap basuh tangan.

"Okey jer.. kenapa kau tanya macam tu?". Tanya Qirah kembali.

"Tak ada laa.. sebab aku perasan, sepanjang shopping tadi korang tak berbual. Korang gaduh ke?". Tanya Khalis lagi.

"We are fine." Jawab Qirah ringkas.

"Sure?".

"Sorry aku bukan nak menyibuk pasal rumah tangga kau tapi aku tak suka tengok korang macam ni. Kalau ada problem korang kena selesaikan dengan baik." Pesan Khalis.

Qirah hanya memberikan senyuman kepada Khalis. Lalu mereka berdua berjalan keluar menuju ke meja makan.

Qirah duduk di sebelah kanan Harris manakala Khalis duduk di sebelah liya. Qirah memandang wajah Harris yang sedang berborak kosong dengan kamal sekilas.

Hati Qirah mula berbelah bagi. Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran Qirah.

"Aku ada buat salah ke?". Omel Qirah di dalam hatinya.

"Tak kan Harris marah aku sebab aku tolak dia tadi." Fikir Qirah lagi.

Lamunan Qirah terhenti apabila Qirah mendengar kamal menyebut namanya.

"Qirah, kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?". Tanya kamal lagi.

"Hah??". Jawab Qirah dengan muka blurnya.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now