Bab 12 : PLAN JAHAT HARRIS

392 16 2
                                    

Macam yang dikatakan oleh mira semalam, qirah di panggil ke pejabat urusan selepas habis kelasnya.

Qirah berjalan lemah menuju ke pejabat pihak pengurusan. Sampai sahaja di pejabat tersebut qirah di sambut oleh receptionist.

"Shaqirah?". Tanya receptionist tersebut.

"Iya, saya". Jawab qirah.

" Puan Pengurusi sudah tunggu awak, sila ikut saya". Arah receptionist tersebut. Qirah akur dan mengikuti receptionist tersebut. Receptionist tersebut mengetuk pintu bilik tersebut, setelah mendapat kebenaran qirah di arah masuk.

"Assalamualikum shaqirah". Sapa Puan pengurusi tersebut.

"Waalaikumusalam". Jawab qirah.

"Kamu pasti tahu kenapa kamu di panggil ke sini kan?". Tanya puan tersebut.

"Iya saya tahu". Jawab qirah sopan.

"Jadi, boleh saya tahu apa yang terjadi?"

"Semua ni berpunca dari harris. Harris mengambil fon saya, saya telah meminta dia untuk memulangkan fon saya semula tapi dia tak bagi, jadi danish mengambil fon saya dari harris.".

"Okey, jadi kenapa mereka bergaduh?"

"Harris tak puas hati bila danish tolong saya, dia marah lepastu dia terus tumbuk danish". Terang qirah.

"Okey saya faham, tapi dalam video ni nampak macam danish memprovoke harris," qirah memotong ayat puan pengurusi tersebut.

"Danish tak ada provoke harris, harris yang provoke danish tapi danish tak balas." Qirah bercakap dengan nada yang keras.

"Qirah, awak tahu kan siapa danish tu? Dia anak Tan Sri Khairudin. Dia juga top student dekat sini. Tak mungkin dia berkelakuan sebegitu." Jelas puan itu.

"Jadi, puan rasa saya tipu puan?". Tanya qirah.

"Bukan tu maksud saya, saya hanya nak awak fikir semula akibatnya. Pihak pengursan tidak akan buang harris dari sini disebabkan harris adalah top student dekat sini. Tan sri khairudin juga merupakan pemberi sumbang terbesar untuk universiti ni. Jadi, jika kamu masih berkeras dengan statement yang kamu beri, kamu kena tanggung akibatnya". Jelas puan tersebut.

"Akibat apa? Puan nak buang saya ke? Tak akan disebabkan saya bercakap benar puan nak buang saya, nonsense". Perli qirah.

"Kalau itu yang terbaik, kami pihak pengurusan terpaksa berbuat demikian. Jadi ni last soalan saya, adakah danish memprovoke harris?.

"Jawapan saya masih sama. Tidak."

"Okey baiklah qirah, rasany..". Dengan pantas qirah memotong ayat puan.

"Rasanya puan dan pihak pengurusan pun kena tanggung akibatnya nanti. Puan jangan ingat saya akan berdiam diri. Saya boleh menggunakan kuasa media sosial untuk viralkan perkara ini dan puan kena ingat juga yang saya ni anak Dato' Romzi, CEO kepada company Romzi berhad iaitu syarikat perladangan terbesar di malaysia. Jadi, puan ingat Papa saya akan berdiam diri sahaja?" Tanya qirah dengan nada sinis.

Puan pengurusi terdiam. Dia tidak menyangka qirah akan menggugutnya kembali.

"Kalau puan masih dengan keputusan berat sebelah puan, tak apa saya faham, tapi puan pun kena faham laa akibatnya nanti". Jelas qirah lagi. Puan pengurusi masih lagi berdiam.

" kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri saya dulu" pinta qirah.

"Wait, qirah, kita kena bincang". Rayu puan tersebut.

"Saya ingatkan kita sudah habis bincang". Perli qirah.

"Kejap bagi saya masa untuk berfikir dulu". Pinta puan tersebut."

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now