BAB 73

217 5 0
                                    

Harris memimpin Qirah mendaki tangga setelah mereka selesai makan makan di rumah Tan Sri Khairuddin.

"Hati-hati sayangg". Kata Harris.

Harris membukakan pintu bilik untuk Qirah, lalu mereka berjalan masuk kedalam. Harris menutup kembali pintu biliknya manakala Qirah sibuk menanggalkan tudungnya.

Harris berjalan ke arah Qirah lalu mengambil tudung dari tangan Qirah.

"Meh abang sangkutkan tudung sayang, sayang pergi rehat.. elok-elok jalan tu". Kata Harris

"Terima kasih abang". Kata Qirah.

Harris berjalan ke arah almari bajunya, manakala Qirah berjalan ke arah meja soleknya.

Qirah menarik ikat rambutnya, rambutnya di rapikan sambil menatap ke arah cermin. Harris menutup almarinya dan menoleh ke arah Qirah.

"Ya Allah sayang, kan abang suruh rehat tadi.. sayang nak buat ape ni?". Tanya Harris sambil berjalan ke arah isterinya.

Qirah memandang wajah Harris melalui pantulan cermin sambil tersenyum.

"Sayang nak sikat rambut abang.. abang ni risau sangat.. sayang bukan buat kerja berat pun". Jawab Qirah dengan suara manjanya.

"Mesti laa abang risau, sayang ni tak reti duduk diam. Asyik buat kerja jer.. sayang kena ingat sayang ni tunggu masa jer nak lahirkan anak kita ni". Balas Harris sambil mengusap perut Qirah yang bulat itu.

Bibir Qirah mengukir senyuman memandang perutnya, tanganya juga turut memegang perutnya.

Qirah memandang wajah Harris melalui pantulan cermin dengan wajah terujanya apabila anak di dalam perutnya mula bergerak.

"Abang rasa tak?". Tanya Qirah.

"Rasa sayangg.. lasak betul anak papa ni". Kata Harris sambil mengucup bahu Qirah.

Qirah tersenyum lalu  menolehkan  wajahnya ke arah kanan untuk memandang wajah Harris. 

Harris memberikan senyuman kepada Qirah apabila mata mereka bertembung. Pandangan mata Harris mula tertumpu pada bibir milik Qirah.

Cupp

Bibir Qirah dan bibir Harris mula menyatu. Setiap ciuman Harris di balas oleh Qirah. Setelah puas, Harris melepaskan pautan bibirnya lalu di usap lembut pipi Qirah.

"Abanggg, sikatkan rambut sayang boleh??". Pinta Qirah.

"Bolehh sayangg.. sayang duduk". Jawab Harris sambil tersengeh.

Harris menarik kerusi solek milik Qirah lalu Qirah melabuhkan punggungnya. Harris menarik perlahan rambut Qirah ke belakang dan tangannya laju mengambil sikat rambut.

Perlahan-lahan Harris menyikat rambut Qirah yang panjang itu. Minyak rambut Qirah juga di capai lalu di titiskan sedikit ke tangannya. Harris menggosokkan tangannya dirambut milik Qirah secara lembut lalu di sikat kembali.

"Okay donee.. Wangi dah rambut sayang". Kata Harris sambil mencium kepala Qirah.

Qirah memegang pipi Harris sambil tersenyum.

"Terima kasihh abanggg". Ucap Qirah.

"Kasih di terima sayangkuuu". Balas Harris mesra.

"Jom kita tidur. Sayang nak abang urut kaki tak sebelum kita tidur".

"Nakk.. thanks abangg". Kata Qirah sambil tersenyum mesra.

---

Qirah terbangung dari tidurnya kerana berasa tidak selesa. Qirah memandang wajah Harris yang sedang lena di buai mimpi.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now