BAB 63 : Kepercayaan

291 17 1
                                    

Qirah menyediakan sarapan pagi di dapur. Menu pilihan Qirah untuk pagi ini ialah bihun goreng bersama telur mata.

Qirah menghidangkan bihun goreng yang baru dimasaknya tadi ke dalam mangkuk. Selepas itu Qirah meletakkan kuali tersebut di singki.

Qirah meletakkan minyak masak ke dalam pan tersebut lalu menekan butang on dapur eloktroniknya.

Qirah memandang kosong ke arah pan tersebut. Hati Qirah menjadi gusar apabila memikirkan kejadian semalam.

"Boleh percaya ke Harris sayangkan aku. Punya laa banyak perempuan cantik, seksi try goda dia, takkan dia lansung tak tergoda." Omel Qirah di dalam hatinya.

Qirah mengambil sebiji telur lalu di pecahkan telur tersebut ke dalam pan yang panas itu. Qirah melepaskan keluhan beratnya.

"Kenapa susah sangat aku nak percaya dekat Harris ni? Hurmm, kalau perempuan tu datang lagi macam mana?". Desis Qirah lagi.

Qirah terkejut apabila merasa satu tangan sasa memeluknya pinggang rampingnya dari belakang. Qirah terus menolehkan kepalanya di sebelah kanan.

"Morning, sayangg". Ucap Harris bersama senyuman di bibirnya.

Harris mengucup pipi Qirah sekilas. Mata Qirah membulat memandang ke arah Harris.

"Kenapa tengok saya macam tu? Handsome sangat ke saya?". Usik Harris.

"Jangan nak perasan Harris." Balas Qirah.

Qirah mengalihkan pandangan matanya ke arah telur yang di gorengnya. Harris menyandarkan dagu di bahu Qirah sambil merenung wajah cantik Qirah dari tepi. Harris mengemaskan pelukkanya.

Jantung Qirah mula mengepam darahnya laju. Qirah cuba untuk mengawal perasaan gugupnya kerana renungan dan pelukkan Harris.

"Sampai bila nak kena peluk macam ni?". Tanya Qirah kepada Harris.

"Selama-lamanya sayang. I like your smell. Sangat wangi". Bisik Harris di telinga Qirah.

Satu ciuman mendarat lagi di pipi Qirah. Harris melepaskan pelukkanya lalu Harris berdiri di sebelah Qirah.

"Dah nak masak dah telur ni sayang. Baik awak angkat cepat nanti hangus". Kata Harris.

"Ermm.. boleh tolong ambilkan pingan tu?". Balas Qirah sambil menunjukkan pingan kosong yang berada di atas meja makan.

"Boleh sayanggg". Jawab Harris.

Harris mencapai pingan tersebut lalu di berikan kepada Qirah. Qirah mengangkat telur mata tersebut lalu di letakkan di atas pingan yang di berikan oleh Harris.

Selepas itu, Qirah memecahkan lagi sebiji telur untuk di goreng.

"Ada apa-apa tak yang nak saya tolong?". Tanya Harris.

"Ada. Tolong buatkan air boleh?". Pinta Qirah.

"Kacang jer tu. Awak nak air apa? Saya buatkan special untuk kesayangan saya ni". Balas Harris.

Qirah tersenyum mendengar kata-kata Harris. Jari telunjuk di letakkan di dagunya mata memandang ke atas seolah-seolah sedang berfikir.

"Ermmm. Saya nak air coffee yang di buat dengan penuh kasih sayang bolehhh??". Jawab Qirah.

"Comel". Puji Harris di dalam hatinya

"Apa pulak tak boleh. Untuk awak semua benda boleh". Balas Harris sambil mengenyitkan matanya kepada Qirah.

Qirah membalas dengan senyuman manis kepada Harris. Harris juga memberikan senyuman kepada Qirah sekilas lalu berlalu untuk membancuh coffee.

---

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now