BAB 22 : WANITA MISTERI🤐

355 16 0
                                    

Qirah menilik penampilannya. Setelah puas dengan penampilannya qirah berjalan menuju ke dapur.

"Assalamualikum mak ehsah". Sapa qirah sambil memeluk tubuh tua mak ehsah.

"Waalaikumusalam". Jawab mak ehsah sambil membalas pelukkan qirah

"Peluk mak ehsah jer ke? Mama tak ada?". Sampuk linda dari belakang

Qirah melepaskan pelukkannya dan menoleh ke arah linda yang hanya memakai singlet dan seluar pendek. Jelas kelihatan kesan love bite di leher gebu milik linda.

Qirah menanyangkan riak muka tiada perasaan kepada mamanya.

"Morning mama. Awal bangun..". Sapa qirah untuk menjaga hati linda.

"Morning, mama haus.". Jawab linda sambil membuka peti sejuk.

Qirah yang tidak tahan melihat keadaan mamanya itu terus beredar dari situ dan menuju ke meja makan.

Air teh tarik di tuang kedalam cawannya lalu qirah meneguk.

"Qirah nak pergi mana pagi-pagi ni?." Sapa linda lagi.

"Collage maa, hari ni dah start sem baru". Jawab qirah sambil mengunyah karipap.

"Owhh.. cepatnya, btw result qirah macam mana?". Tanya linda.

Qirah tidak memandang wajah mamanya itu kerana berasa sangat jijik melihat keadaan mamanya itu.

"4 flat". Jawab qirah tidak acuh.

"Pandainya anak mama". Jawab linda sambil mencium kepala qirah. Qirah hanya diam.

"Okay laaaa, mama naik atas dulu ya". Pinta linda.

"Hurmm".

**************************************

Bermula laa semester baru untuk qirah. Sepanjang cuti sem qirah banyak meluangkan masa bersama dengan harris  dan kawan-kawannya. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan bersama sebagai contohnya, mereka berbasikal, hiking, jogging dan macam-macam lagi.

Qirah juga sering ke rumah harris untuk meluangkan masa bersama ibu harris. Hubungan mereka persis macam ibu dan anak. Dayang juga meminta qirah memanggil dirinya sebagai Ibu. Dayang sangat selesa dengan qirah. Baginya qirah sesuai dijadikan calon untuk harris kerana  qirah sangat rajin, qirah pandai memasak, baik,  cantik dan pandai jaga diri.

Dayang juga perasan perubahan sikap harris. Sebelum kenal qirah, harris sering balik lewat malam, kadang-kadang esok pagi baru balik. Sekarang ni, sebelum jam 11 malam harris sudah ada di rumah. Harris juga rajin menunaikan solat fardhu tanpa disuruh. Kalau dulu selagi tak di suruh pasti harris tidak menunaikan solat fardhu.

**************************************

"Uish pagi-pagi lagi muka dah masam mencuka. Patutnya awal sem ni kena laa semangat. Ni tak. kenapa kau ni? Ada apa-apa jadi ke?". Tanya harris kepada qirah.

"Tak ada mood aku hari ni". Kata qirah.

"Kenapa?". Tanya harris dengan nada prihatin.

Qirah hanya mengelengkan kepalanya.

"Mana yang lain?". Tanya qirah. Sengaja dia mahu menukar topik.

"Kenapa nak cari dorang pulak? Aku sorang ada dekat sini dah cukup."  Jawab harris.

"Eee.. perasan laa kau ni. Aku tanya jer pun, tu pun tak boleh".

"Memang tak boleh pun. Buat apa nak tanya pasal dorang. Baik kau tanya pasal aku ni". Usik harris.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now