BAB 60 : Buah Tangan

389 17 2
                                    

Qirah dan Harris selamat mendarat di KLIA. Terselah wajah penat mereka kerana perjalanan yang jauh.

Kamal menyambut mereka dengan wajah berseri-serinya. Kamal menghulurkan bantuan kepada Qirah untuk membantu Qirah membawa barang-barangnya.

"Welcome back pengantin tak berapa nak baru". Ucap kamal sambil tersenyum.

"Banyak laa kau. Kau datang sorang jer ke?". Tanya Harris.

"Haah. Yang lain busy. Ibu nak ikut tadi tapi aku tak bagi sebab mesti korang penat kan nanti nak layan ibu lagi". Terang kamal.

"Owhh.. elok laa tu bro. Memang kita orang ingat nak balik terus. Letih doh duduk dalam kapal terbang tu". Kata Harris sambil membetulkan urat-urat di badannya.

"Alaaa kesiannya korang. Jom laa aku hantar terus balik rumah korang. Lepas tu korang boleh rehat terus". Kata Kamal.

Mereka bertiga terus berjalan menuju ke kereta kamal. Harris membantu kamal memasukkan beg-beg mereka ke dalam bonet manakala Qirah terus masuk ke dalam kereta kerana terlampau penat.

Setelah selesai menyusun beg-beg ke dalam bonet, Harris dan kamal masuk ke dalam kereta. Harris duduk di sebelah kamal. Harris menoleh ke belakang untuk melihat ke arah Qirah.

"Are you okay?". Tanya Harris kepada Qirah.

"Hmm okay". Jawab Qirah.

Kamal juga menoleh ke arah Qirah sekilas lalu kamal menghidupkan enjin keretanya. Kamal mula memandu keretanya keluar dari KLIA.

"Apa jer aktiviti korang dekat sana? Jangan cakap korang duduk dalam bilik jer erkk". Usik kamal. Tangan kamal menghidupkan radio.

Harris memberikan renungan tajam ke arah kamal manakala Qirah hanya berdiam diri sambil merenung ke luar tingkap.

"Kau ni kalau nak tanya soalan tu boleh tak tanya soalan yang tidak mendatangkan kemarahan aku". Kata Harris.

"Lek laa.. aku gurau jer. Jangan marah ris". Kata kamal sambil tersengeh.

Harris memandang ke arah depan, bukan niat dia mahu memarahi kamal tetapi Harris kesal dengan soalan kamal. Mana taknya Harris langsung tidak dapat peluang untuk bermanja dengan Qirah seperti yang di harapkannya.

Hampir 10 minit menyepi kamal mula bersuara .

"Aku dah lamar liya. Lagi 2 minggu aku masuk meminang liya". Kata kamal.

"Wehhh.. tahniah bro. Akhirnya kau ikut jejak langkah aku juga tamatkan zaman bujang". Jawab Harris sambil tersenyum.

"Hahahahahah.. kau ingat kau sorang jer nak kahwin. Aku pun nak juga rasa alam perkahwinan ni". Kata kamal.

"Terbaik laa kau bro. Bila kau propose dia?". Tanya Harris.

"2 hari lepas. Aku ingat nak tunang dalam sebulan jer lepas tu terus nikah". Kata kamal.

"Aku setuju. Kau tak payah tunang lama-lama sangat, lagi cepat nikah lagi baik bro". Balas Harris.

"Aku rase sebulan tu dah okay sebab nak kena prepare barang kahwin semua". Terang kamal

"Ikut kau bro. But the way aku happy untuk kau bro." Terang Harris.

Harris memalingkan wajahnya kebelakang untuk melihat ke arah Qirah.

"Laaa tidur rupa. Patut laa diam jer". Kata Harris apabila melihat Qirah yang sedang lena di buai mimpi.

"Penat sangat tu". Kata Kamal.

---

20 minit kemudian

"Qirah bangun, kita dah sampai". Kejut Harris.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now