BAB 30 : KENA SERANG

369 20 1
                                    

Pagi jumaat ini, qirah memakai seluar jeans biru cair dan t-shirt oversized bewarna belang hijau, putih. Qirah menuruni anak tangga dengan langkah malas.

Qirah menuju ke dapur. Satu keluhan berat di lepaskan. Qirah rindu dengan Mak ehsah. Dahulu, mak ehsah akan sibuk membuat sarapan untuk dirinya tapi sekarang dia perlu menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri.

Kebelakang ini, qirah sering sarapan dengan bijiran cornflakes bersama susu coklat. Sejak ketiadaan mak ehsah dapur rumah ini sudah jarang berasap kerana qirah lebih suka beli di luar. Bukan qirah tidak reti masak cuma dia tiada masa untuk masak.

Qirah memandang bijiran cornflakes tersebut dengan riak wajah yang kosong. Qirah terasa sunyi. Mamanya pula sudah seminggu tidak pulang. Qirah ada mencuba call mamanya tetapi mamanya tidak menjawab panggilannya.

Qirah mengangkat manguknya ke singki lalu mencucinya. Setelah selesai mencuci mangkuknya, qirah mengikat sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah di luar.

Qirah teringat pesanan mak ehsah, sebelum keluar rumah pastikan sampah di buang supaya sampah tidak busuk dan berulat. Beberapa hari lepas qirah ada menghubungi mak ehsah untuk bertanya khabar.

Sebelum beredar qirah akan memastikan semua pintu dan tingkap di kunci rapi. Qirah menghidupkan ejin keretanya lalu beredar dari perkarang rumahnya.

---

Tepat jam 5.30 petang kuliah Qirah tamat. Qirah berjalan keluar dari bilik kuliahnya.

"Qirahh. Aku kesian laa tengok kau ni. Kesian sebab kena tinggal dengan harris.. hahahahah". Kata mira. Sengaja mira mahu memalukkan qirah.

"Tulaaa aku pun kesian.. siap kena reject dengan harris pulak tu.. hahahhaah". Sampuk kawan mira.

"Mira.. dah dah la tu". Kata danish.

Qirah tidak mengendahkan mereka. Qirah meneruskan jalannya. Iya, sejak beberapa hari lepas, gosip qirah dan harris sudah tersebar luas di kampus mereka.

Qirah sering menjadi bahan ejekkan dari geng mira tapi dia tidak mempedulikan. Walaupun perasaan malu dan marah menerpa dihatinya tapi di pendamkan sahaja.

Kamal juga pernah bertanya kepada qirah berkenaan gosip tersebut tapi qirah tidak menjawab. Qirah hanya mendiamkan dirinya.

Tentang harris, qirah sudah penat mengejar harris. Apatah lagi selepas kejadian semalam apabila harris menolak untuk bercakap berdua dengan dirinya.

Bagi qirah, harris sudah tidak ambil peduli akan dirinya. Jadi, qirah mengambil keputusan untuk letak tepi tentang harris dan perasaannya untuk fokus kepada pembelajarannya.

Qirah juga sering memesan kepada dirinya supaya kuat dan jangan jadi lemah di sebabkan seorang lelaki yang bernama harris.

---

Selesai menunaikan solat fadhu isyak, qirah melipat sejadahnya lalu meletakkan ke dalam almari bajunya.

Qirah keluar dari biliknya untuk mengambil air minum kerana tekaknya terasa haus.

Sampai sahaja di dapur, qirah membuka peti sejuknya lalu mencapai air susu coklat. Di tuang air tersebut kedalam cawan. Di teguk air tersebut perlahan-lahan.

Qirah mengambil keputusan untuk membawa susu dan cawan tersebut ke dalam biliknya kerana dia malas hendak turun semula. Qirah memegang susu coklat di tangan kanannya manakala cawan di sebelah kirinya.

Saat qirah mahu mendaki tangga, satu suara garau menegurnya.

"Hai, baby girl.. miss me?". Kata rayyan.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now