BAB 38 : PEMBERITAHUAN

343 18 0
                                    

Harris berjalan menuju ke meja makan. Tali lehernya di betulkan sambil berjalan.

"Morning. Ayah.". Tegur harris kepada ayahnya yang sedang duduk sambil membaca surat khabar.

"Morning." Jawab Tan Sri Khairuddin. Matanya masih fokus.

Dayang datang sambil membawa sejag air Teh o panas. Di tuangkan Air teh O panas tersebut ke dalam cawan suaminya dan anaknya lalu mengambil tempat di sebelah suami tercinta.

Puan dayang menghulurkan pingan yang berisi roti canai kepada suami dan harris.

"Abang, makan dulu" . Kata Dayang kepada suaminya.

Tan Sri Khairuddin meletakkan surat khabar di sininya lalu membasahkan tekaknya dengan teh O panas. Harris sudah menjamah roti canainya bersama kuah kari.

"Morningg semua, Harras pergi dulu takut lambat nanti". Pinta harras dengan nada tergesa-gesa. Sempat harras menyalami orang tuanya lalu berlalu dari situ.

Harris hanya mengelengkan kepalanya melihat tingkah lalu adiknya itu. Harris menyambung menyuapkan roti canai ke dalam mulutnya.

Dayang memandang wajah harris lalu mengalihkan pandangan kepada suaminya. Tan Sri khairuddin pula kusyuk menikmati makanannya. Dayang mencucuk pinggang suaminya perlahan sambil memberi isyarat supaya memberitahu harris tentang hajat mereka.

Tan Sri Khairuddin memandang ke arah Harris yang sudah siap makan. Harris meneguk air teh O panasnya.

"Harris, ayah nak cakap sikit dengan kamu". Tan Sri Khairuddin memulakan perbualan.

"Cakap apa ayah?". Tanya harris. Matanya mula fokus memadang ke arah ayahnya.

"Hujung minggu ni, Ayah dengan ibu dah sepakat untuk tunangkan kamu dengan.."

"Hah?? Tunang??". Potong harris.

"Ayah, ibu harris tak sedia lagi nak tunang atau kahwin. Tolong laa jangan buat harris macam ni". Sambung harris lagi.

"Ayah tak nak dengar alasan dari kamu. Keputusan kami dah tetap. Kamu akan kahwin 2 bulan dari sekarang." Jawab Tan Sri Khairuddin dengan nada tegas.

"What?? lagi 2 bulan??? No! I can't.". Jawab harris mukanya berubah menjadi terkejut apabila mendengar kata-kata ayahnya itu.

"Jangan nak melawan harris. Ikut sahaja permintaan ayah ni.". Kata Tan Sri khairuddin.

"Ikut?? Harris, tak kenal perempuan tu. Macam mana harris nak kahwin dengan dia. Lagi satu ayah, ni pasal perkahwinan bukan benda main-main. Kalau harris buat perempuan tu terseksa, ayah jangan salahkan harris". Harris cuba mengugut ayahnya.

Air muka tan Sri khairuddin mula berubah menjadi tegang. Dayang perasan perubahan air muka suaminya lalu dengan pantas dayang memegang tangan suaminya untuk menenangkan suaminya sebelum suaminya menghamburkan kemarahannya kepada harris.

Harris berdiri dari duduknya kerana dia mahu beredar dari situ. Fikirannya kusut

"Harris akan berkahwin dengan Qirah". Kata puan dayang.

Langkah harris terhenti saat mendengar nama Qirah lalu memandang wajah ibunya.

"Harris, dengar cakap Ibu ya, sayang? Ibu tahu Qirah seorang jee yang boleh buat harris bahagia". Pujuk dayang.

"Ayah Qirah pun dah setuju.". Sambung dayang lagi.

"Bagi, harris masa untuk fikir dulu. Harris pergi dulu, ibu, ayah". Kata harris lalu melangkah keluar dari rumahnya.

---

Harris dan haikal duduk di meja kosong dan memesan makanan. Muka harris dingin. Harris telah menceritakan semuanya kepada haikal. Sekarang mereka berdua sedang menunggu kamal. Air yang di pesan oleh mereka telah sampai.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now