BAB 51: Perjanjian baru

353 19 0
                                    

Semenjak sampai di rumah mereka. Qirah hanya mengurung dirinya di dalam bilik. Qirah juga tidak menyediakan makan malam untuk mereka berdua kerana Qirah berasa janggal dengan Harris selepas dari kejadian semalam.

"Bila nak hilang ni". Kata Qirah seorang diri.

Qirah membelek lehernya yang masih merah akibat di cium oleh Harris. Qirah melepaskan keluhan.

Kata-kata Harris mula bermain di dalam kotak pemikirannya.

"Aku sayangkan kau Qirah". Bisik Harris.

Qirah mengeleng kepalanya.

"No no no. Kau tak boleh percaya dekat dia lagi Qirah. Dia tu buaya".

"Huh.. sayang konon. Entah - entah dia maksudkan sayang sebagai kawan. Bukan boleh percaya lelaki macam dia tu". Omel Qirah lagi.

Qirah meletakkan kepalanya di atas meja soleknya, matanya di pejam. Wajah Harris mengucup bibirnya mula berlegar - berlegar di dalam fikirannya. Qirah membuka matanya kembali lalu mengetuk perlahan kepalanya.

"Kenapa dengan kau ni Qirah. Ishh.. tolong laa jangan fikir lagi pasal benda tu. Dia tu dah ambil kesempatan dekat diri kau Qirah." Bebel Qirah kepada dirinya sendiri.

"Tak guna punya Harris". Kata Qirah lagi.

Tok tok tok

Qirah mengalihkan pendangannya ke arah pintu biliknya. Mata Qirah membulat akibat terkejut.

"Aku ada beli makanan. Nanti kau turun makan ehh.. aku letak dekat meja dapur". Kata Harris.

Qirah hanya mendiamkan diri. Qirah dapat mendengar bunyi pintu bilik Harris di buka lalu di tutup kembali.

Qirah membaringkan kepalanya di atas meja soleknya kembali sambil memegang perutnya yang sedang lapar itu.

"Dasar playboy". Kata Qirah.

Iphone milik Qirah berbunyi. Satu notifikasi masuk. Qirah bangun dari duduknya dan berjalan ke arah katilnya. Qirah mengambil Iphoneya, tertera nama Harris yang telah menghantar mesej kepada dirinya.

Dahi Qirah berkerut sikit lalu membuka mesej dari Harris.

Harris :

Jgn lupa makan nnt.
Don't worry I won't disturb you.
You can eat in peace 😉

Qirah meletakkan semula Iphonenya. Qirah masih ragu-ragu mahu turun ke dapur tetapi di sebabkan perutnya sudah meragam Qirah berjalan ke arah pintu biliknya lalu membuka pintu dengan penuh berhati-hati.

Qirah berjalan laju ke arah meja dapur lalu mengambil bungkusan tersebut. Bau Nasi goreng USA menaikkan selera Qirah. Qirah mengambil cawan lalu di isikan dengan air sejuk. Qirah kembali duduk di meja lalu membaca doa makan.

************************************

Qirah meraba-raba mencari Iphonenya. Mata Qirah membulat apabila melihat jam di telefon bimbitnya.

"Ya Allah dah pukul 7.30 pagi". Kata Qirah.

Dengan pantas Qirah mencapai tualanya lalu bergegas keluar dari biliknya.

Langkah Qirah menjadi perlahan apabila melihat Harris yang sedang melakukan exercise mengangkat dumbell.

"Morning". Sapa Harris kepada Qirah.

Qirah langsung tidak memandang wajah Harris. Qirah mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik mandi.

---

Setelah selesai membersihkan dirinya qirah menyarung kembali baju tidurnya lalu membalut pingangnya dengan tuala. Qirah berasa lega kerana period nya baru datang. Jadi, perasaan serba salahnya kerana lambat bangun untuk menunaikan solat subuh sudah hilang.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now