BAB 18 : FIRST CALL

347 17 0
                                    

Qirah mencuba menghidupan enjin keretanya tetapi gagal. Entah mengapa keretanya tiba-tiba sahaja tidak boleh hidup. Qirah melihat jam ditangannya.

"Shit 7.20 dah". Qirah mengeluh.

Qirah membuka pintu pemandu dan menghempas pintu keretanya dengan kuat.

"Qirah kenapa ni". Tanya mak ehsah.

" tak tahu laa mak ehsah, kereta tak boleh hidup pulak. Qirah dah lambat ni". Lagi sekali qirah mengeluh.

"Habistu kamu nak pergi kelas naik apa?". Tanya mak ehsah sambil berjalan menuju ke arah qirah.

Qirah menganggkat kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu.

"Harris". Desis qirah seorang diri .

"Tapi tak apa ke ni? Nak ke dia tolong aku? Kalau dia tolak macam mana? Jatuh laa maruah aku. hmm tapi dia ada cakap semalam, anything just call him". Qirah bermonolog didalam hatinya.

Qirah terus mengeluarkan handphonenya lalu memicit butang call.

**************************************

Satu panggilan tidak dikenali masuk di telefon bimbit harris. Harris menekan bukan jawab.

"Hello". Jawab harris.

"Hello, harris, aku ni. Kau dah gerak pergi uni ke?". Tanya qirah.

"Wait wait who this?". Tanya harris pelik.

"Aku laa qirah".

Harris tersenyum.

"Owh qirah, aku belum gerak lagi. Kenapa?" Tanya harris lagi.

"Hurmm.. kereta aku tak boleh start pulak pagi ni. Boleh tak aku nak tumpang kau?". Pinta qirah dengan nada sopannya.

"Boleh jer, kejap lagi aku datang rumah kau".

"Okay, thanks harris".

"No problem". Jawab harris sambil menamatkan panggilan.

**************************************

Qirah berasa amat lega, apabila harris sudi membantunya. Mak ehsah hanya memerhati.

Qirah menepuk dahinya perlahan.

"Mati laaa, lupa nak tanya mamat tu ada kereta ke tak selalu nampak dia naik motor jer. Tak akan dia tak ada kereta, dia anak Tan sri kot". Qirah bermonolog di dalam hatinya.

"Baik aku call dia cepat". Qirah mengeluarkan iphonenya tapi perbuatannya mati apabila satu suara garau menyapa dia.

"Tak pergi kelas lagi?". Tanya suara garau itu.

Qirah menoleh kerah pintu. Terpacul muka linda dan Rayyan.

Qirah tidak menjawab soalan rayyan.

"Qirah uncle rayyan tanya tu, jawab laa. Tak elok buat macam tu". Linda pula bersuara dengan nada lembut.

"Puiii, tak elok konon, habis tu apa yang mama buat ni elok?". Soalan tersebut hanya bermain difikirannya sahaja.Qirah tidak mahu melukakan hati mamanya.

"Qirahh". Linda memanggil qirah.

"You see me right here right? Then why asked stupid question". Perli qirah.

"Qirah don't be so rude". Marah linda

"It's okay sayang". Rayyan menenangkan linda.

"Kereta qirah tak boleh hidup puan". Sampuk mak ehsah.

Qirah memandang mak ehsah sambil menayangkan muka tidak puas hati dengan tindakan mak ehsah tadi. Mak ehsah memegang mulutnya dengan riaksi terkejut.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now