BAB 3 : MiMPI

504 14 0
                                    

Qirah yang mengenakan jeans  koyak sedikit di bahagian atas lutut, baju sweet shirt yang oversizes (lebih kurang macam dalam gambar). Rambutnya yang lurus dan panjang paras sikunya itu sengaja di lepaskan, bibirnya yang mungil itu, disapu sedikit lipstick bagi tidak kelihatan pucat. Para jejaka yang melihatnya pasti akan kagum dengan kecantikkan semula jadi qirah. Setelah puas meneliti dirinya di cermin, qirah mengambil beg tanganya dan terus keluar dari bilik. Dia yang berjalan dari koridor biliknya itu, dia  perasan satu sosok tubuh yang amat dikenalinya itu sedang kusyuk menonton tv. Qirah perlahan-lahan turun tangga dan memeluk bahu mak ehsah  yang sedang leka melayan drama melayu,

"lama tunggu mak ehsah?", tanya qirah kepada nak ehsah sambil menayang giginya yang tersusun cantik itu.

Mak ehsah mencubit pipi gebu Qirah sambil menjawab, " ya Allah budak bertuah ni, iye lama mak ehsah tunggu tau, adalah rase macam janggut nak tumbuh, hahaha", gelak mak ehsah,

"hah mana janggutnya, meh qirah tolong cukurkan", jawab qirah sambil tersengeh manja.

"Eh eh, budak bertuah ni, Dah, dah, jom qirah kita pergi sekarang nanti balik lambat pula", ajak mak ehsah. Mak ehsah menutup tv dan mereka berdua berjalan keluar dari rumah mereka.

***********************************

 Qirah parking kereta honda type R  di tempat parking pavilion. Dia dan mak ehsah berjalan beriringan menuju ke pusat membeli belah tersebut. Qirah mahu menyediakan peralatan pembelajarannya seperti baju, kasut, beg, alatan tulis, dan buku nota  sebelum memasuki alam  Universiti pada bulan hadapan.

Setelah puas membeli barang-barang yang diperlukan, Qirah mengajak mak ehsah untuk makan di secret recepi. Setelah siap makan mereka menuju ke surau untuk menunaikan solat fardhu Asar. Selesai menunaikan ibadah wajib untuk umat islam, qirah menyarungkan kasut levisnya di kaki kecilnya itu, dia menganggakat beg-beg shoppingnya dan berjalan ke arah mak ehsah yang menunggunnya. Sedang mereka berjalan keluar dari surau menuju ke tempat parking kereta tiba, bahu qirah di sentuh, qirah berhenti seketika dan menoleh kebelakang dan terkejut apabila melihat orang yang menyentuh bahunya itu.

Puan Arissa mempamerkan senyuman kepada qirah tetapi qirah tidak membalasnya, malah qirah menjelingnya, Puan Arissa sedikit tergaman. Mak Ehsah yang perasan akan perubahan air muka puan arissa terus menegur mesra,

"eh puan arrissa tak sangka kita jumpa dekat sini, puan datang dengan siapa?", tanya mak ehsah.

Puan arissa memandang mak ehsah sambil tersenyum mesra, "tulaaa, mak ehsah saya pun tak sangka, saya datang dengan anak lelaki saya kamal", jawab puan arissa.

"Owh dengan kamal, mana kamalnya tak nampak pun batang hidung dia?", mak ehsah menjenguk-jenguk.

"ada tu dekat surau lagi, kejap lagi siap laa tu," jawab puan arissa. Puan arissa memandang beg-beg shopping yang berada di tangan Qirah lalu tersenyum sendiri,

"banyanknya qirah shopping, beli apa jer tu?" Tanya puan arissa lembut.

Qirah yang masih berteriak dingin tu terus menjawab,

" kenape kau nak tahu? Asal kau takut duit laki kau habis ke perempuan?", agak sinis suara yang keluar dari bibir mungil qirah.

Mak ehsah yang terkejut dengan jawapan qirah itu terus menepuk lembut tangan qirah, tetapi qirah hanya buat tak tahu sahaja

"Bukan tu maksud ibu qi...", belum sempat puan arissa menghabiskan ayatnya.

"EH! PEREMPUAN TUA, KAU DENGAR SINI BAIK-BAIK, KAU TU BUKAN IBU AKU, JADI AKU TAK SUKA PERKATAAN IBU TU KELUAR DARI MULUT PEREMPUAN PERAMPAS MACAM KAU NI!!," marah qirah.

kamal yang jalan keluar mancari ibunya itu terkejut bila mendengar suara qirah yang sedang memarahi ibunya itu, kamal terus menghampiri mereka,

"wehh, qirah mulut kau tu jaga sikit, hormat sikit",tegur kamal.

"Hormat dekat siapa?huh? Dekat perempuan yang menghancurkan family aku? Aduhhhhai, aku lupa laa kau kan anak dia mesti laa backup perempuan ni", sinis qirah.

"Eh, kau ni memang dah melampau laa qirah",

"sudah kamal, sudah", sampuk puan arissa. "Jom kite balik, kak ehsah kami balik dulu ya.

Puan arissa menghulur tangannya kepada mak ehsan, lulu mereka pergi dari kawasan tersebut.

Qirah yang sepertinya mahu berkata sesuatu itu di tegah oleh mak ehsah,

"qirah sudah laa tu, ramai orang tengok kamu ni, jom kite balik",

mak ehsah terus menarik tangan qirah, qirah yang masih  memandang tidak puas hati ke arah puan arissa dan kamal terus berjalan akibat di paksa oleh mak ehsah.

***********************************

Jam menunjukkan hampir pukul 10.00 malam, qirah yang sedang duduk di meja soleknya, sedang menyapu moisturiser di kulit mukanya, sebelum tidur memang menjadi kebiasaan qirah untuk menjaga kulitnya. Sedang asyik dia menilik mukanya dicermin, dia teringat kejadian petang tadi, dia menghembus nafasnya perlahan ,

"kejam sangat ke aku ni?",

matanya yang masih menatap wajah sendiri melalui cermin itu dipandang kesal.

"No! Qirah, perempuan tu memang layak dapat makian dari kau, yang kau cakap tu baru sikit, apa yang dia dah buat dekat keluarga kau lagi teruk dari makian tadi".

Qirah terus menutup moisturisernya dan terus baring diatas katil bersaiz queennya itu tanpa sedar dia terlelap.

***********************************

"Nor haslinda binti zamir aku CERAIKAN kAU dengan TALAK SATU". Jerit Dato Romzi.

Qirah yang baru pulang dari sekolah untuk mengambil result PMR  itu terkejut apabila terdengar lafaz yang keluar dari mulut papanya itu, result yang berada ditangannya itu terlepas.

"Abanggg, maafkan saya abang, jangan buat saya macam ni abanggg",

rayu linda sambil memeluk kaki Dato' romzi namun rayuannya  tidak diendahkan oleh Dato' romzi.

Dato' romzi merentap kuat tangan linda dari terus memeluk kakinya dan dia terus berjalan menuju ke pintu keluar, Qirah yang dari tadi hanya melihat sahaja terus bersuara,

"papa, papa nak pergi mana?, jangan tinggalkan kami, pleaseee",

air mata yang mangalir dibiarkan sahaja, dia terus memeluk papanya,

Dato' romzi yang masih berada dalam keadaan marah terus menolak kasar anaknya itu, qirah jatuh terduduk, qirah juga terdengar ayat keramat  yang keluar dari mulut Dato' Romzi,

"ENTAH-ENTAH ENGKAU NI BUKAN ANAK AKU!!".

qirah terbangun dari tidurnya, dia juga merasakan pipi gebunya itu telah basah, setiap kali dia mimpi perkara tersebut pasti dia akan menagis.

***********************************

      

       

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now