BAB 14 : TERIMA KASIH MAK EHSAH

402 19 0
                                    

☆ 2 Minggu kemudian ☆

Harris memerhatikan riak wajah kosong qirah yang sedang berjalan menuju ke cafe. Harris perasan sejak kebelakang ini, wajah qirah kelihatan sangat muram berbanding dulu.
Semenjak dari kejadian tersebut harris tidak lagi menggangu qirah.

"Hoii.. riss, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?". Tanya kamal kepada harris.

"Hah. Apa dia? " tanya harris. Dengan pantas harris terus memandang kamal.

Kamal menepuk dahi.

"Kau ni punya laa aku panjang lebar aku explain dekat kau, satu hapak pun kau tak dengar. Kau tengok apa?". Tanya kamal sambil menoleh ke belakang.

"Tak ada apa-apa. Hah sambung cakap". Arah harris sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Kamal dan kawan-kawannya yang lain hanya mengelenggkan kepala mereka.

***********************************

Harris menepuk lembut bahu kamal.

"Kau asal bro? Muka tension semacam jer aku tengok?". Tanya harris.

"Kau tahukan sabtu ni ada birthday party Khalisya adik aku". Jawab kamal perlahan.

"Tahu. Then apa masalah dia?".

"Papa, aku minta aku ajak qirah datang sekali, aku dah try call qirah banyak kali tapi dia tak angkat call aku". Jelas kamal.

"Papa kau ada try call qirah sendiri tak?" Tanya harris.

"Dah wehh.. qirah tak pernah nak angkat call papa dia. Aku bukan apa, aku tahu yang papa dia mesti rindukan dia. Tu aku stress tu. Kalau papa dia tak minta tolong dekat aku jangan harap laa aku nak call dia. Pening laaa" . Luah kamal.

"Lek laa bro.. aku tahu dia dekat mana. Jom ikut aku". Ajak harris.

"Hah?? Serious laa kau ni?". Tanya kamal pelik.

Harris hanya menggunguk kepalanya.

"Kau nak jumpa dia tak ni?" Tanya harris sambil menganggkat keningnya.

"Nak. Jom jom" ajak kamal.

Haikal yang perasan harris dan kamal mahu meninggalkan mereka terus memanggil mereka.

"Woii.. korang nak pergi mana?" Tanya haikal.

"Library" jawab harris.

"Tunggu aku, aku nak ikut". Jawab haikal sambil berlari mengejar mereka.

Naim dan haziq hanya membiarkan mereka bertiga pergi kerana mereka sibuk melayan awek mereka.

***********************************

Harris menjuihkan bibirnya kearah qirah yang sedang membuat revision seorang diri di meja paling belakang. Kamal memandang dan tersenyum sedikit. Mereka bertiga berjalan ke arah qirah.

"Qirah". Tegur kamal

Qirah memandang kearah mereka dan menjeling lalu menyambung semula membuat kerjanya.

Kamal menarik kerusi dan duduk berhadapan qirah. Harris dan haikal mengikut tindakan kamal. Harris duduk disebelah kanan manakala haikal duduk disebelah kiri kamal.

"Qirah..". Tegur kamal lagi

"Kau nak apa?." Tanya qirah tak acuh.

"Hari sabtu ni, ada birthday party untuk khalisya. Papa suruh aku invite kau datang".

"Aku tak nak datang". Jawab qirah ringkas padat dan dingin. Qirah langsung tidak memandang muka mereka.

"Tapi qirah..".

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now