BAB 31 : BENCI

389 19 0
                                    

Harris dan rakan-rakannya sampai di rumah qirah. Harris nampak terdapat banyak polis di kawasan rumah qirah. Jantung harris berdetak laju. Harris berdoa di dalam hatinya supaya qirah berada dalam keadaan selamat.

Mereka semua turun dari motor dengan tergesa-gesa. Sewaktu mereka mahu memasukki ke dalam rumah qirah mereka dihalang oleh anggota polis yang sedang bertugas.

"Encik.. macam mana dengan qirah?". Tanya harris. Suara harris bergetar.

"Mangsa sedang di rawat.". Jawab anggota polis tersebut.

"Kamal". Panggil Dato' Romzi.

Kamal dan yang lain menoleh ke arah Dato' Romzi yang berada di ambulance. Mereka berjalan laju ke arah Dato' Romzi.

"Papa, qirah macam mana?". Tanya kamal.

Dato' Romzi menghembus nafasnya perlahan.

'Don't worry she fine. Cuma ada cedera sikit."kata Doto Romzi dengan nada tenang.

"Alhamdullilah". Ucap kamal.

"Ibu kamu akan ikut qirah sekali pergi hospital naik ambulance. Papa pergi naik kereta.". Sambung Dato' Romzi.

Harris menjenguk ke dalam ambulance dan ternampak qirah yang terbaring lemah tidak sedarkan diri. Matanya memandang tepat ke arah wajah qirah yang pucat dan ada lebam di dahinya. Hujung bibirnya pula ada kesan darah yang sudah kering.

Harris menggenggam tangannya kuat sehingga menampakkan urat-uratnya. Satu keluhan berat di lepaskannya. Perasaan bersalah mula menerpa di segenap hatinya. Sayu apabila dia melihat keadaan qirah.

Pintu ambulance di tutup oleh pegawai bertugas dan ambulance tersebut memandu keluar dari kawasan rumah qirah.

"Papa jalan dulu". Pinta Dato Romzi.

"Okay pa.. hati-hati. Nanti Kamal datang".kata kamal.

Dato' Romzi mengangguk faham lalu beredar dari situ.

"Aku nak pergi hospital korang nak ikut ke?". Tanya kamal.

"Aku nak ikut". Kata harris. Rakan-rakannya yang lain turut mengangguk tanda setuju.

**************************************

Balqis duduk di sebelah harris. Balqis memandang wajah risau harris lalu mengusap lembut belakang harris.

Doktor keluar dari bilik rawatan. Dato' Romzi, puan Arissa, kamal dan harris berdiri dan menghampiri doktor tersebut.

"How my daughter?". Tanya Dato' Romzi.

"Alhamdullilah she is stable.". Jawab dokter.

Mereka berempat melepaskan nafas lega.

"Tapi ada hentakkan di kepalanya yang membuatkan Cik Qirah tidak sedarkan diri mungkin disebabkan terjatuh and one more thing mungkin juga Cik Qirah akan mengalami trauma". Terang dokter itu lagi

"Teruk ke hentakkan di kepala dia?". Tanya Dato' Romzi.

"Saya sudah scan tiada sebarang retakkan jadi Dato' tak perlu risau, she fine". Kata doktor tersebut.

Dato' Romzi menganggukkan kepalanya.

"Kalau tak ada-ada, saya minta diri dulu ya". Pinta doktor tersebut.

"Baik.. terima kasih doktor". Balas Dato' Romzi. Doktor tersebut beredar dari situ.

"Kamal, kamu pergi balik dulu. Kesian khalis dekat rumah tu". Arah dato' romzi.

"Baik pa." Jawab kamal lalu meminta diri untuk beredar. Harris dan yang lain-lain mengekori kamal.

"Abang pun pergi laa balik rehat, biar saya yang jaga qirah malam ni". Kata puan arissa.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now