BAB 6 : MEMALUKAN

405 14 0
                                    

Usai solat ishak, qirah merehatkan badannya di atas katil empuk miliknya itu.
Dia teringatkan kejadian petang tadi. Dia tersenyum puas. Kalau ikutkan hati wanitanya itu, dia tidak menafikan yang dia sedikit takut dengan ugutan harris. Dari segi fizikal dan tenaga, harris lagi kuat dan besar berdanding dirinya yang jauh lebih kecil dari harris. Qirah juga tidak mempunyai kawan yang boleh membantunya sedangkan harris mesti ramai kenalan. Qirah mula berasa risau.

"Tulaa laa kau qirah, cari pasal lagi dengan mamat tu". Cakapnya sendiri.

Qirah melepaskan nafas berat. Dia teringat akan pandang harris terhadapnya. Sangat-sangat menakutkan tapi dia memberanikan dirinya untuk melawan pandang harris.

"Tak boleh jadi ni, qirah kau kena sediakan sesuatu untuk protect diri kau". Bebelnya lagi.

Dengan pantas qirah bangun dari katilnya dan mencari bekas spray yang kosong lalu dia turun menuju ke dapur. Qirah mengambil 6 biji cili api, 5 biji bawang merah, dan 3 ulas bawang putih dan memasukkan bahan-bahan tersebut ke dalam blender dan mencampur sedikit air lalu dia menekan button on.

"Blendddddd"

Bunyi blender kedengaran. Sedang kusyuk dia memerhatikan bahan-bahan tadi dihancurkan oleh blender bahunya di sapa lembut.

"Qirah buat ape ni? Lapar ke? Kan ade lauk dekat meja tu". Tanya mak ehsah.

"Qirah tak lapar mak ehsah tapi qirah tengah sediakan bahan-bahan untuk bertempur nanti". Jelas qirah sambil tangannya menekan button off.

"Hah??? Bertempur?? Kamu nak bertempur dengan siapa qirah?". Tanya mak eshsah yang kehairanan.

Qirah memandang mak ehsah sambil tersenyum lembut.

"Mak ehsah jangan risau, qirah buat ni untuk keselamatan qirah. Yelaa mana laa tahu ada orang jahat nak serang qirah, at least qirah ade benda ni untuk mempertahankan diri qirah." Terang qirah.

"Ape kamu merepek ni, tak ada orang lah nak serang kamu, kamu ni buat mak ehsah risau tau."

"Mak ehsah... dalam dunia ni tak semua orang baik, jadi kite kena laa ambil langkah yang lebih berhati-hati sebab kita tak tahu niat semua orang terhadap diri kita. Apa yang qirah buat ni, untuk kebaikan diri qirah juga".

"Yelaa mak ehsah faham".

"Baguss, okey mak eshah pergilah tidur, yang selebihnya qirah boleh buat".

"Yelah. Mak ehsah masuk dulu".

Qirah menganguk dan memberikan senyuman manis kepada mak ehsah. Qirah menuang campuran cili tadi kedalam botol spray. Dia membersihkan dapurnya sebelum naik ke bilik tidur.

**********************************

Macam biasa qirah parking di tempat biasa. Dia perasan dekat kawasan parking itu tak ramai student yang meletakkan kenderaan mereka dekat situ, hanya ade beberapa buah kereta sahaja. Kebanyakkan student meletakkan kenderaan mereka dekat area 2. Tetapi qirah tidak mengikuti mereka kerana area 2 jauh dari fakultinya dia perlu berjalan untuk masuk ke fakultinya. Qirah tidak serajin itu. Walaupun ada beberapa student menasihatnya jangan parking disitu kerana kawasan situ agak bahaya dan pernah ade kes jenayah tetapi dia tidak mengendahkan.

Sebelum keluar dari kereta qirah melihat sekeliling untuk memastikan harris and the geng tiada di situ.

"Okey selamat, jom keluar". Omelnya sendiri.

***********************************

Tepat pukul 12.00 tengah hari kelas qirah telah tamat. Kelas seterusnya pada pukul 2 petang jadi dia ada masa 2 jam terluang. Qirah mengemas alat-alat tulisnya dan memasukkan dalam beg. Qirah berjalan keluar menuju ke cafe untuk membeli makanan.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now