BAB 55 : Degupan

423 20 0
                                    

"Qirah ni Monthly report untuk projek dekat terenggganu, nanti tolong bagi dekat Harris ya". Kata Kak ana sambil meletakkan report tersebut di atas meja Qirah.

"Okay, kak Ana." Balas Qirah mata Qirah masih meneliti minit mesyuarat yang sedang di buatnya itu.

Setelah selesai menyemak minit mesyuaratnya Qirah menekan butang print. Beberapa helai kertas keluar dari mesin printer. Qirah terus stapler kertas tersebut.

Qirah mengambil report yang di beri oleh kak ana tadi dan membawa beberapa dokumen yang perlu di tanda tangan oleh Harris.

Qirah bangun dari duduknya lalu melangkah ke arah bilik Harris. Sebelum masuk Qirah mengetuk pintu bilik Harris.

"Masuk". Kata Harris dari dalam.

Qirah terus berjalan masuk lalu meletakkan dokumen-dokumen tersebut di atas meja Harris.

"Ini monthly report untuk projek dekat terenggu." Kata Qirah sambil menghulurkan report tersebut kepada Harris.

Harris mengambil report tersebut lalu meletakkan report tersebut di tepi mejanya.

"Okay. Minute of meeting yang minggu lepas dah siap ke?". Tanya Harris kepada Qirah.

"Dah. Ni". Balas Qirah lalu memberikan kepada Harris.

"Good." Balas Harris ringkas lalu mengambil kertas tersebut.

"Duduk laa. Kenapa berdiri lagi? Tak penat ke?". Kata Harris kepada Qirah.

Qirah menarik kerusi lalu melabuhkan pungungnya. Harris membaca minit mesyuarat tersebut dengan tekun lalu mengambil pen dan menanda tangani minit tersebut.

"Minit ni dah boleh edar. Nanti email dekat semua and cc aku sekali". Kata Harris memberikan kembali minit tersebut kepada Qirah.

Qirah mengambil minit tersebut tetapi tangan Harris masih tidak melepaskan minit mesyuarat tersebut. Qirah terus memandang wajah Harris dengan riak wajah blurnya.

"Kenapa serious sangat muka tu. Senyum laa sikit". Kata Harris sambil tersengeh.

"Hah?". Balas Qirah dengan wajah yang masih blur.

"Hahahaha.. comel laa kau ni buat muka blur macam tu". Kata Harris sambil tersenyum kepada Qirah. Harris melepaskan minit tersebut

Wajah Qirah bertukar menjadi merah apabila mendengar Harris memujinya. Qirah terus bangun dari duduknya.

"Ehh.. cepatnya dah nak pergi. Stay laa sini kejap". Pinta Harris.

"Hah? Nak stay buat apa?". Balas Qirah.

Harris menepuk bahunya perlahan.

"Nak urut boleh?". Kata Harris.

"Letih laa.. banyak sangat buat kerja.". Sambung Harris lagi.

"Eee.. tak payah nak mengada laa Harris. Aku ada banyak benda nak kena buat lagi". Kata Qirah.

Kaki Qirah mula melangkah ke arah pintu.

"Alaaa.. please kejap jer. Lepas tu kau sambung laa kerja kau. Please Qirahh". Kata Harris dengan suara manjanya.

"Ishh.. yelaaa. Kejap jer hah?". Balas Qirah.

"Iyeee.. kejapp jerr". Jawab Harris.

Qirah terus berjalan ke arah Harris lalu meletakkan minit mesyuarat tersebut di meja Harris. Qirah berdiri di belakang Harris yang sedang duduk itu.Tangan Qirah mula memicit bahu Harris.

"Terima kasih Qirah". Kata Harris.

"Sama-sama". Jawab Qirah dengan suara terpaksanya itu.

"Amboi garangnya. Cakap laa lembut sikit". Pinta Harris.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now