BAB 70 : Kecewa dan berita gembira

322 12 5
                                    

"kejap kejap Qirah, tadi Harris kan?? Bukan kau cakap Harris keluar dengan kawan lama dia ke?". Tanya Khalis.

Qirah tidak memberi jawapan kepada Khalis. Hati Qirah hancur melihat Harris bersama Balqis.

"Err Qirahh". Panggil Khalis lagi.

Qirah tidak mempedulikan Khalis, langkah Qirah semakin laju. Khalis mengejar Qirah lalu Khalis menarik bahu Qirah.

Khalis tergamam apabila melihat mata Qirah yang sudah berkaca. Qirah sedaya upaya untuk menahan air matanya supaya tidak gugur.

"Jom.. kita balik rumah papa". Pinta Qirah dengan suara sebaknya.

"Tapi laki kau bagi ke?". Tanya Khalis dengan nada prihatinnya.

"Pleaseee.. I don't want talk about him". Balas Qirah. Suara esakan Qirah mula kedengaran.

"Okay jomm". Akur Khalis kerana Khalis tidak sampai hati untuk melihat Qirah menagis.

Khalis mengusap lembut belakang Qirah lalu mereka berdua mula berjalan keluar menuju ke tempat letak kereta.

Banyak persoalan mula bermain di fikiran Khalis tetapi Khalis memilih untuk berdiam diri kerana Khalis tahu pasti Qirah lagi serabut darinya.

"Sayang, sayangg.. stop stop". Kata Harris dengan nafas yang tercungap-cungap.

Langkah Qirah dan Khalis terhenti apabila Harris menghalang mereka dari terus berjalan.

Harris mengambil nafas lalu tangan Harris mengengam tangan kecil milik Qirah.

"Sayangg.. apa yang sayang nampak tadi tak sama dengan apa yang sayang fikirkan". Kata Harris.

Qirah memandang wajah Harris dengan pandangan marahnya. Qirah merentap tangannya dari Harris.

"Jom Khaliss". Ajak Qirah kepada Khalis sambil menarik tangan Khalis.

Harris meraup wajahnya lalu berjalan mengejar Qirah kembali.

"Sayang pleasee.. dengar cakap abang duluu. Please sayangg". Rayu Harris kepada Qirah.

Mereka berjalan beriringan. Qirah langsung tidak memandang wajah Harris.

"Sayang nak pergi mana? Sayang jangan buat abang macam ni.. please sayangg... kita bincang dulu". Rayu Harris lagi.

Qirah masih tidak mempedulikan rayuan Harris. Khalis melihat ke arah wajah Harris. Perasaan serba salah mula menerpa di dalam hati Khalis apabila melihat wajah kusut milik Harris.

Bagi Khalis, Qirah patut mendengar penjelasan dari Harris.

"Sayang pleaseee.. abang merayu dekat sayang. Kita balik and bincang.. abang akan bagitahu semuanya sayang. Pleasee". Pujuk Harris lagi.

Lagi sekali tangan Harris memegang tangan milik Qirah. Qirah merentap kembali tanganya dengan kasar.

"Lepas lahhh.. tak ada benda yang nak bincang.. semuanya saya dah nampak.. so pleasee leave me alone". Kata Qirah.

Air matanya mula jatuh membasahi pipinya. Qirah kembali berjalan di ekori Khalis dan juga Harris.

"Sayang please jangan tinggalkan abang.. sayang nak pergi mana?". Tanya Harris tanpa rasa ingin mengalah.

Qirah tidak menjawab soalan dari Harris. Harris semakin gelisah dan risau jika Qirah mahu meninggalkan dirinya.

Harris memberhentikan langkahnya lalu matanya di pejam sekejap. Rambutnya di kuak kebelakang.

Harris memandang ke arah kanannya, satu idea muncul dari akalnya apabila Harris ternampak keretanya.

Harris berjalan laju mengejar Qirah dah Khalis kembali. Harris bersuara perlahan apabila melepasi Khalis yang berada di belakang Qirah.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now