BAB 57 : sweet girl

357 18 0
                                    

Qirah sibuk membantu Puan Arissa dan bibik untuk menyiapkan sarapan pagi.

"Qirahh, dah laa tu. Kamu boleh rehat-rehat dulu. Ni semua ibu boleh buat". Kata Puan Arissa.

"Ibu??". Tanya Qirah kembali.

"Tolong ingat ya. Perkataan ibu tu boleh di gunakan pakai masa dengan keluarga Harris. Kalau dekat rumah ni, please bahasakan diri sebagai aunty". Terang Qirah.

"Qirah, ibu tak kisah apa Qirah nak cakap. Apa yang ibu tahu ibu selesa dengan panggilan ibu sebab ibu dah anggap Qirah sebagai anak ibu sendiri". Jawab Puan Arissa.

"Wahhh.. you dah berani menjawab I. Ini mesti sebab you dah rasa yang diri you ni mam besar dalam rumah ni kan?". Balas Qirah.

"Ehhh.. Qirah jaga sikit mulut kau tu. Tolong laa hormat ibu sikit". Balas Khalis yang baru sahaja muncul.

"Back up dah datang". Balas Qirah sambil membuat wajah meluatnya kepada Khalis.

"Khalisss dah, tak perlu nak marah Qirah. Ibu tahu Qirah perlukan masa untuk terima kita. Bagi Qirah ruang ya sayang". Kata Puan Arissa dengan nada tenangnya.

"Masa apa lagi ibu.. orang macam ni tak perlukan masa tapi dia perlu tahu kebenaran baru terbuka sikit hati dia yang tertutup tu". Kata Khalis.

"Kebenaran? Okay I will show you apa itu erti kebenaran. Nanti baru kau tahu betapa sakitnya kebenaran". Balas Qirah lalu berjalan meninggalkan Puan Arissa dan Khalis.

Qirah naik ke biliknya lalu mencapai Iphonenya yang sedang di charge.

"Pagi-pagi lagi kau dah cari pasal dengan aku ya Khalis. Kebenaran konon, meh aku send kebenaran dekat kau". Omel Qirah seorang diri.

"Semalam aku dah laa tak boleh tidur. Lagi nak rosakkan mood aku. Rasakan kau Khalis". Sambung Qirah lagi.

Qirah menghantar gambar-gambar dan video kepada Khalis lalu meletakkan semula Iphonenya di tempat asal.

---

Selepas menikmati sarapannya bersama ahli keluarganya Qirah terus berkurung di dalam bilik tidurnya. Qirah melihat jam di Iphonenya yang telah menunjukkan hampir jam 12 tengah hari.

"Bosan pula duduk dalam bilik ni." Omel Qirah seorang diri.

Qirah terus bangun dari duduknya lalu berjalan keluar dari biliknya. Qirah mencari kelibat Harris di ruang tamu tetapi tiada.

Telinga Qirah dapat menangkap suara Harris yang sedang seronok bergelak tawa di laman rumah mereka.

Qirah terus berjalan menuju ke arah suara tersebut lalu ternampak Harris dan kamal yang sedang berborak di pondok yang berdekatan dengan swimming pool.

Qirah terus berjalan ke arah Harris dan kamal dengan riak wajah kosongnya itu. Harris memandang ke arah Qirah sambil memberikan senyuman kepada Qirah.

"Ingatkan tak nak dah keluar dari bilik tu." Usik kamal.

"Suka hati aku laa nak keluar ke tak. Jangan sibuk boleh tak?". Balas Qirah.

Qirah melabuhkan punggungya di kerusi yang kosong dengan riak wajah kosongnya. Kamal hanya membalas dengan mengajuk semula kata-kata Qirah.

Qirah memberikan jelingan kepada kamal sebagai tanda amaran yang pertama. Harris hanya tersengeh melihat wajah Qirah.

"Eh kamal, kau dengan liya bila nak kahwin?". Tanya Harris kepada kamal.

"Amboi soalan kau ris. Aku tengah planning laa ni. Aku ingat nak datang merisik lepas majlis korang selesai. Kau doa-doakan laa yee." Jawab kamal.

"Mestilah aku doakan bro. Tapi kau jangan lambat-lambat sangat nanti liya kena kebas." Balas Harris.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now