BAB 71 :

245 8 0
                                    

"Harris, asal aku tengok kau ni macam ada masalah jer?". Tanya Kamal kepada Harris.

Kamal perasan semasa meeting Harris banyak termenung dan fokusnya juga hilang.

"Kau pun perasan juga? Aku ingatkan aku jer yang rasa macam tu". Kata Haikal.

Harris hanya mendiamkan dirinya. Iya, fikiran Harris tengah kusut kerana Qirah melayannya dengan dingin.

Sudah empat Hari, Qirah bersikap dinginnya. Qirah langsung tidak mahu mendengar penjelasan darinya.

Harris perasan waktu tidur Qirah akan tidur awal darinya kerana ingin mengelak.

"Oittt. Kau okay tak ni?". Tegur kamal kepada Harris.

"Hoii.. Aku tanya kau ni, boleh pulak kau termenung". Kata Kamal lagi kerana Harris tidak membalasnya.

"Tak ada apalah. Aku okay". Jawab Harris ringkas.

"Kau tak payah nak tipu dengan aku laa Harris.. macam laa aku baru kenal kau semalam.."balas kamal.

"Kau gaduh dengan Qirah kan?". Tanya Kamal lagi.

Harris terdiam.

"Bro kalau kau ade problem, citer laa dekat kitaorang mana tahu kitaorang boleh tolong". Kata Haikal pula.

Harris masih lagi mendiamkan dirinya. Harris keliru patut ke dia cerita masalah rumah tangganya kepada kawan-kawannya.

Harris risau kalau dia terlepas cakap tentang Qirah yang sedang mengandung. Qirah memintanya untuk merahsiakan hal ini.

Harris menghormati keputusan Qirah walaupun sebenarnya dia mahu berkongsi berita gembira ini bersama ahli keluarganya serta teman-temannya.

"Lepas ni kau ade hal penting ke nak kena settle dekat offis kau?". Tanya Kamal sambil melihat jam di tangannya.

"Tak ada.. balik offis nanti aku kena check beberapa dokumen". Jawab Harris.

"Jom.. kita minum dulu. Aku belanja". Ajak Kamal sambil menepuk bahu Harris.

Harris hanya menanggukkan kepalanya tanda setuju.

"Aku, kau belanja sekali tak?". Tanya Haikal.

"Sekali laaa". Jawab Kamal.

Mereka bertiga berjalan keluar dari offis milik Dato' Romzi. Sebentar tadi mereka ada meeting bersama Dato' Romzi.

---

Kamal memilih tempat makan yang tidak jauh dari pejabatnya. Selesai memesan minuman, kamal terus memulakan soalannya kepada Harris.

"Asal bro? Kau dengan Qirah okay?". Tanya Kamal.

"Entah laa bro.. aku tengah serabut sekarang ini. Qirah, dia marah dekat aku". Kata Harris dengan suara mendatar.

"Kenapa dia marah kau? Mesti ada sebab kan". Tanya Kamal lagi.

Harris menarik nafasnya panjang lalu di lepaskan perlahan.

"Qirah nampak aku keluar makan dengan Balqis minggu lepas". Terang Harris.

"Hah???". Kata kamal dan Haikal serentak.

"Asal kau pergi makan dengan Balqis?". Tanya Haikal.

Harris mula menceritakan keadaan yang sebenar kepada mereka. Harris tahu semua ini berpunca darinya, jadi Harris mesti cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

"So, Qirah langsung tak nak dengar explanation dari kau?". Tanya Kamal.

Harris mengangguk perlahan.

"Kau dah cuba?". Tanya Haikal.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now