Bab 10 : HARRIS AND THE GENGS

373 17 1
                                    

Seperti biasa qirah memulakan rutin-rutinnya untuk bersiap dan pergi ke Universiti. Jadual pagi hari isnin agak pack. Dari pagi sampai petang ada kelas.

"Selamat pagi mak Ehsah" sapa qirah kepada mak ehsah.

"Pagi qirah, meh makan". Ajak mak ehsah.

"Hmm mama ada?".

"Ada tapi belum bangun lagi. Nak mak ehsah kejutkan ke?". Tanya mak ehsah.

"Tak payah mak ehsah, qirah tak nak breakfast sekali dengan mama." Jawab qirah.

Qirah tahu kalau dikejut mamanya mesti lelaki haram tu akan join sekali. Jadi, dia tak nak hadap muka mereka. Kalau boleh Qirah tak nak berjumpa dengan mamanya kerana qirah berasa sangat marah kepada dirinya yang tidak berani menegur mamanya yang telah berbuat dosa. Qirah tidak sanggup kehilangan Linda.

***********************************

"Harris bangun, kamu sudah lambat ni nak pergi kelas". Dayang menepuk perlahan badan harris.

"Hmmmmm". Jawab harris.

"Muhammad Khairul Harris! Bangun Ibu cakap! Kamu balik pukul berapa semalam?. Marah dayang tapi suaranya masih lagi lembut.

"Iya ibu, 5 minit lagi". Jawab harris malas.

"Budak bertuah ni, 5 minit apa lagi?, sekarang ni dah pukul 7.30 pagi, kelas kamu start pukul 8, bangun cepat!. Arah Dayang tegas.

"Hah 7.30". Harris dengan pantas bangun dan masuk ke bilik airnya.

**********************************

"Morning", ibu, ayah. Sapa Harris sambil menyalam tangan kedua orang tuanya.

"Morning". Jawab Tan sri Khairuddin sambil mengeleng kepalanya.

"Ris, pergi dulu". Harris meminta diri.

"Harris ni makan roti ni dulu". Dayang menghulurkan roti kepada harris.

"Hati-hati." Jerit dayang.

Harris terus menggigit roti tersebut sambil berjalan mengambil helmetnya lalu terus menunggang motornya.

"Tengok laa anak sulong awak tu, saya harap harras tak ikut perangai dia". Tegur tan sri khairuddin kepada isterinya. Dayang hanya membalas dengan senyuman.

***********************************

Harris yang sedang membawa makanannya menuju ke meja gengnya. Harris duduk di hujung bersebelahan kamal.

"Asal lambat bro?". Tanya kamal.

"Biasa laa bro, wawa tak lepas aku semalam". Jawab harris selamba.

"Perghh!! Syok laa kau dapat wawa. Berapa round bro?". Sakat haziq. Harris hanya tersenyum bangga.

"Banyak laa kau berapa round. Aku benda-benda macam ni tak nak dengar. Merosakkan otak aku jer". Sampuk haikal.

Naim, harris dan haziq tersengeh apabila mendengar jawapan dari haikal.

"Alaaa kau ni tak sporting langsung laa kal". Sampuk haziq.

"Banyak laaa kau tak spor..". Belum sempat haikal menghabiskan ayatnya kamal sudah masuk line.

"Dah dah, aku pun tak berminat nak dengar, korang kalau nak cerita pasal benda tu, aku angkat kaki dulu". Terang kamal.

"Hahahahaha, rilek laa, aku pun tak ada niat nak cerita". Jelas harris.

"Wei riss, ada ke awekjunior tu dekat dalam cafe ni?" Tanya kamal.

Kamal sangat curious dengan junior tersebut. Dia ingin tahu siapa yang berani melawan harris.

Harris memerhatikan sekelilingnya.

"Tak ada bro. Kalau ada dah lama aku kacau dia". Jawab harris sambil mengunyah nasi.

"Asal kamal? Tiba-tiba kau nak tahu". Tanya haziq.

"Mestilah aku nak tahu, siapa perempuan yang berani cari pasal dengan harris ni. Siap sembur air campuran cili dengan bawang lagi tu, dasyat perempuan tu". Terang kamal.

Harris yang mendengar perkataan semburan cili terus tercekik. Harris mencapai air dan membasahi tekaknnya.

Kawan-kawan yang lain hanya tergelak melihat gelagat harris.

"Lek laa ris". Sakat haikal.

"Banyak laa kau punya rilek, kau ni kamal tak ada benda lain ke nak ajak borak?". Marah harris.

"Alaaa marah ke bro?, tak ade laa, aku curious sangat ni, semua perempuan dekat uni gilakan kau tapi dia tak, siap cabar kau lagi bro. Aku syak dia ni lain dari yang lain". Terang kamal.

"Aku pun rase macam tu ris. Apa kata pada kau buang masa nak buli dia baik ko try ayat dia bro. Dia cantik kot". Sampuk haikal.

"Banyak laa kau punya ayat. Dia tu bukan taste aku laaa, dah laa tak seksi, pendek pulak tu, huishh tak sesuai dengan aku".

"Owhh, jadi dia ni kecil laa orangnya. Kuat juga dia sampai boleh jatuhkan kau yang lebih besar dari dia". Sampuk kamal.

"Bro kau nampak handphone ni? Sebelum handphone ni masuk dalam mulut kau baik kau diam". Ugut harris.

"Bhahahahaha, rilek laa bro, btw kalau jumpa dia kenalkan laa dekat aku". Sakat kamal.

"Dah laa korang ni, suka buat harris marah tengok telinga dia dah merah". Usik naim.

Mereka berempat tergelak bahagia kecuali harris masam mencuka apabila jadi bahan ketawa kawan-kawannya itu.

***********************************

Jodoh yang di takdir (Complete)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz