BAB 39 : Pertunangan

358 18 2
                                    

Qirah terbangun dari tidurnya. Jam di dinding biliknya menunjukkan tepat 6.30 pagi. Qirah bangun malas. Satu persatu kata-kata Dato' Romzi mula bermain di dalam fikirannya.

Qirah melangkah malas menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya dan menunaikan kawajibapan sebagai umat islam.

Usai solat Subuh. Qirah membaringkan badannya di katilnya. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Qirah tertanya-tanya siapakah bakal tunangnya itu.

Qirah juga cuba merangka rancangan untuk membatalkan perkahwinan ini. Qirah rasa pasti ada cara yang boleh dia buat untuk membatalkan niat papanya itu.

Lamunan Qirah terganggu apabila pintu biliknya di ketuk. Qirah berjalan menuju ke pintu lalu membuka pintu biliknya. Terpacul wajah bibiknya. Bibiknya menghulurkan satu baju kurung moden bewarna rose gold.

"Ni bajunya cik, Dato' pesan tetamu sampai jam 9.00 pagi. Lepastu. Jam 8.00 nanti ada juru solek datang". Kata Bibik tersebut.

Qirah mengambil baju kurung moden bewarna rose gold tersebut dari tangan bibiknya.

"Terima kasih bik." Kata qirah lalu menutup pintu biliknya.

Qirah memandang jam di dinding menunjukkan sudah jam 7.20pagi. Qirah meletakkan baju tersebut di atas katilnya. Satu keluhan berat di lepaskan.

---

Solekkan yang ringkas itu menambahkan lagi seri di muka Qirah. Qirah melihat wajahnya di cermin dengan perasaan kosong. Hatinya gusar. Dia langsung tidak mengenali bakal tunangnya itu.

Pintu bilik Qirah di kuak dari luar. Terpacul wajah khalis.

"Qirah, jom turun". Kata Khalis.

Qirah hanya mengikuti arahan Khalis dengan wajah musamnya.

"Jangan risau laa.. kau kenal bakal tunang kau tu". Kata Balqis.

Qirah beriak biasa. Qirah menuruni tangga perlahan-lahan dan berjalan menuju ke ruang tamu.

Mata Qirah membulat apabila melihat wajah Puan dayang, tan sri Khairuddin dan harras. Jantungnya mula berdegup laju.

"Tak mungkin". Desis Qirah di dalam hati.

Khalis meminta Qirah untuk duduk di atas mini pelamin. Puan Dayang datang menghampiri Qirah lalu menyarungkan cincin tunang ke jari manis Qirah.

"Alhamdullilah muat". Kata Puan Dayang dengan nada perlahan. Puan dayang mengukir senyuman lalu mencium dahi Qirah.

"Cantikknya, bakal menantu ibu ni". Puji puan dayang.

Qirah memaksa dirinya untuk mengukir senyuman di bibirnya. Fikirannya masih serabut. Qirah langsung tidak menyangka bahawa harris adalah tunangnya.

Juru gambar mula mengambil gambar qirah. Setelah selesai sesi bergambar Dato' Romzi mempelawa keluarga Harris untuk menjamu selera.

---

Tepat jam 11.00 pagi, selesai majlis pertunang qirah yang serba sederhana. Qirah mula gelisah. Semasa makan Tan Sri Khairuddin ada memaklumkan 2 bulan dari sekarang Qirah akan bergelar isteri kepada harris.

Qirah memanggil kamal ke laman rumahnya untuk meminta penjelasan dari kamal.

"Kau tahu pasal semua ni?". Tanya Qirah kepada kamal.

Kamal menggaru kepalanya.

"Aku tahu". Jawab kamal.

" asal kau tak bagitahu aku hah?? Kenapa dia??". Tanya qirah dengan nada tidak puas hati. Suaranya masih di kawal.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now