SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]

Oleh rawrraree

195K 6.4K 145

๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐š๐ฌ: The king of dark devil ๐‘ณ๐’†๐’† ๐‘บ๐’š๐’‚๐’‰๐’“๐’Š๐’› ๐‘ซ๐’‚๐’๐’Š | ๐‘ต๐’–๐’“ ๐‘ฏ๐’‚๐’–๐’“๐’‚ ๐‘น๐’๐’”๐’† Color per... Lebih Banyak

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
NOTE!
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
EPILOG

BAB 46

1.8K 61 1
Oleh rawrraree

BOTOL kaca yang berada di atas meja itu disentuh. Jenama botol itu dilihat dahulu sebelum memandang ke arah lelaki tua yang tersenyum sinis memandangnya.

"Questa cosa è originale o no? (Benda ni asli atau tidak?)"tanya Syahfiq dalam bahasa Itali. Lelaki tua itu tersenyum sinis.

"Deve essere. Ti ricordi che sono povero? (Mestilah. Kau ingat aku ni miskin?)"balas lelaki tua itu. Syahfiq tersenyum sinis. Botol kaca yang berada di tangannya digengam kuat.

"Allora, perché vuoi venire qui? (Jadi, apa yang kau nak datang sini?)"tanya Syahfiq. Tidak mahu membuang masa lagi. Lagipun, selepas ini dia mahu keluar. Air arak dituang ke dalam gelas.

"Dov'è Syahriz? Deve averlo avuto una volta. (Mana Syahriz? Dia mesti perlu ada sekali)"tanya lelaki tua itu. Syahfiq ketawa kecil. Syahriz? Dia pun tidak tahu ke mana lelaki itu pergi setelah semua harta lelaki itu dia ambil.

"Syahriz? Forse mendicante indietro. ( Syahriz? Mungkin jadi pengemis balik)"balas Syahfiq sinis.

Lelaki itu mengerutkan keningnya. Sekejap, apa yang berlaku? Kenapa lelaki sehebat itu boleh jatuh miskin? Pasti ada musuh yang hebat dapat menumpaskan raja itu. Mustahil pun ada juga.

"mendicante? come può essere povero? (Pengemis? Macam mana dia boleh jatuh miskin?)"tanya lelaki tua itu.

Syahfiq ketawa besar apabila melihat wajah pelik lelaki tua itu. Haih, geli hatinya. Tapi masuk diakal juga. Syahriz pun masih tiada khabar berita. Perkara yang lepas terjadi masih teringa-ringa di benak fikirannya.

Beberapa minggu lepas...

KTAK!

Pintu ditendang kuat. Kakinya terus menapak masuk ke dalam suatu bilik. Figura seseorang dicari namun hampa batang hidung pun tidak ada. Syahriz merengus kasar. Baru saja dia mahu menapak masuk selangkah, lengannya ditahan seseorang.

"Keluar kalau kau tak nak mati"ugut salah satu pengawal. Syahriz menempis kasar. Perut pengawal itu ditendang. Senyuman sinis terukir. Mati konon. Pergi berampus lah!

Kolar baju pengawal itu ditarik sehingga tubuh lelaki itu tidak dapat menjejak lantai. Badan lelaki itu dihempas ke dinding berdekatan. Rahang lelaki itu dicengkam.

"Mana tuan kau! Kalau dia nak bunuh aku sangat. Kau cakap sekarang! Mana dia"tengking Syahriz. Cengkaman semakin dikuatkan. Pengawal itu terbatuk-batuk apabila dia tidak dapat bernafas. Tangannya cuba menempis namun gagal.

"Mana tuan kau!"jerkah Syahriz lagi apabila jawapan tidak diberi. Memanglah dia tidak dapat jawapan. Lelaki itu sudah kehabisan nafas tapi dia kisah apa? Biar lelaki itu mati. Baru puas hati dia.

"L-lepas..urk!"ronta pengawal itu. Habis merah padam wajahnya. Kalau makin lama nanti dia boleh mati tercekik. Lagipun, bila mengenangkan dosa, dia masih tidak mampu menapak ke syurga jadi biarlah dia hidup.

"Jawab soalan aku dulu!"marah Syahriz. Rontaan itu dihiraukan. Peduli apa aku kalau lelaki itu mahu mati sekalipun.

"A-aku t-tak tahu! Uhuk! Uhuk!"jawab pengawal itu. Syahriz merengus kasar. Semua tak tahu. Habistu lelaki itu tahu apa je?

"Kau.."

"Tak akan lah pekerja aku pun kau nak bunuh Syahriz. Ingat, ni tempat aku bukan tempat kau"cantas Syahfiq dari belakang. Syahriz tersenyum sinis. Tidak kisahlah pasal tempat. Aku datang sini bukannya mahu tengok tempat pun.

"Pergi mampus dengan tempat kau! Sekarang ni apasal kau nak ambil Haura! Hah! Aku dah bagi DD kan apa yang tak cukup lagi!"marah Syahriz. Syahfiq ketawa kecil. Lucu betul. Raja syaitan sudah sayang isteri ke? Wah, tak sangka betul. Hati lelaki itu sudah hidup.

"DD tak cukup. Tapi kalau kau bagi Haura rasanya lebih dari cukup kut. Lagipun, aku suka tengok Haura sekarang. Makin cantik, makin menarik dan yang paling penting makin sexy. Pandai kau jaga dia kan?"kata Syahfiq selamba. Sengaja mahu mengapi-apikan lagi kemarahan lelaki itu. Mata Syahriz terus tajam melihat bekas adik angkatnya. Eh, eh. Memang nak mati ke apa. Tu bini aku tu!

"Kau nak mati ke bodoh!"marah Syahriz. Baru saja dia mahu menapak, kedua belah tangannya ditahan. Syahriz merengus kasar.

"Tenangkan iblis tu untuk aku"arah Syahfiq. Dia berpeluk tubuh.

Pekerja yang lain menganggukkan kepalanya tanda menerima arahan. Perut Syahriz ditumbuk sehingga Syahriz mengerang kesakitan. Setelah Syahriz tidak berdaya untuk melawan, Syahfiq tersenyum suka. Perlahan-lahan dia menapak ke arah lelaki itu. Kalau dulu semua arahan dia perlu turuti dan sekarang lihatlah. Siapa yang jatuh dan siapa yang bangkit.

Rambut Syahriz ditarik kasar memaksa lelaki itu mendongak.

"Aku mungkin hidup atas ikhsan kau tapi maaf aku memang dari dulu lagi nak tengok kau jatuh terduduk dekat depan aku."bisik Syahfiq. Syahriz tersenyum sinis. Air liur yang bercampur darah diludah tepat mengena muka lelaki itu.

"Aku boleh bagi semua harta aku pada kau tapi kau mesti ingat, aku akan ambil balik apa yang kau dah ambil dari aku. Itu janji aku!"

Syahfiq meneguk air minuman keras itu. Perkataan yang tadi berlegar-legar di fikirannya. Syahriz? Nak jatuhkan dia? Macam mustahil saja. Lantas pandangannya teralih ke arah lelaki itu.

"Non hai bisogno di saperlo"





















































SYAHRIZ mengetap bibirnya. Encik Fauzi yang berada dj hadapannya dipandang gugup. Sempat dia mengerli ke arah rotan panjang yang setia di tangan lelaki tua itu. Air liurnya ditelan paksa. Kepala yang tidak gatal digaru. Kenapa susah sangat ni?

Baru saja aku mahu bermanja dengan Haura. Tak sangka pula lepas balik dari kedai tadi terus mengaji. Potong mood betul!

ZAP!

"Oi!"tersentak Syahriz. Mulutnya ditekup. Dia melatah ke tadi. Aduh, cari nahas betul.

"Baca!"tengking Encik Fauzi. Syahriz mengeluh. Ush, nasib baiklah dia tiada ayah. Itupun dia sendiri tidak tahu siapa ayahnya. Ibu dia pernah kata dulu, ayah kandungnya hilang entah ke mana. Kononya kerja. Kerja apa pun dia tidak tahu.

"A-alif. Ba. Err"

ZAP!

Lengan Syahriz disebat kuat. Syahriz tersentak. Lantas aku mengosok lengan. Sakit tahu tak! Nak saja aku rotan balik orang tua ni. Bodoh betul.

"Lepas Ba apa?"

Syahri mengaru kepalanya. Manalah aku tahu lepas Ba apa. Susah betul lah belajar benda ni. Tapi demi Haura dia terpaksa juga buat semua ni. Kononnya nak jadi suami mithali. Puih!

"Lepas Ba, Err.. bi kut"jawab Syahriz. Rasanya betul lah kut. Lepas ba, bi lah kan. Jadinya babi. Eh? Itu bukan binatang ke?

ZAP!

"Sakitlah!"jerit Syahriz. Pehanya pula yang jadi mangsa. Kecil besar saja aku tengok kau ni orang tua. Salah pun kena rotan. Aish, Haura ajar aku tadi tak adalah pula sampai berotan bagai. Nasib baik kau dah tua kalau tidak sudah lama aku pula yang sebat kau.

"Kepala otak kau bi. Lepas ba tu sa. Aish, kamu ni dah berpuluh kali ajar tak akan masih tak tahu lagi?"bebel Encik Fauzi. Syahriz mengecilkan matanya. Eh, eh. Orang tua ni. Main otak pulak. Meh sini aku main otak kau pula.

"Mana lah saya tahu tu huruf apa. Baba ni pun satu. Kenapa garang sangat?"balas Syahriz selamba. Encik Fauzi mengecilkan bebola matanya.

"Kamu ni.."

"Sudah-sudahlah tu. Kesian Dani. Dia kan baru belajar. Tak perlulah sampai berotan bagai."potong Puan Aida. Syahriz tersenyum lebar. Akhirnya, penyelamat sudah datang.

"Betul lah tu. Tak perlulah nak berotan babah. Biar saya yang rotan pula"sampuk Rafqi. Laju Syahriz memandang tajam ke arah lelaki itu. Haish, suka sangat buat aku naik angin. Tahulah nasib kau nanti.

"Ha, kalau macam tu. Kamu je lah ajar dia Raf. Aku dah penat mengajar. Ingatkan ajar orang besar senang tangkap tapi rupanya lagi susah."bebel Encik Fauzi sambil bangun dari duduk. Syahriz tersentak. Eh, salah aku pula. Kau yang ajar tak betul.

"Tak apa babah. Serahkan pada saya"balas Rafqi. Di dalam hatinya sudah ketawa mengekek. Suka bila melihat wajah garang lelaki itu. Encik Fauzi hanya mengelengkan kepalanya. Dia terus menapak pergi. Malas mahu melayan kerenah mereka. Dia pun sudah penat. Eloklah dia pergi berehat sekarang.

Hilang saja kelibat lelaki tua itu, Rafqi mengukir senyuman senget. Rotan panjang di tangannya dipegang. Syahriz sudah berubah riak muka. Macam seram je.

ZAPP!

"Oi sakitlah bodoh!"

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

552K 23.8K 71
๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
33K 2.1K 41
mempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. โ€ขโ€ขโ€ข bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian...
659K 24.2K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
676K 26.6K 112
[COMPLETED FOR SEASON 1 AND SEASON 2] Sabrina Arissa dan Harraz Hazrief Kahwin!!! Yang sorang jenis hyper yang sorang lagi jenis cold. P/S: SEASON 1...