SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]

By rawrraree

196K 6.4K 145

๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐š๐ฌ: The king of dark devil ๐‘ณ๐’†๐’† ๐‘บ๐’š๐’‚๐’‰๐’“๐’Š๐’› ๐‘ซ๐’‚๐’๐’Š | ๐‘ต๐’–๐’“ ๐‘ฏ๐’‚๐’–๐’“๐’‚ ๐‘น๐’๐’”๐’† Color per... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
NOTE!
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
EPILOG

BAB 45

1.9K 66 5
By rawrraree

HAURA menjegilkan matanya. Lantas dia menapak pergi meninggalkan Syahiz yang masih terkebil-kebil.Ceh, dalam perut ni pun tak keluar lagi ada hati nak tambah baby. Sudahlah dia yang beranak nanti. Kalau lelaki itu tak apa lah juga. Bolehlah kalau nak ada anak ramai. Aish, nasib suami kalau tidak sudah lama dia mandikan lelaki itu dengan air Yasin. Geram betul.

"Love! Tak nak ke?"jerit Syahriz. Haura hanya memekakkan telinga. Tidak mahu melayan kerenah lelaki itu lagi. Cukuplah dalam perutnya sudah ada kembar.

Syahriz hanya memandang tubuh Haura dari belakang saja. Setelah hilang kelibat isterinya, dia ketawa kecil. Haih, suka pula dia menyakat Haura. Sebelum ni jarang betul mahu bergaul. Mungkin sebab dia bekerja dulu. Bila fikirkan pasal kerja, dia baru teringat. Dia sudah tiada kerja sekarang. Jadi apa yang dia nak buat?

Kerja apa yang sesuai untuk dia? Di mana dia boleh cari kerja? Banyak betul soalan yang berlegar di kepalanya. Cuma sekarang ini, dia perlu mencari rumah lain. Dia tahu Haura tidak selesa duduk di sini. Buktinya semasa Haura menolong membuat sarapan tadi, dia terdengar gadis itu disindir. Teruk juga sindiran Puan Aida.

Sampai berubahlah riak wajah Haura. Dia pun tidak mahu Haura tersakiti. Cukuplah dia sudah sakitkan hati gadis itu dulu. Tak apalah, dia boleh cari rumah berdekatan dengan kampung ini apabila dia sudah dapat kerja nanti. Tidak kisahlah kerja apa pun.

"Abang.."tegur Rausa. Serta merta Syahriz tersentak. Laju dia menoleh ke arah Rausa yang tersenyum manis ke arahnya. Syahriz hanya tersenyum kelat. Tangan gadis itu ditempis perlahan. Dia tidak mahu Haura mengajuk. Sudahlah Haura susah dipujuk.

"Tegur boleh tapi tangan tu tak payah lah pegang aku."tegur Syahriz dingin. Rausa mencebik. Alah, pegang pun tak boleh.

"Berlapik lah abang. Lagipun Kak Haura kan dah masuk dalam. Kenapa? Takut kak Haura cemburu?"ajuk Rausa. Syahriz tersenyum sinis. Eh, eh. Biarlah Haura nak cemburu ke nak apa. Sibuk je.

"Dia isteri aku. Memanglah dia wajib cemburu."

Rausa menjegilkan matanya. Eh, asyik nak menangkan Haura saja dah kenapa ? Sebelum ni bukan main susah lagi nak menangkan perempuan. Kalau beginilah caranya dia mesti buat sesuatu. Bibirnya melakar senyuman senget. Perlahan-lahan dia cuba memegang tangan Syahriz namun Syahriz pantas menempis.

"Rausa, aku hormat kau sebab kau adik Raf kalau tidak nasib kau sama je macam kawan kau dekat kedai tu. Lagipun tak elok kalau Haura nampak."tegur Syahriz. Tangannya dikesat dibaju. Takut Haura boleh kesan ke nanti. Haura bukannya boleh percaya.

"Daripada tadi abang sebut nama kak Haura je dah kenapa? Abang bukannya sayang sangat pun dengan dia. Entah-entah perempuan tu nak harta abang."balas Rausa. Wajahnya dicemberutkan. Syahriz melepaskan keluhan berat. Dah Haura tu isteri aku. Apa salahnya kalau dia nak sebut pun? Dapat dosa kah?

"Kalau aku tak sayang dia, dia tak akan mengandung."balas Syahriz ringkas. Rausa mendecis. Lelaki dekat luar sana ada saja anak walaupun mereka tidak sayangkan isteri mereka. Kira normal lah kan?

"Abang sentuh dia pun sebab nafsu kan? Alah, lagipun kak Haura bukannya sayang abang pun. Dia cuma nak harta abang je. Ka- argh!"

BUK!

Kerusi batu yang elok terletak jatuh akibat tendangan Syahriz yang kuat. Rausa terjerit kecil. Dia meneguk air liurnya pahit.

"Kalau dia nak harta aku kenapa dia masih ada dengan aku?"tanya Syahriz. Ah sudah! Soalan Kbat pula yang keluar. Rausa mengerutkan keningnya tanda dia tidak faham.

"Apa ya-"

"Untuk pengetahuan kau, Haura memang isteri mithali. Walaupun aku ni dah tak ada apa-apa, tapi tengok lah. Dia tetap ada dengan aku. Kau nak tahu sebab apa?"tanya Syahriz sinis. Rausa hanya terdiam. Dia masih memandang ke arah lelaki itu. Lantas Syahriz mencengkam kuat lengan gadis itu. Pandangannya yang tadi redup, kini bertukar tajam.

"Dia tetap ada dengan aku sebab dia tahu syurga dia dekat mana. Kalau nak dibandingkan dengan kau,kau memang dekat bawah tapak kaki dia."kata Syahriz perlahan namun masih dengan ayat menyakitkan. Rausa mengetap bibirnya. Terasa? Mestilah! Lelaki itu hina dia kut.

Apabila melihat melihat wajah Rausa yang sudah berubah, Syahriz tersenyum sinis.

"Kau dengar ni eh. Kalau Haura ada calar dekat badan dia, anak kau yang akan jadi mangsa aku"kata Syahriz. Lengan yang dicengkam tadi dilepas kasar. Lantas Syahriz terus menapak pergi meninggalkan Rausa sendirian.  Kisah apa dia kalau perempuan tu nak menangis. Bukannya penting pun.

Rausa terkebil-kebil memandang susuk tubuh Syahriz yang kian menjauh. Lantas dia meraup wajah kasar.

"Aish, benci betul lah!"





















































SYAHRIZ menguap sedikit. Matanya yang mahu terkatup dipaksa untuk buka. Dari jauh dia melihat Haura yang sedang memilih barang untuk dibeli. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 10 malam. Sepatutnya mereka perlu balik selepas solat di masjid tapi itulah tersinggah di tempat lain.

Haura punya hal lah ni. Boleh pula isterinya mengidam mahu makan coklat sekarang. Tapi disebabkan sayang, dia turutkan juga. Dia pun sudah ditegaskan bahawa ibu mengandung tidak boleh dibuat main. Kalau apa yang gadis itu minta, dia perlu tunaikan walaupun itu hal yang mustahil.

"Psst!"panggil Haura dari jauh. Tangannya melambai satu plastik coklat Cadbury yang baru saja dia pilih tadi. Tak sabar betul nak makan! Perlahan-lahan Syahriz melepaskan keluhan sebelum dia tersenyum memandang wajah teruja isterinya. Maklumlah orang tu dah dapat coklat. Mestilah suka.

"Tak nak tambah lagi?"tanya Syahriz. Tudung sarung isterinya yang senget dibetulkan.Haura hanya mengelengkan kepalanya. Ini sudah cukup. Lagipun dia bukannya boleh makan manis sangat. Takut terkena kencing manis nanti.

"Ok, coklat ni berapa makcik?"tanya Syahriz. Beberapa keping duit yang bernilai RM 10 dikeluarkan.

"Eh tak apa lah. Makcik belanja."balas wanita berumur itu. Terus senyuman Syahriz terukir. Alhamdulillah, selamat duit harini. Baik betul orang tua tu.

"Terima kasih makcik, semoga rezeki makcik sentiasa bertambah. Aamin"balas Syahriz. Kekok betul bila dia mengucapkan perkataan 'terima kasih' ni. Selalunya dia main pergi saja. Wanita berumur itu hanya tersenyum.

"Tak ada apa lah sangat. Makcik pun doakan semoga kamu berdua sentiasa bahagia. Hidup berumah tangga ni bukannya senang. Banyak halangan yang kamu perlu hadap nanti."pesan wanita itu. Haura dan Syahriz hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Baiklah, nanti dia set dalam otak.

"Terima kasih tau makcik, kitorang kena pergi dulu. Lagipun tak elok isteri saya berlama-lama dekat luar. Dah malam kan makcik. Bahaya"balas Syahriz. Yalah. Betul apa. Haura kan tengah mengandung. Jadi tak elok dia biarkan gadis itu berlama-lama di luar rumah. Tak elok. Walaupun dia ini pernah jadi syaitan tapi rasanya dia pun lari kut bila nampak spesies  sendiri.

Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Betulah apa yang dikatakan.

"Kalau macam tu baiklah.Hati-hati bila berjalan. Tengok kiri kanan ya."pesan wanita itu sebelum Syahriz dan Haura menapak pergi. Mereka melambai dahulu sebelum menapak meninggalkan kedai itu.

Perlahan-lahan Haura memandang sekeliling. Dia mengosok tangannya untuk menggurangkan rasa sejuk.Mungkin selepas hujan jadi sejuk begini atau wajah beku lelaki itu yang membuatkan malam itu sejuk?

Tersenyum kecil dia mengejek lelaki itu dalam diam. Apalah dia ni. Kalau lelaki itu tahu pasti dia akan dimarahi. Sudahlah lelaki itu tak boleh dijangka.Berkerut kening Syahriz melihat gadis itu tersenyum seorang diri. Sudah gila kah isteri dia harini?

"Kau ni dah kenapa?"tegur Syahriz dengan nada datar.

"Tak ada apa apa pun"balas Haura.

Syahriz hanya meng'oh'kan saja .Kepalanya digelengkan beberapa kali.  Pelik sungguh. Memang orang mengandung semua pelik-pelik ke? Aih sudahlah. Malas mahu bertanya lagi.Jadi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Itu lebih baik.

"Sayang..boleh saya tanya?"tanya Haura meleret. Secara tidak langsung dia memecahkan kesunyian. Syahriz tersenyum kecil. Wajah isterinya dipandang. Wah, lain betul rasanya bila dia mendapat gelaran itu. Berbunga-bunga.

"Apa dia?."

Haura terus menundukkan kepalanya kebawah. Malu pulak dia sekarang. Nak tanya atau tidak eh? Jarinya sudah mencubit sesama sendiri.

"Kenapa awak makin buat saya cair?"

Akhirnya soalan itu dilontarkan juga. Haura terus memandang ke arah lain. Tidak mahu berpandangan mata dengan lelaki itu. Malu!Syahriz terus tersenyum. Suka apabila gadis itu bertanya soalan seperti ini. Entah kenapa dia suka dengan perwatakan gadis itu. Comel saja bila malu.

Dia terus memberhentikan langkahnya. Secara tidak langsung langkah Haura juga berhenti. Dia menoleh ke arah lelaki itu.

"Love..."panggil lelaki itu meleret. Dia menarik tangan gadis itu. Dia mengusap lembut tangan Haura. Ada kalanya dia ketawa sendiri. Entahlah, dia pun tidak tahu jawapan apa yang dia mahu bagi. Keliru dengan perasaan sendiri.

"Aku sendiri pun tak tahu. Aku rasa makin lama aku makin selesa dengan kau. Aku mula rasa bahagia dengan kau even kita dah jatuh miskin sekarang. Aku minta maaf sebab kita terpaksa menumpang sekarang. Tapi.. aku janji aku akan mewahkan hidup kita macam dulu."balas Syahriz sambil tersenyum.

Haura mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Biarlah mereka miskin atau kaya sekalipun janji hidup mereka diberkati. Lagipun, dia tidak mahu Syahriz bersusah payah hanya untuk dia saja. Sedangkan dia? Duduk rumah goyang kaki.

"Awak, saya jadi isteri awak pun sebab saya ikhlas terima awak. Tambahan pula awak memang perlukan sokongan dari saya untuk peluk agama Islam. Lagipun, hanya Allah saja kan yang boleh bantu kita? Anggap ini ujian untuk kita sama-sama"kata Haura sambil tersenyum.

Lengan kekar suaminya digosok lembut. Syahriz terus tersenyum kelat. Untungnya dia dapat isteri seperti ini. Sejuk hatinya.Kepala isterinya yang berlapikan tudung disentuh. Selepas itu, dahi  isterinya dicium lembut. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan gadis itu. Meskipun, maut yang datang menjemputnya. Dia reda jika dia yang pergi dulu.

"Haura..!"panggil seseorang. Terus tersentak sepasang suami isteri itu dibuatnya. Ah sudah siapa pula yang panggil suaminya pada waktu begini?

"Siapa pula tu?"tanya Syahriz. Pelik. Tak akan lah makhluk halus pula. Aih, tak boleh jadi ni. Dia mesti belajar ilmu untuk halau segala syaitan yang menjelma.

"Saya pun tak tahu tapi.. dengar suara dia macam saya kenal"balas  Haura. Matanya dikecilkan supaya di dapat melihat siapa gerangan tersebut. Ermm, macam kenal saja. Tapi siapa eh?

" Haura is that you? Omaigod!"

Continue Reading

You'll Also Like

676K 26.6K 112
[COMPLETED FOR SEASON 1 AND SEASON 2] Sabrina Arissa dan Harraz Hazrief Kahwin!!! Yang sorang jenis hyper yang sorang lagi jenis cold. P/S: SEASON 1...
26.5K 778 61
In editing Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia...
615K 21.9K 41
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...
2.1M 36.5K 60
Qaira telah dijodohkan dengan Syed Nazril oleh perancangan keluarga. Hanya kerana jasa keluarganya yang membesarkannya dari kecil, terpaksalah Qaira...