SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]

By rawrraree

195K 6.4K 145

๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐š๐ฌ: The king of dark devil ๐‘ณ๐’†๐’† ๐‘บ๐’š๐’‚๐’‰๐’“๐’Š๐’› ๐‘ซ๐’‚๐’๐’Š | ๐‘ต๐’–๐’“ ๐‘ฏ๐’‚๐’–๐’“๐’‚ ๐‘น๐’๐’”๐’† Color per... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
NOTE!
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
EPILOG

BAB 40

2.4K 80 3
By rawrraree

HAURA hanya tersenyum melihat telatah suaminya. Kepala Syahriz diusap. Masuk hari ini lelaki itu masih memanggilnya dengan panggilan 'kakak rose' . Jujur, dia terasa sangat sakit apabila melihat lelaki itu seperti budak-budak berumur 5 tahun. Tapi apa yang nak dibuat? Inilah ujian untuknya.

Tapi apabila mengingati nasihat doktor, lelaki itu akan berubah mengikut masa. Tapi satu perubahan pun dia tidak nampak. Dia langsung tidak faham. Lelaki itu memang sudah sepenuhnya jadi budak ke apa!

"Kakak Rose, kenapa muram ni?"tanya Syahriz. Wajah lelaki itu dilentokkan di atas peha Haura. Matanya memandang wajah gadis itu. Haura tersenyum nipis.

"Mana ada. Saya baik je. Awak tak nak main toys lagi?"tanya Haura lembut. Panggilan 'abang' pun sudah tidak digunakan lagi.Syahriz mengeleng. Tangan Haura diambil lalu dimain.

"Boleh tak saya nak tanya?"tanya Syahriz. Haura mengerutkan kening. Soalan pula. Masuk harini sudah 46 soalan keluar dari mulut lelaki itu.

"Tanya apa?"balas Haura. Serta merta wajah Syahriz tersenyum. Dia bangun dari baring lalu duduk menghadap gadis itu.

"Kenapa kakak tak panggil saya abang?"

Haura tersentak. Terkejut pun ada juga. Dengan keadaan sekarang, mampu kah dia mahu memanggil lelaki itu dengan panggilan tersebut? Entahlah, dia tidak tahu.

"Saya.."

PAK!

"Hi everyone!" Kata Rafqi riang. Bungkusan Mcdonald diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil wad. Syahriz sudah menjegilkan mata. Aish, asal nak bermanja saja mesti lelaki itu sibuk menganggu. Tak apa, bila lelaki itu kawin saja nanti dia akan ganggu lelaki itu pula. Tunggulah nanti.

"Eh, Raf. Banyak makanan awak bawa. Untuk apa ni?"tanya Haura pelik. Rafqi tersengih.

"Untuk kita makan. Lagipun lepas ni, doktor nak jumpa puan dengan adik Syahriz. Nanti jangan lupa pergi."pesan Rafqi. Sempat lagi dia menyakat tuannya. Syahriz memandang Rafqi tajam. Wah, pandai betul sekarang eh. Kecik besar saja aku pandang lelaki itu.

Haura tersenyum kekok. Adik Syahriz? Macam comel saja bunyinya.

"Oh, duduk lah dulu. Saya nak kemas beg sekejap"balas Haura seraya dia bangun dari duduk. Rafqi menganggukkan kepalanya. Lantas dia duduk bersebelahan dengan Syahriz yang daripada tadi memandangnya dengan pandangan maut. Tapi dia kisah apa. Dia kan ada Haura. Pasti Haura akan marah lelaki itu nanti.

"Mati kau lepasni"bisik Syahriz. Rafqi mengekek ketawa. Ada aku kisah?

"Comelnya, adik ni. Ni abang ada bawa ayam goreng. Adik suka tak?"tanya Rafqi. Nada suaranya diubah seperti bercakap dengan budak. Syahriz merengus. Rambut lelaki itu ditarik kuat.

"Argh, sakit!" Jerit Rafqi apabila rambutnya ditarik. Dia cuba menolak tapi tidak berjaya. Haura terus menoleh ke belakang. Matanya terus membulat besar. Aih, budak ni nak kena ke?

"Syahriz, awak nak kena dengan saya ke?"kata Haura. Nada suaranya digarangkan. Serta merta Syahriz melepaskan rambut lelaki itu. Dia memandang wajah garang isterinya. Aduh, kena marah lah pula.

"Tak nak"balas Syahriz. Kepalanya ditunduk kebawah. Garang pula isteri dia ni.

"Habistu? Kenapa tarik rambut abang Raf?"tanya Haura. Syahriz tercengang.  Abang? Puih! Tak kena langsung! Memang jatuh maruah dia nanti.

"Dia cari pasal dulu. S-saya.."

"Minta maaf sekarang."pinta Haura. Sekali lagi Syahriz tercengang. Uih, lambat lagi dia nak buat. Rasa menyesal pula bila buat rancangan ni. Jujur, rancangan ini adalah paling bodoh dia pernah buat.

"Tak nak!"rengus Syahriz. Haura mengelengkan kepalanya. Tangannya naik mencekak pingang. Degil betul!

"Kalau awak tak nak, saya tak nak teman awak tidur malam ni"ugut Haura. Syahriz terus mencebik. Dia memuncungkan bibirnya.

"Alaa, jangan lah macam tu.. saya nak tidur dengan kakak!"rengek Syahriz. Rafqi menanyangkan muka menyampah. Rasanya dia mahu muntah sekarang. Mengada betul! Nak saja dia tampar.

"Selagi awak tak minta maaf dekat abang Raf, selagi tu saya tak nak teman awak tidur" Haura pun apa kurangnya. Masih berkeras dengan arahannya tadi. Syahriz merengus. Dia menoleh ke arah Rafqi yang tersenyum menang. Sempat lagi lelaki itu menjelirkan lidah. Aish, geram betul lah!

"Sorry"

Haura mengeluh. Dia masih tidak puas hati lagi. Sudahlah suara kasar. Memang keras betul kepala suaminya ni. Ini pasti dari kecil sudah degil.

"Sorry apa? Ikhlas lah sikit suara tu awak"tegur Haura. Syahriz mengeluh. Dia menarik nafas sebelum memulakan percakapan.

"Sorry abang Raf"kata Syahriz. Jujur,dia mahu muntah sekarang. Abang Raf konon. Nak saja dia tampar muka lelaki itu.

"Tak apa. Abang tak kisah"kata Rafqi sambil mengosok kepala lelaki itu.  Dalam hatinya sudah mengekek ketawa. Suka bila dapat buli lelaki itu. Bukannya senang dia dapat buli Syahriz. Peluang depan mata kan. Itu namanya rezeki.

Haura tersenyum. Tidak lama selepas itu, dia menepuk dahinya. Aih, tadi dia mengidam mahu beli air kelapa. Terlupa pula dia.

"Eh Raf, saya nak pergi beli air kelapa sekejap. Nanti saya datang balik ya?"pinta Haura. Rafqi menganggukkan kepalanya. Syahriz pula hanya merengus tanda tidak puas hati. Kenapa Haura perlu minta izin pada Rafqi? Haura kan isteri dia!

"Puan hati-hati. Bawa Shah sekali. Tak selamat kalau puan pergi seorang diri. Lagipun puan kan mengandung. Jaga diri ya?"pesan Rafqi. Haura menganggukan kepalanya. Dia tahulah pasal tu. Syahriz tersentak. Wajah isterinya dipandang. D-dia tak salah dengar kan tadi?

"Saya pergi dulu, Syahriz jangan nakal-nakal tau"pesan Haura. Syahriz menganggukan kepalanya laju. Hilang saja kelibat Haura, kolar baju Rafqi ditarik kasar sehingga tubuh lelaki itu jatuh ke atas katil wadnya. Tubuh lelaki itu ditindih.

"E-eh tuan! T-tuan, saya masih suci lagi! Janganlah ragut kesucian saya tuan. Saya-"

"Kau jangan nak merepek! Sekarang ni kau bagi tahu aku. Kenapa kau boleh tahu Haura mengandung? Sepatutnya aku orang pertama yang tahu! Kau nak mati ke!"marah Syahriz. Sebelah tangannya sudah mengepal membentuk buku lima. Tak sabar mahu melepaskan tumbukan di wajah lelaki itu.

"S-saya tahu pun sebab puan pengsan tadi. Bila saya bawa puan pergi periksa, doktor kata dia mengandung. Mana lah saya tahu tuan tak tahu!"marah Rafqi balik.

Syahriz tersentak. Haura pengsan? Bila? Argh, sekali lagi dia memang tak guna. Isteri pengsan pun dia tidak tahu. Teruknya dia. Lantas dia bangun dari terus menindih lelaki itu. Dia meraup wajah kasar.

"Habistu sekarang ni, kandungan dia berapa bulan?"tanya Syahriz. Rafqi pula terus bangun dari baring. Bajunya yang berkedut itu dikemaskan.

"4 minggu."balas Rafqi. Syahriz sudah tersenyum. 4 minggu zuriatnya sudah mula wujud di perut gadis yang dia sayang. Tapi dia langsung tidak tahu. Teruknya dia sebagai seorang ayah.

"A-aku dah nak jadi ayahkan Raf?"bergetar suara Syahriz saat berkata. Rafqi terus terkejut. Lelaki itu nak nangis ke? Ah sudah, memang lelaki itu sensitif ke?

"Lah tuan nangis ke?"tegur Rafqi. Lantas Syahriz mengesat air matanya daripada jatuh.

"Tak. Mana ada aku nangis"nafi Syahriz. Sebelah matanya mula mengalir. Rafqi sudah tersenyum nakal. Bahu lelaki itu ditekan menggunakan jari telunjuk.

"Elelelele, tak nangis konon. Alah, tuan ni macam lah saya tak tahu"sindir Rafqi. Syahriz menundukkan kepalanya. Matanya dipejam. Sebak bila hanya Haura saja yang menangung semuanya. Dia pula? Tahu buat perangai.

"Aku takut sangat Raf mereka apa-apa kan Haura. Lagi-lagi berita tentang aku kemalangan tersebar. Apa yang aku nak buat ni Raf? Haura mesti jadi mangsa. Aku.."

"Eh tuan, saya kan ada? Rifqi pun ada dengan kita. Lagipun kami akan cuba bantu tuan untuk  lindung puan. Kita kan geng trio"balas Rafqi. Dia cuba untuk menyedapkan hati tuannya. Lagipun pasal semua ini dia sudah tidak sedap hati. Musuh mereka pun boleh serang sesuka hati sekarang. Syahriz tersenyum kelat. Badan lelaki itu dipeluk.

"Terima kasih Raf. Aku akan ingat jasa kau"bisik Syahriz. Rafqi hanya tersenyum. Pelukan dieratkan.

PAK!

"Tu- alah, nak join sekali!"potong Rifqi. Laju langkahnya memeluk tubuh dua kawannya.

Kawan? Memang dahulu Syahriz tidak pernah menganggap mereka kawan tapi semakin lama dia semakin percaya wujudnya perkataan itu. Dan ya. Mereka kawan. Malah sudah seperti keluarga sekarang.

"Err. Boleh saya tanya?"potong Rifqi. Tangan Rafqi pula laju menampar belakang lelaki itu.

"Diamlah mangkuk!"






































BUNGKUSAN air kelapa itu dipegang. Haura sudah tersenyum sampai ke telinga. Suka apabila air kelapanya sudah dapat. Tapi lagilah dia suka bila ada orang yang sudi berlanjanya. Jimat duit poket.

"Terima kasih belanja saya. Nanti saya belanja awak balik ya?"kata Haura. Shah mengelengkan kepalanya.

"Tak apa lah puan. Saya ikhlas. Lagipun apa salahnya saya belanja puan dengan baby sekali. Dah lama rumah tu tak dengar suara budak."kata Shah. Orang lain punya anak dia pula yang teruja. Lagipun apa salahnya dia tumpang gembira? Tak dosa pun kan?

"Bukan baby tapi babies." Haura membetulkan ayat. Shah menekup mulut. Babies. Maknanya kembar ke? Omaigod! Kuat betul sperma lelaki itu. Tak sangka pula dia.

"Kembar ke?"tanya Shah seakan tidak percaya. Haura tersenyum. Dia mengangguk kepalanya.

"Doktor kata kemungkinan besar saya boleh mengandungkan kembar tiga. Doa-doakan sajalah. Saya pun teringin nak kembar tiga"balas Haura. Shah tergamam. Kembar tiga? Wush, jarang dibuat orang. Hebat betul tuannya. Dia kena belajar ni.

"Wah,kalau macam tu. Puan letak lah nama saya eh." Pesan Shah. Haura mengelengkan kepalanya. Lelaki itu pulak yang teruja lebih. Pasal nama dia pun tidak tahu lagi nama apa yang dia mahu letak.

"Eh.."

Haura mengerutkan kening apabila dia menolak pintu bilik wad suaminya. Apasal tiga ketul ni berpelukan pula ni? Ada sesuatu yang berlaku ke? Shah pun pelik juga. Sampai hati tak ajak dia sekali.

"Apa yang jadi?"tanya Haura. Serta merta semua tertumpu ke arah Haura. Terkejut juga mereka. Syahriz pula laju menolak tubuh adik beradik itu lalu menapak ke arah Haura.

Lantas dia melutut dihadapan isterinya. Tangan gadis itu dipegang lalu dicium. Haura terkedu. Ini suami dia ke?

"Eh Sy-"

"Aku minta maaf Haura. Aku tak nak tipu kau lagi. Cukuplah aku dah permainkan kau hidup-hidup. Sumpah aku cakap, aku buat semua ni sebab aku nak perhatian kau. Aku tak sanggup bila kau hiraukan aku. Hati aku sakit bila tengok kau senyum dengan lelaki lain. Tapi aku? Aku suami kau Haura. Aku sakit sangat kalau kau layan aku macam ni. Aku minta maaf love. Aku janji ini kali terakhir aku tipu kau."ujar Syahriz. Haura tersentak. Lantas tangan suaminya ditarik supaya berdiri. Pipi suaminya dipegang.

"Abang..saya minta maaf sangat sebab layan abang macam tu dulu. Tapi pasal ni saya tak ambil hati. Walaupun saya suka abang jadi budak-budak tapi saya cintakan suami sayang yang garang ni. Saya minta maaf ya?"kata Haura. Air mata Syahriz mula bertakung. Haura terus membulatkan matanya. Lelaki itu mahu menangis ke?

"A-abang nak nangis ke? Alah, saya minta maaf. Saya tak tahu pula abang kecil hati sampai macam ni sekali. Saya.."

Terkedu Haura apabila Syahriz mula memeluknya. Rafqi dan Rifqi sudah tersenyum. Alahai, romantiknya pasangan dua sejoli ni. Risau dia bila tengok. Tuannya pula semakin lama semakim gedik. Nak saja dia pijak. Aih, sabar sajalah.

"Err, tak apalah. Saya keluar dulu. Takut menanah pula mata saya nanti"

Continue Reading

You'll Also Like

75.4K 6.3K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
1.5M 87.7K 65
๐Œ๐ข๐ง๐ž'๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...
634K 31.8K 35
Perkahwinan antara Aisy Zahra dan Eiden Rian bukan seperti pasangan yang lain . perlukan rasa cinta untuk bersatu . tidak ! Mereka disatukan secara...
659K 24.2K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...