SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]

By rawrraree

195K 6.4K 145

๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐š๐ฌ: The king of dark devil ๐‘ณ๐’†๐’† ๐‘บ๐’š๐’‚๐’‰๐’“๐’Š๐’› ๐‘ซ๐’‚๐’๐’Š | ๐‘ต๐’–๐’“ ๐‘ฏ๐’‚๐’–๐’“๐’‚ ๐‘น๐’๐’”๐’† Color per... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
NOTE!
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
EPILOG

BAB 15

3K 102 0
By rawrraree


"ROSE" Panggil Syahriz. Serta merta langkah Haura terhenti. Lelaki itu memang akan panggil dia dengan nama itu ke? Perlahan-lahan Haura memusingkan badan menghadap lelaki itu. Wajah lelaki itu juga masih sama. Datar, beku dan tegang. Itulah hakikatnya. Tiada langsung senyuman.

"Awak panggil saya?"

"Siapa lagi yang ada dekat sini selain daripada kau? Come. "arah Syahriz. Haura terus mencebik. Ceh, tak pernah berlembut betul. Dasar bapak singa.

Sampai saja Haura berada betul-betul berada di hadapan lelaki itu, dia terus menatap wajah. Uuu, beraninya dia tatap wajah lelaki garang tu.

"Aku ada buat apa-apa ke dekat kau semalam?"tanya Syahriz. Riak wajahnya langsung tiada tanda-tanda lelaki itu rasa bersalah. Malah riaknya tenang saja. Memang tiada perasaan langsung.

Haura terus mengeleng. Rasanya tiada apa apa yang serius pun. Cukuplah semalam dia mengambil kesempatan. Anggap saja lah hadiah lah tu. Syahriz terus mengeluh.

"Kalau aku ada buat apa-apa just tell me."

Cepat-cepat Haura terus menidakkan. Lagipun memang betul tiada apa apa terjadi pun semalam. Lelaki itu hanya tidur saja. Dia pula hanya tukang dodoi. Sudah seperti tidurkan budak-budak pula. Tapi memang betul pun lelaki itu seperti budak-budak. Manja sungguh.

"Pasal kawin tu awak memang betul-betul ke?"tanya Haura.

Dia mahukan kepastian. Tapi malangnya lelaki itu menganggukkan kepala. Aduh, dia takut betul dengan lelaki itu. Bukan apa cuma entahlah dia dapat rasakan banyak aura negatif yang menyerbu dirinya.

"Kita tak boleh kawin selag.."

" Aku tak nak dengar alasan kau. Memandangkan kau tanya lagi pasal ni,aku cepatkan lagi tarikh kawin kita."kata Syahriz. Dia tersenyum memandang wajah pucat gadis itu. Apalah yang gadis itu takutkan? Bukannya dia mahu bedah perempuan itu hidup-hidup. Kawin saja kan?

"Tapi.."

"Tak ada tapi.Get ready my Rose. We don't have many time. "kata Syahriz sambil mengenyitkan matanya.

Haura hanya terkaku. Entah apa yang dia mahu kata sekarang. Macam mimpi saja. Tak lama lagi dia bakal jadi isteri orang? Nak gembira atau mahu nangis? Dia langsung tidak boleh pilih sekarang.

"Apa mak.."

PRANG!

Tersentak Haura apabila mendengar sesuatu yang pecah. Kuat pula bunyinya tu. Syahriz pula sudah tersenyum memandang ke tingkat bawah. Satu tangannya sudah berada di belakang. Entah apa yang lelaki itu pegang pun dia tidak tahu.

Tangan Syahriz pula laju naik mengacu pistol di hadapan Haura. Perlahan-lahan dia menekan picu itu dan kemudian..

BANG!

Haura terus menutup mata. Pasti sakit bila peluru itu hinggap di wajahnya.

Satu saat..

Dua saat..

Tiga saat...

Aik, tak rasa sakit pun? Dia sudah mati ke? Ataupun badan dia sudah kebal? Perlahan-lahan dia membuka matanya. Terbeliak matanya melihat wajah lelaki itu sudah tersenyum memandangnya. Aih, dia hampir mati tahu?

"Awak nak bunuh saya ke?"marah Haura. Mahu gugur jantungnya apabila melihat pistol itu. Haih,nasib dia hidup lagi.

Syahriz terus tersenyum menyenget. Perlahan-lahan dia mendekatkan jarak mereka. Selepas itu, tangannya naik memegang kepala perempuan itu. Disentuh lembut.

"Aku tak akan bunuh kau my Rose. Sudah, mari kau kena pergi dekat tempat selamat. Aku tak nak kau mati pula kat sini. Buat susah aku je nak tanam kau. Come. "Kata Syahriz. Dengan hati yang gembira, dia terus menapak ke bawah seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Haura mencebik. Panggilan baru sudah romantik tapi bila sampai di ayat, hancur terus. Eiii, kenapalah tak ada lelaki lain yang dia jumpa? Yang ini menyakitkan hati saja lah!

"Eh awak tunggu!"





















































































































"ARGH!" Jerit Dania. Segala senduk dia baling namun penjahat itu dengan senang dia mengelak. Dania sudah gelabah. Dia tidak tahu mahu baling apa pula. Bila masa pula lah penjahat ni lepas masuk rumah. Sebelum ini tak ada pun. Haih, menyusahkan betul!

Rafqi? Entah kemana pulalah lelaki itu. Kalau mahu menjerit lagi rasanya baru lelaki itu sampai dia pula sudah mati ditembak. Dasar lelaki tak guna!

"Mana ketua DD?"tanya lelaki itu. Dania sudah terpinga-pinga. Apa benda binatang DD ni? Apa benda pula tu?

"Apa yang kau merepek? Ketua tahyul mahyul tu tak wujud dekat sini. Kau salah rumah lah!"bebel Dania. Sempat dia lagi dia bebel.

"Eh ada jugak aku bunuh perempuan ni kejap lagi. Kau tak payah nak sorokkan ketua kau tu. Panggil dia sekarang!"jerkah lelaki itu.

Bahu Dania terus terhinjut. Tidak lama kemudian, tangan Dania naik mencekak pinggang. Eh, lelaki itu fikir dia takut? Dia boleh silat tau.

"Kau ingat aku takut ke hah! Aku dah katakan ketua tu tak ada dekat sini. Kenapa kau degil sangat ni hah! Pergi balik!"halau Dania kembali. Heh, dia tak pernah takut pada lelaki. Setakat lelaki macam ini celah gigi dia lah!

"Kau ni memang nak kena!"kata lelaki itu. Tangan lelaki itu naik ingin menumbuk wajah Dania. Baru saja penumbuk itu mahu mendarat, lelaki itu terus terpelanting jauh.

BUK!

"Pantang nenek moyang aku kalau nampak lelaki nak pukul perempuan. Langkah mayat aku dulu lah lei!"marah Rafqi.

Perut lelaki itu disepak kuat. Selepas itu, tangan Rafqi terus menarik rambut lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, wajah lelaki itu ditumbuk sehingga mulut lelaki itu mengeluarkan cecair berwarna merah.

"Oi kau jantan kan! Bangun!"marah Rafqi lagi. Dia menendang tubuh lelaki itu berkali-kali.

Dania sudah terkedu. Ganas betul lelaki itu bila marah. Nak atau tidak dia perlu hentikan Rafqi secepat mungkin. Kalau tidak matilah anak orang tu.

"Raf.."

"Berhenti"arah Syahriz. Serta merta Rafqi menghentikan perbuatannya. Dia memandang wajah lelaki itu yang mengenakan topeng.

"Dia seorang saja ke yang tinggal?"tanya Syahriz. Dia memandang wajah Rafqi untuk mendapat jawapan.

"Tak tuan. Semuanya ada 20 orang. Du.."

"Tiga mati."cantas Rifqi. Tangannya sudah berlumuran dengan darah. Nampak seperti zombi kalau dilihat dengan sekali pandang. Uhh, seram.

Syahriz sudah tersenyum disebalik topeng. Bagus, nampaknya dia masih banyak lagi orang yang boleh dia seksa. Selepas itu,matanya tertoleh ke arah lelaki yang cuba melarikan diri.

"Bawa dia pada aku"

Adik beradik kembar itu terus menurut. Dia mengambil lelaki yang dikerjakan oleh Rafqi tadi. Dia tidak lihat sangat wajah lelaki itu sebab lelaki itu mengenakan topeng muka. Agak susah dia mahu mengenal pasti siapa dalang disebalik topeng.

Sampai saja lelaki itu dihadapannya, Syahriz terus merentap topeng lelaki itu. Kemudian, wajah lelaki itu dipegang. Syahriz mendekatkan sedikit wajahnya ke cuping telinga lelaki itu. Seperti mahu membisikkan sesuatu.

"Siapa yang hantar kau"tanya Syahriz. Lelaki itu terus ketawa sinis. Tak akan tak tahu pula.

"Tak penting untuk kau tahu"balas lelaki itu.

Syahriz menganggukan kepalanya. Baik, degil kan. Pisau yang berada ditangannya dihalakan di pipi lelaki itu.

"Bunuh lah. Aku tak pernah takut dengan Syaitan macam kau!"kata lelaki itu. Syahriz sudah tergelak besar. Hadeh, masih berani lelaki itu. Tapi dia suka. Kuat semangat betul.

"Kalau macam tu. Kirim salam dekat tuan kau untuk aku."kata Syahriz sambil tersenyum menyenget. Tangannya sudah bersedia untuk meneruskan langkah seterusnya. Adik beradik kembar itu sudah tahu apa yang difikirkan tuannya.

"Arghh! Berhenti!"jerit lelaki itu apabila pipinya ditoreh. Syahriz mengukir huruf D di pipi kiri dan kanan lelaki itu.

"Cukup! Aku merayu tolong hentikan!"jerit lelaki itu dalam kesakitan. Dia tidak tahan apabila lelaki itu menoreh pipinya. Perit!

"Rafqi, kau hantar dia dalam bentuk hadiah. Aku nak bagi jemputan khas dekat tuan mereka"Arah Syahriz. Rafqi terus mengerutkan kening. Hadiah? Dalam bentuk kotak ke? Aih, lain macam.

"Maksud tuan hadiah yang dalam kotak tu kan? Yang orang bagi masa hari jadi tu kan tuan?"tanya Rafqi. Syahriz terus mengeluh. Aih, arahan senang tak akan lah tak boleh faham.

"Buatlah apa yang kau suka. Yang penting hadiah ni sampai dekat tuan mereka balik. "Arah Syahriz. Apabila dia memusingkan badan dia terus tersentak. Itu Haura kan?

"R-rose?"panggil Syahriz. Rafqi dan rifqi pun turut sama terkejut. Apa yang perempuan itu buat di sini?

Haura terus tersentak. Perlahan-lahan dia mengundur apabila lelaki itu cuba mendekat. Dia sudah nampak semuanya. Memang patut lelaki itu mendapat gelaran syaitan. Perangai memang serupa!

"Rose, Co.. "

"Awak jangan dekat!"jerkah Haura. Air matanya sudah mengalir membasahi pipinya. Sumpah dia takut sekarang. Lelaki itu memang kejam!

"Rose aku.."

"Hantar saya balik Tuan Syahriz. Tolong saya merayu"pinta Haura. Syahriz sudah mengeluh. Itu sebabnya dia suruh perempuan itu duduk saja di atas. Tapi degil. Lepastu bila trauma salahkan dia pula. Eh salah siapa sebenarnya ni?

"Naik"arah Syahriz. Haura mengelengkan kepalanya. Dia tak nak. Dia nak balik bukannya naik di atas. Dia sudah tidak sanggup tinggal di sini.

"Tak nak!"bertak Haura. Adik beradik kembar itu sudah terkejut. Berani betul melawan lelaki itu. Rafqi pula sudah menunjukkan ibu jari pada Haura. Bagus Haura.

"Kau nak aku rogol kau ke baru kau nak ikut cakap aku? Aku kata naik!"marah Syahriz. Haura terus tersentak. Dia mengetap bibir. Dia tetap tak nak! Tapi dalam masa yang sama dia takut.

"Kalau awak berani awak buat lah!"cabar Haura. Secara tidak langsung, jantungnya berdegup kencang. Ah sudah, kenapa mulutnya cakap macam ni? Tadi bukan main yakin. Tapi sekarang sudah kecut.

Dania sudah terkejut beruk. Apa yang perempuan itu fikir? Dia sendiri pun tidak berani melawan kata lelaki itu. Dia tahu apa yang lelaki itu cakap dia buat.

"Cik.."

"Kau nak sangat kan? Fine aku buat"cantas Syahriz. Dia terus melangkah laju menuju ke arah gadis itu. Selepas itu, tangan gadis itu ditarik kasar.

"Arghh sakitlah!"

Continue Reading

You'll Also Like

2.1M 36.5K 60
Qaira telah dijodohkan dengan Syed Nazril oleh perancangan keluarga. Hanya kerana jasa keluarganya yang membesarkannya dari kecil, terpaksalah Qaira...
235K 696 2
Known as Harzan's Cure. - In Editing Progress - [ Under Obsessions : SYAITAN Series ]
96.8K 11.2K 24
๐Œ๐ข๐ง๐ž'๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐‘ซ๐’‚๐’š๐’š๐’‚๐’'๐’” : ๐‘ด๐’š ๐’๐’‚๐’–๐’ˆ๐’‰๐’•๐’š ๐’˜๐’Š๐’‡๐’† "Nayla suka awak dari kecil lagi." "Nayla nak jadi isteri awak." Dia gadis...
1.8M 62.2K 90
[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB...