SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]

By rawrraree

195K 6.4K 145

๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐š๐ฌ: The king of dark devil ๐‘ณ๐’†๐’† ๐‘บ๐’š๐’‚๐’‰๐’“๐’Š๐’› ๐‘ซ๐’‚๐’๐’Š | ๐‘ต๐’–๐’“ ๐‘ฏ๐’‚๐’–๐’“๐’‚ ๐‘น๐’๐’”๐’† Color per... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
NOTE!
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
EPILOG

BAB 8

3.6K 122 0
By rawrraree

KAKINYA melangkah laju mengikuti pegawai perempuan itu. Sekali sekala, kepalanya menoleh ke arah orang yang berada di sekelilingnya. Semuanya sibuk melepas rindu dengan keluarga masing-masing. Seperti esok kepala mereka akan digantung pula.

Ada yang mereka kenal dan ada juga orang yang mereka langsung tidak kenal tapi lelaki itu seolah olah meminta tolong padanya supaya dilepaskan. Ah, memang tak lah dia mahu lepaskan banduan itu. Kawan-kawannya pun sudah tentu sukar untuk diikat jamin.

"Ini dia Encik. Kami beri masa 30 minit untuk encik"kata pegawai itu. Selepas itu, pegawai itu terus menapak pergi.

Syahfiq terus duduk di kerusi yang disediakan. Dihadapannya sekarang sudah ada Alex yang menunggunya mengangkat telefon yang tergantung di tepinya. Tanpa membuang masa, Syahfiq terus mengangkat telefon itu.

"Mana tuan Syahriz?"tanya Alex.

Riak wajahnya hanya datar saja. Matanya melilau mencari susuk tubuh tuannya tapi tiada. Hanya ada adik tuannya dan Rafqi saja. Siap tunjuk pis lagi.

"Syahriz ada hal. Dia tak dapat nak lawat korang. Sepatutnya aku nak ikat jamin saja korang tapi tak boleh."balas Syahfiq.

Apabila mendengar jawapan itu, Alex terus mengeluh perlahan. Faham benar dengan sikap tuannya. Tapi tak apa dia faham dengan maksud lelaki itu. Lagipun di sini, sudah banyak benda yang dia perlajari tentang Islam. Rasanya lebih elok jika dia tinggal di sini lama sedikit.

"Aku faham. Kes kitorang memang berat. Polis pun tak akan lepaskan kitorang macam tu saja."balas Alex tenang. Syahfiq hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Kau macam mana duduk dalam ni? Tenang? Insaf?"tanya Syahfiq. Tergelak dia memandang wajah Alex yang hanya pasrah saja.

"Alhamdulillah, aku baik dalam ni"balas Alex sambil tersenyum tenang. Apabila mendengar jawapan itu Syahfiq terus membuka cermin mata hitamnya. Aih, sejak bila pula lelaki itu tukar agama?

"Kau tukar agama?"tanya Syahfiq seakan akan tidak percaya. Tak sangka secepat ini lelaki itu berubah. Selepas itu, dia menoleh ke arah Rafqi yang tersenyum kagum. Alex hanya mengangguk kepalanya . Wow amazing.

"Ni mesti kau suruh Rian yang ajar kan? Anyways congrats. Aku bangga dengan kau"kata Syahfiq sambil tersenyum. Tetapi dia pelik melihat riak wajah lelaki itu. Apa lelaki itu tidak suka kah dia memberi sokongan? Atau sokongan dia tidak berguna?

Alex terus mengeluh. Bercelaru fikirannya apabila teringat tentang Rian. Ada kalanya perasaannya seperti mahu cincang lelaki itu sampai lumat. Ada kalanya dia kecewa terhadap lelaki itu.

"Ye tapi.."

"Tapi apa?"Tanya Syahfiq.Secara tidak langsung keningnya terangkat. Macam penting saja.

"Tapi dia ajak aku masuk Islam dengan keadaan yang lain. Maksud aku, Rian ajar aku mengaji, ajar aku solat lepas dia ada masa lapang ataupun dia baru habis kerja. Dia sebenarnya anggota polis yang diarahkan untuk tangkap Tuan Syahriz secara senyap. Aku tak nak Tuan Sya-"

"Dia tahu"cantas Syahfiq laju. Apabila mendengar jawapan itu, serta merta Alex tergamam. Tak, setahu dia hanya dia saja yang tahu pasal ni. Bagaimana lelaki itu dapat info secepat ini?

"Habistu, Rian macam mana? Dia masih hidup sekarang?"tanya Alex bertubi-tubi. Syahfiq terus tergelak kecil. Kenapalah lelaki itu ambil berat sangat dengan pembelot? Padahal semua orang tahu Syahriz tak akan biarkan pembelot itu hidup tenang.

"Aku sendiri pun tak tahu. Itu hal dia bukan hal aku.Dan untuk pengetahuan kau Syahriz nak letupkan tempat ni. Aku rasa dia nak lepaskan marah dia kut."kata Syahfiq perlahan sambil tersenyum memandang wajah pucat lelaki yang berada di hadapannya.

Terus tersentak Rafqi mendengarnya. Eh, tuannya tak ada cakap pun nak letupkan tempat ni? Lah, kejap lagi mesti ada yang terkorban. Apa yang tuannya fikir!

"Boss, tuan tak ada cakap pun dia nak letupkan tempat ni?"bisik Rafqi. Cukup hanya dia dan lelaki itu saja yang mendengarnya.

"Kau jangan sibuk lah"balas Syahfiq.

Apabila mendengar jawapan itu, Rafqi terus mencebik. Ceh, dia fikir dia tu adik angkat tuannya dia boleh buat sesuka hati? Hei, ini Rafqi Haris lah. Anak kepada Ahmad tau!

"Syahfiq, tolong lah pujuk tuan. Jangan letupkan tempat ni. Kau kena ingat ramai orang tak bersalah dalam ni."pinta Alex. Dia tidak kisah kalau dia yang mati tapi bila dia mengenangkan ada ibu mengandung di dalam ni membuatkan dia rasa serba salah. Ya Allah, dia rasa bersalah sangat!

"Aku tak boleh buat apa-apa Alex. Kau kena ingat yang Syahriz tu tak ada hati perut sejak lahir. Kau fikir aku boleh halang raja syaitan yang tengah mengamuk? Mustahil aku boleh. Cuma, kau berdoa lah semoga kau panjang umur"sinis Syahfiq selepas itu dia terus menapak pergi dari tempat ini. Tinggal lagi 20 minit saja tempat ini akan meletup.

Rafqi terus mengikuti langkah Syahfiq. Berat hatinya mahu meninggalkan tempat ini. Apa lah nasib perempuan yang ada di kaunter tadi? Semoga dia hidup lagi. Jadi single saja lah dia nanti.

"Syahfiq!"jerit Alex. Serta merta syahfiq menghentikan langkahnya.

"Aku tak akan biarkan dia letupkan tempat ni ! Kau bagi tahu si setan tu aku bantah apa yang dia cuba nak buat! Kau dengar tak!"bertak Alex. Tangannya naik mengegar meja itu. Naik turun dadanya menahan amarah. Dia tak boleh biarkan lelaki tu buat sesuka hati.

Syahfiq hanya mengabaikan saja pekikan itu. Dia terus menapak pergi. Tak mahu membazirkan masa lagi. Rafqi pula tidak berganjak sedikit pun. Masih lagi was-was dengan tindakannya. Ah, dia ikut saja lah tuannya.

"Oi! Kau dengar tak!"jerit Alex lagi. Dia mengegarkan meja itu tanda protes. Apabila orang awam sudah berasa cemas, beberapa pegawai polis segera menahan lelaki itu daripada menjadi semakin ganas.

"Wei, kau tangkap orang sana lah! Bukan tangkap aku!"jerit Alex dari dalam. Redup saja suaranya kerana jarak mereka sudah jauh.Apabila mereka berada di parking kereta, Rafqi terus memandang wajah tenang lelaki yang berada di depannya. Aih, memang lelaki itu pula langsung tiada rasa bersalah ke?

"Wey, memang tuan Syahriz suruh bom tempat ni ke?" Tanya Rafqi dengan rasa tidak puas hati. Selalunya kerja begini dia yang uruskan. Entah kenapa pula orang lain yang uruskan.

"Kau memang tak pernah layan aku macam bos kau kan?"tanya Syahfiq kembali. Eh orang tanya soalan lain dia jawab lain. Memang lelaki itu tak pernah belajar bahasa melayu ke dulu?

"Aku tak ada dua boss"balas Rafqi selamba. Buat apa dia mahu takut? Lelaki itu bukannya boy untuk ditakutkan.

"Haih" keluh Syahfiq. Malas pula dia mahu bercakap dengan lelaki itu.

Bagaimanalah Syahriz boleh bertahan dengan perangai pekerja seperti ini? Biadap betul. Dia mengerli ke arah jamnya. 1 minit lagi tempat itu akan meletup. Tak sabar pula dia mahu lihat kekecohan tempat itu.

"Weyh,"panggil Rafqi. Eh, tahu pula nak ajar bersembang lelaki itu. Ingatkan tak nak. Syahfiq hanya mengumam saja. Dia asyik tersenyum memandang jam tangannya.

"Macam mana kau boleh jadi adik angkat Tuan Syahriz?"tanya Rafqi. Mahu juga dia cuba korek rahsia adik beradik ni. Asyik diorang saja yang cuba korek rahsia keluarganya.

"Dia kutip aku"balas Syahfiq pendek. Matanya masih tertumpu pada jam tangannya. Apa yang menarik sangat pun dia tidak tahu. Berkerut kening Rafqi melihatnya. Aih, jam lelaki itu boleh menari ke sampai syok sangat tengok.

"Apa yang kau cuba bu-"

"Tiga." Syahfiq mula membuat kiraan. Makin berkerut kening Rafqi melihat gelagat lelaki itu. Eh, dia main kira-kira pula. Apa lelaki itu mahu mengajaknya bermain sorok-sorok?

"Dua."

"Syahfiq sudahlah ki-"

BOM!













































































































































































HAURA hanya memandang saja wajah tegang lelaki itu. Tak berani dia mahu tegur lelaki itu. Haih, apalah nasib dia hari ini. Semalam dia lihat lelaki itu baik saja tapi harini? Sudahlah, malas dia mahu melayan lelaki itu. Apa nak jadi pun jadilah!

"Kau lapar tak?" Syahriz memulakan pertanyaan.

Serta merta Haura menganggukan kepalanya perlahan. Mestilah dia lapar. Tadi pun dia hanya lepaskan kakaknya makan saja. Daripada tadi kut dia menahan sakit di perut. Sudahlah dia ada gastrik.

Syahriz hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Perempuan kan suka makan. Nasib baik dia sempat beli sesuatu tadi. Faham benar dengan perangai perempuan ni. Itupun dia tanya si Rafqi.

Dia mencapai plastik di belakang tempat duduknya. Selepas itu, plastik itu diberikan kepada gadis itu.

"Aku tak boleh bawa kau makan luar tapi kau makan ni dulu buat alas perut. Aku ni bukannya jahat sangat sampai nak biarkan kau kebulur dekat dalam kereta aku"kata Syahriz. Terus berkerut kening Haura dibuatnya. Kalau macam tu baik tak payah bagi. Buat sakit hati saja ayat dia.

"Kalau awak ni tak jahat, kenapa awak perlu angkut saya pula?"tanya Haura sambil mengunyah makanan di dalam mulut.

"Saja."

Terus terbutang biji mata Haura mendengarnya, wah! Tak pernah lagi dia dengar jawapan sebodoh itu. Eh lelaki itu fikir dia ni barang kah? Boleh angkut sesuka hati? Dia manusialah!

"Saja? Eh awak ni memang tak ada perasaan ke? Suka hati awak je kata macam tu! Saya ni nak hidup aman damai tahu tak? Macam mana saya nak hi-"

"Eh, kau boleh diam tak! Setan mana yang ajar kau makan sambil bercakap ni?"potong Syahriz. Telinganya mula sakit dengar perempuan itu bercakap. Menyesal pula dia angkut minah ni. Membebel saja kerjanya. Mahu saja dia jahit mulut perempuan tu. Biar bisu terus.

"Ooo, tahu pula pasal adap. Ingatkan tak pernah pergi kelas agama Islam."sindir Haura perlahan.

"Aku memang tak pernah pergi kelas agama pun"balas Syahriz. Haura terus terkedu. Matanya terbutang besar. Alamak, dia dengar ke?

"Kenapa awak tak pernah pergi pula? Bukan ke awak tahu pasal adap semua ni?"tanya Haura bertalu-talu. Ni kalau tak pernah pergi kelas agama mesti pergi masjid ni. Betul lah kan apa yang dia fikir ni?

"Aku tahu sebab pekerja aku tegur. Aku hormat agama dia. That's why aku cuba ikut. Tapi tak salah kan kalau aku tegur kau balik?"tanya Syahriz.

Sinis saja cara dia bercakap. Seperti mahu menyindir balik perempuan itu. Sejahat mana pun dia kalau berkaitan dengan agama, dia tak akan sesekali memandang rendah terhadap agama tersebut. Dia masih tahu hormat orang.

Haura terus tersentak. Eh, maknanya lelaki itu bukan agama Islam? Alamak, makin bertambah malunya! Bagaimana lah dia mahu bercakap dengan lelaki itu nanti.

"Ermm, jadi awak agama apa?"Tanya Haura lagi. Dia memalingkan mukanya ke arah lain.

"Perlu ke kau tahu?"sinis Syahriz. Haura terus mencebik. Ceh, tak apa lah bukannya lelaki itu penting pun. Jawapan tak pernah tak sakit hati betul. Sakit jiwa raganya kalau dia terus melayan lelaki itu.

"Hanya bakal isteri aku saja yang perlu tahu"sambung Syahriz. Serta merta Haura memandang wajah lelaki yang fokus memandu. Dapat dia tangkap lelaki itu tersenyum kecil.

Mata hitam lelaki itu tajam memandang ke hadapan. Entah kenapa dia suka tengok mata lelaki itu. Kalau dilihat lama-lama, comel saja mata hitam itu. Seperti mata budak kecil yang meminta-minta kasih sayang kepada ibu bapanya. Kurang kasih sayang kah lelaki itu?

"Kalau saya jadi isteri awak, awak akan bagi tahu?"

Soalan itu terus dilontarkan. Entah kenapa mulut Haura seakan akan dikawal oleh sesuatu. Nak juga dia tahu lelaki itu jenis macam mana.

"Cepat atau lambat, kita tetap akan kawin"jawab Syahriz.

Dia membuka tali keledarnya. Selepas itu, dia memandang ke arah Haura yang lagi tadi memandang wajahnya. Entah apa yang menarik tengok mukanya pun dia tidak tahu. Apa perempuan itu tak pernah tengok lelaki?

"Kenapa pula macam tu? Bukan ke awak nak kakak saya?"tanya Haura pelik.

Lelaki itu nak kawin sekali dua ke? Eh mana lah boleh macam tu. Haram hujumnya. Apabila mendengar soalan itu, Syahriz terus ketawa. Haihlah perempuan ni memang lurus bendul ke?

"Oi perempuan, kakak kau tu hanya nak duit saja. Kau ingat aku nak jadikan pelacur ni isteri aku? Kau dengar ni eh aku langsung tak berminat dengan perempuan yang dah kena sentuh dengan jantan lain ."jawab Syahriz. Dia tersenyum sinis memandang wajah Haura yang jelas kelihatan marah padanya. Tapi dia kisah apa?

"Awak tak ada hak nak cakap kakak saya macam tu"marah Haura. Keras nadanya.

"Kau pun tak ada hak nak marah aku. And kau jangan nak mimpi dapat jumpa perempuan tu lagi"tegas Syahriz. Haura hanya berdecis. Apa lelaki itu fikir boleh mengawal dirinya. Sudah tentu tidak!

"Kalau saya jumpa awak nak buat apa!"bertak Haura.

"Lunyai badan kau aku kerjakan" kata Syahriz sambil tersenyum sinis. Haura tergamam. Lelaki itu memang hati binatang.

"Sudahlah, kalau kau rasa kau nak hidup lagi kau keluar lah dari kereta ni. Aku ada kerja nak buat. Kalau kau nak makan kau cakap je dekat maid."kata Syahriz datar.

Dia terus keluar dari perut kereta. Kemudian, kunci keretanya dibaling tepat mengena dahi pekerjanya. Selepas itu, dia hanya meneruskan saja langkahnya tanpa rasa bersalah.

Tangan Haura terus mengepal membentuk buku lima. Haih,suka hati saja lelaki itu menghina kakaknya. Dia tahu kakaknya kaki kikis tapi tak ada lah hina sangat sebagai seorang pelacur. Dia masih lagi sayangkan kakaknya.

TOK!

TOK!

Cermin kereta diketuk beberapa kali. Tersentak Haura dibuatnya. Cepat-cepat dia membuka pintu kereta itu. Perempuan yang berada di hadapannya menunduk memberikan tanda hormat. Aih, mesti perempuan itu salah faham. Dia bukannya tetamu terhormat pun.

"Hi cik Haura, saya Dania. Pembantu rumah dekat sini. Kalau ada apa-apa yang tak kena cik boleh cakap je dekat saya." sapa Dania teruja. Mestilah dia teruja sebab ini kali pertama dia ada kawan perempuan dekat sini. Sudah lima tahun dia bekerja di sini tapi semuanya lelaki saja yang ada tak pernah ada perempuan lain selain dia.

Haura hanya tersenyum kekok. Segan pula dia dibuatnya. Ini mesti semua orang sudah tahu yang dia akan berada di sini. Cepat betul mereka tahu. Agak-agaknya siapa ye yang hebohkan?

"Erm, awak panggil saja lah saya Haura. Segan pula saya kalau awak panggil saya cik"kata Haura sambil tersenyum. Dia mengarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Eh, tak boleh! Nanti tuan Syahriz marah. Saya takut kepala saya erk"jawab Dania sambil membuat gaya seperti dicekik. Haura hanya mengangguk tanda faham. Sempat dia meminta maaf.

"Oh dia memang macam tu ke?"tanya Haura sambil berbisik. Dania terus menganggukkan kepalanya laju. Selepas itu, dia terus menarik tangan Haura. Tak baik dia biarkan perempuan itu berlama lama di luar. Nanti demam pula.

"Kita sambung gosip dekat dalam. Dekat luar ni panas."kata Dania sambil tersenyum. Ada juga kawan membawangnya sekarang. Dulu dia hanya membawang dengan Rafqi saja. Tapi itulah lelaki itu selalu sangat sibuk.

Haura hanya menurut saja. Apabila masuk saja ke dalam, terbutang matanya melihat suasana di dalam rumah itu. Mewah tapi suram. Ya itulah yang dia dapat katakan. Rumah ini seperti pemiliknya saja. Haih, sempat pula dia mengata lelaki itu.

Matanya pula cekap menangkap gambar yang paling besar di letakkan di dinding. Dapat dia lihat gambar lelaki itu bersama dengan semua pekerjanya. Mahu tergelak pula dia apabila melihat wajah ketat lelaki itu. Nampak seperti seorang lelaki yang terpaksa melayan kerenah budak berumur 7 tahun. Seperti itulah gambarannya.

Sejahat mana pun lelaki itu, lelaki itu masih lagi mahu melayan kerenah pekerjanya yang tidak matang. Dalam jiwa yang jahat lelaki itu masih lagi baik tetapi orang lain tak akan lihat.

"Cik Haura, silakan duduk."pelawa Dania. Dia menuangkan jus oren di dalam gelas kosong. Selepas itu, dia menghulurkan gelas itu kepada Haura.

"Terima kasih"kata Haura. Dania hanya menganggukkan kepalanya saja.

"Ermm, cik Haura. Saya dengar cik Haura akan kawin dengan tuan. Betul ke?"tanya Dania sambil keningnya diangkat angkat.

Haura hanya mengaru kepalanya. Apa yang dia nak jawab eh. Kalau kata ye nanti takut dia syok sendiri pula. Tangannya mencubit sesama sendiri. Sukar dia mahu menjawab soalan itu sebab dia sendiri pun tidak rela jadi isteri lelaki itu.

"Entahlah. Saya tak pas-"

"Oi"

Continue Reading

You'll Also Like

1M 45.5K 86
[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐ซ๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž + ๐€๐œ๐ญ๐ข๐จ๐งโ˜… Berkorban harta, perhatian dan mas...
235K 696 2
Known as Harzan's Cure. - In Editing Progress - [ Under Obsessions : SYAITAN Series ]
773K 31.9K 68
# 1st Sambalado Series * karya pertama 'Crush' itu perkataan yang sesuai untuk si gadis yang ceria seperti Adra Umaira yang mencintai seorang lelaki...
614K 21.8K 41
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...