SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]

By rawrraree

196K 6.4K 145

𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: The king of dark devil 𝑳𝒆𝒆 π‘Ίπ’šπ’‚π’‰π’“π’Šπ’› π‘«π’‚π’π’Š | 𝑡𝒖𝒓 𝑯𝒂𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒐𝒔𝒆 Color per... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
NOTE!
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
EPILOG

BAB 7

3.4K 119 3
By rawrraree

TERUS terangkat kening Syahriz mendengarnya. Keputusan yang bijak tapi belum cukup memuaskan. Dia sebenarnya tidak mahu gadis itu membuat keputusan dengan cara terpaksa tapi tak apa sampai juga jodoh akhirnya.

"Are you sure? "

Haura hanya menganggukkan kepalanya. Dia sudah yakin dengan keputusannya. Dia tidak boleh biarkan kakaknya mati sekali. Kalau ditakdirkan dia mati di tangan lelaki itu sekalipun dia tidak kisah. Sekurang kurangnya dia boleh membantu gadis itu.

"Y-ye"jawab Haura terketar-ketar.

Syahriz pun menganggukkan kepalanya. Baik, kalau itu yang gadis itu nak dia akan buat. Secara tidak langsung tubuh Haira dilepaskan. Terbatuk-batuk Haira dibuatnya. Dipejam mata bagi mengurangkan sakit.

"Kalau macam tu kau bole-"

"Boleh bagi saya beberapa minit?"cantas Haura laju. Kalau boleh dia nak sangat luangkan masa dengan kakaknya walaupun sekejap. Biarpun untuk kali yang terakhir.

Syahriz terus melepaskan keluhan berat. Banyak betul permintaan tapi dia mungkin faham akan maksud sebenar perempuan itu. Jadi dia bukannya kejam sangat tak nak beri perempuan itu peluang.

"Kalau macam aku bagi 4 minit untuk kau"kata Syahriz dengan suara datar.

Selepas itu, dia mengarahkan Rafqi untuk mengangkut semua barang perempuan itu. Selepas memastikan semuanya membuat kerja, dia terus menapak pergi ke luar rumah. Tidak mahu berlama lama di dalam rumah itu. Bukan apa cuma dia mahu melihat suasana di kawasan ini saja.

Rafqi terus bertindak seperti diarahkan. Sempat lagi dia mengeyit matanya ke arah Haura.

"Nanti kita kenal-kenal eh?"bisik Rafqi di cuping telinga gadis itu.

Haura hanya tersenyum kekok saja. Dia ingatkan lelaki itu garang tetapi dia masih tidak percaya saja. Ada lagi orang yang berperangai seperti ini hidup dengan lelaki yang mengerikan itu?

"Tak payah mengadalah"kata Rifqi. Dia terus menolak adiknya bergerak ke keluar. Dia memberikan ruang untuk adik beradik itu buat drama. Kalau ada apa apa terjadi baru dia masuk semula.

Selepas itu, matanya teralih ke arah kakaknya yang jelas kelihatan marah. Dia tahu kakaknya marah sebab apa. Jadi dia perlu hadap saja.

"Kak ak-"

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi Haura. Terteleng dia dibuatnya. Dia terus memegang pipinya yang terasa pijar. Selepas itu, dia kembali melihat ke arah perempuan itu.

"Kau memang suka jantan tu ke sampai kau nak kena kawin dengan dia?!"marah Haira.

Terbutang biji mata Haura mendengar fitnah yang dilontarkan oleh kakaknya. Apa yang perempuan itu fikir sampai jadi macam ni? Apa? Dia ada buat salah?

"Kenapa kau fikir macam tu? Aku pilih jawapan tu pun sebab aku nak selamatkan nyawa kau!"terang Haura.

Mendengar jawapan itu Haira terus berdecis. Apa punya jawapan lah. Kalau macam tu baik dia saja yang kawin dengan lelaki itu.

"Baik aku jual saja kau dari aku bagi free dekat dia. Kalau kau ikut jantan tu aku dapat apa? Kau memang lah dapat duit habis aku ni?"tanya Haira sambil mengoncang badan Haura. Geram betul lah dia!

Haura terus menempis kasar tangan kakaknya. Memang selama ini dia pernah minta kakaknya duit? Habis, yang dia kerja selama ini pun menolong juga meringankan beban. Kakaknya bercakap seperti dia tidak melakukan apa apa kerja langsung!

"Cara kau cakap memang aku ni tak berguna langsung dalam hidup kau kan. Habis selama ni aku buat apa?!"bertak Haura.

Dadanya turun naik menahan amarah yang membuak-buak. Tak pernah pula dia bertengkar dengan kakaknya sampai begini sekali.

"Memang kau tak pernah berguna pun! Arwah mak mati pun sebab kau! Dasar perempuan tak kenang budi!"Tengking Haira balik.

Kepala adiknya ditonjol-tonjol. Kalau boleh nak saja dia tampar berkali-kali wajah perempuan itu.

"Aku? Eh kau dah lupa ke! Kau yang pukul mak guna batu semata-mata mak tak benarkan kau jadi pelacur! Lepastu kau salah kan aku?"

Mendengar jawapan yang keluar dari mulut perempuan itu membuatkan Haira semakin geram. Kalau dia ada hak untuk bunuh orang sudah lama dia buatlah!

"Kau! "Kata Haira sambil menundingkan jari telunjuknya pada Haura. Tajam saja matanya melihat ke arah perempuan itu. Seperti mahu siat-siat kulitnya sampai lumat!

"Pergi mati!"Jerit Haira.

Dia terus mencekik leher adiknya sekuat tenaga. Sampai terdorong gadis itu dibuatnya. Tangan Haura terus tergapai-gapai untuk dilepaskan. Dia cuba menepis namun gagal. Hampir kehabisan udara dia dibuatnya.

"L-lepas" pinta Haura dengan suara tersekat-sekat. Mukanya sudah mula merah menahan sakit di bahagian lehernya.

KLICK!

Terus tersentak Haira dibuatnya. Dia menoleh ke arah bunyi itu. Terbutang matanya melihat pistol itu betul-betul di sebelah kepalanya. Hampir 2 inci saja jaraknya. Kalau sekali tembakan kepalanya mungkin berlubang.

"let. her. go"

Satu persatu perkataan disebut. Gerun saja suaranya. Haira merengus kasar. Dia terus melepaskan adiknya kasar.

Syahriz terus menarik tangan gadis itu supaya dekat dengannya. Tangannya naik menyentuh wajah gadis itu. Jelas kelihatan tepi bibir gadis itu kelihatan merah sedikit. Terus bengang dia dibuatnya. Selepas itu, dia memandang tajam ke arah perempuan yang berada di depannya.

"Aku cukup tak suka hak milik aku rosak."Kata Syahriz dengan nada marah. Secara tidak langsung Haura mengerutkan dahinya. Hak milik? Memang dia barang lelaki Itu kah?

"Kalau boleh aku tak nak rosakkan tapi aku terus bakar je dia"jawab Haira selamba.Syahriz terus tersenyum sinis. Perempuan itu memang tak kenal dia lagi.

"Apa yang kau tak puas hati? Kau dah selamat dari aku kan. Aku cuma nak adik kau saja"terang Syahriz. Tangannya naik berpeluk tubuh.

Haira terus mencebik bibirnya. Selamat? Eh habis kalau dia selamat sekalipun apa yang dia dapat? Nothing!

"Aku memang tak puas hati. Sepatutnya aku yang ikut kau bukannya perempuan tu! Dia bukannya pandai layan nafsu kau pun nanti!"bertak Haira.

Terus terangkat kening Syahriz dibuatnya. Eh, tak reti bersyukur punya perempuan. Tapi kalau itu yang perempuan itu nak dia tunaikan saja lah.

Bila masa pula dia mahu puaskan nafsu pula ni? Tak apa kalau perempuan itu yang nak dia mana boleh tolak.Dia sendiri akan beri layanan istimewa pada perempuan itu. Bak kata orang rezeki jangan ditolak.

"Rifqi!"panggil Syahriz kuat.

Tidak sampai beberapa minit,Rifqi terus muncul di belakang Syahriz.

"Ya tuan."akur Rifqi. Tercungap-cungap dia dibuatnya. Berlari punya pasal. Kalau tidak memang dia sudah dibaling dalam sangkar haiwan kesayangan tuan dia nanti.

"Tolong bawa perempuan ni sekali. Pastikan kau bawa dia masuk dalam bilik VIP. Aku sendiri yang akan layan perempuan tu nanti."arah Syahriz. Terus terbutang Haira dibuatnya. Betul ke apa yang dia dengar tadi?

Rifqi yang faham maksud ayat tuannya hanya menganggukkan tanda faham saja. Dah lama pula dia tak bersihkan bilik tu. Mungkin dia perlu balik sendiri.

"Baik tuan"akur Rifqi. Dia terus memberikan tanda hormat sebelum keluar dari rumah itu. Dia mencapai helmetnya yang diletakkan di atas sofa tadi. Selepas itu, dia memanggil perempuan itu mrngikutnya.

Syahriz hanya memandang saja perlakuan lelaki itu. Selepas itu, dia memandang wajah Haura yang kelihatan gugup saja. Memang lah gadis itu gugup sebab hanya mereka saja yang berada di dalam rumah ini.

Syahriz terus mendekati gadis itu perlahan lahan. Tangan gadis itu terus direntap kasar. Berkerut kening Haura menahan sakit. Sudah kenapa dengan lelaki itu.

"Kau ikut aku"





































































































































RAFQI terus mengeluh. Aih, kenapa pula dia yang harus pergi ke balai polis pula harini? Sudahlah kena hadap polis pula tu. Eh, memang lah pergi balai polis kena hadap polis tak akan lah kena hadap boy pula kan?

Tapi nak tak nak dia perlu pergi juga. Alahai, memanglah dia perlu pergi sebab dia sekarang betul-betul berada di hadapan balai polis. Dia hanya perlu tolak saja pintu kaca itu.

Dengan hati yang pasrah dia menolak pintu kaca itu perlahan-lahan. Kepalanya dimasukkan ke dalam. Nampak seperti penyamun sudah rupanya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan mahu melihat ada kejadian pelik atau tidak.Tapi nampak seperti normal saja. Entahlah, tiba-tiba saja dia seram sejuk ni. Berdebar pun ada.

Perasaan yang negatif terus dicampak sejauh-jauhnya. Relax! Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Polis saja kut. Kan?

Perlahan-lahan dia masuk ke dalam balai itu. Kemudian, kaunter yang kosong dihadapannya dituju. Dia menghembuskan nafasnya supaya dia boleh bertenang.

"Er Assalammualaikum. Ermm saya..er.."kata Rafqi. Haish, apasal lah dia boleh jadi macam ni pula.

"Apa dia Encik?"tanya seorang pegawai perempuan di situ. Dia tersenyum memandang wajah kalut lelaki itu. Nampak macam gugup saja. Mahu tergelak pun ada tapi ditahan saja.

"Ehem, s-saya nak lawat..Err siapa yang aku nak lawat eh?"tanya Rafqi kembali. Tangannya naik berpeluk tubuh. Fikir lah Rafqi.

Terangkat kening pegawai itu dibuatnya. Apa pulak tanya dia? Sudah tentu dia tidak tahu apa apa pun. Lelaki itu sudah gila ke?

"Ha!" Jerit Rafqi apabila dia mendapat satu idea. Baru sekarang otaknya dapat berfungsi.

"Saya nak lawat saudara saya yang cik tangkap tu. Diorang dekat mana ye?"tanya Rafqi. Dalam hatinya sudah lega apabila dia boleh bercakap dengan normal balik. Dia ingatkan lidahnya sudah pendek lah tadi.

Terus berkerut pegawai perempuan itu. Aih, macam banyak orang pula lah dia tangkap. Lagipun, sejak bila pula dia pandai tangkap orang ni?

"Boleh encik bagitahu yang mana satu ye? Ataupun encik boleh nyatakan kes yang saudara encik buat. Mana lah tahu saya boleh agak ke?"tanya pegawai itu dengan sopan.

Rafqi tersenyum memandang wajah pegawai itu. Alahai, lembutnya suara. Gugur imannya. Sudahlah cantik, comel pula tu.Mati-mati lah dia ingat semua polis ni garang. Asyik nak saman orang saja kerja. Eh itu bukan jpj ke?

"Herm, cik ingat tak yang kejadian dekat kelab malam. Tepat pukul 12 tengah malam. Hari Khamis, 14 Mei tahun ni. Masa tu apa yang saya tahu ramai anggota polis turun padang. Bertempat di hati saya"jawab Rafqi sambil terangkat-angkat keningnya.

Pegawai polis itu terus mengerutkan kening. Tak apa-apa lah lelaki itu. Dia tersenyum nipis. Selepas itu, dia mencari apa yang lelaki itu katakan. Tangannya ligat menari-nari di atas papan kekunci.Setelah mendapat info, serta merta matanya membulat. Eh! Tak mungkin.

"Maaf,boleh saya tanya satu soalan?"tanya pegawai itu. Dia tersengih apabila memandang wajah lelaki itu. Nak atau tidak dia perlu juga tanya soalan ini.

"Tanyalah. Jangan malu-malu saya tak makan awak pun"balas Rafqi. Dia tergelak kecil melihat telatah perempuan itu.

"E-encik ni ada kaitan ke dengan kumpulan kongsi gelap DD?"

Apabila mendengar soalan itu,Rafqi terus tersentak. Ah sudah! Apa dia mahu jawab ni. Kalau dia kata ya nanti dia pula yang disumbat masuk penjara. Aih, tipu saja lah .

"Tak ada lah. Yang terlibat dengan apa nama kumpulan tu?"tanya Rafqi. Bagus juga otaknya hari ni. Banyak betul tipu helah yang dia buat. Pandai betul dia. Tak sia-sia dia belajar rajin-rajin.

"DD encik."jawab pegawai itu.

"Oh yes, DD. Yang terlibat dengan DD tu cuma saudara saya saja. Saya ni baik orangnya tau?"jawab Rafqi. Tangannya naik berpeluk tubuh.

"Oh maaflah tanya soalan tu pada Encik. Saya cuma nak kepastian saja."kata pegawai itu.

"Eh tak apa lah. Benda kecil saja tak besar sangat pun. Tak sakit pun hati saya ni. Hah, cik tahu tak apa yang boleh buat saya sakit hati?"tanya Rafqi.

Dia tangannya naik diletakkan di bawah dagu. Macam biasa Rafqi Haris dalam mod mengorat. Alah, lagipun bukannya tuannya mahu marah dia pun. Apa salahnya dia cuba.

"Apa dia?"

Apabila mendapat balasan, Rafqi terus tersenyum. Eleh, bunga dah masuk jerat. Eh, sejak bila pula bunga masuk jerat?

"Kalau saya ngorat cik tapi cik reject. Hah, itulah yang paling sakit. Bukan sakit je malu pun ada"kata Rafqi sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Eh apa yang encik merepek ni?"jawab pegawai itu sambil mengerutkan kening. Entah kenapa lah dia perlu layan orang gila pula harini. Muka saja kacak tapi perangai seperti orang terencat saja.

"Eh, mana ada saya mere-"

"Rafqi!"panggil Syahfiq dari belakang. Macam biasa riak wajahnya tiada langsung secalit senyuman. Haih, memang keturunan mereka tidak pernah senyum kah?

"Ye boss"balas Rafqi. Terkejut jantung dia. Kalau tercabut nanti macam mana? Nasib lelaki itu boss nombor duanya kalau tidak memang lelaki itu dah kena makan peluru.

"Apasal kau kat kaunter ni lagi? Bukan ke sepatutnya kau dah masuk dalam?"bisik Syahfiq. Tak mahu kantoi dengan pihak polis. Sudahlah mereka sekarang ada di tempat pihak musuh. Kalau terkantoi dia sendiri pun tidak tahu macam mana nak cakap.

"Susah boss,tadi pun sikit saja lagi nak terkantoi"ujar Rafqi. Syahfiq terus mengurut kepalanya perlahan. Aduh, kenapalah Syahriz hantar budak ni? Tak ada orang lain lagi ke?

"Biar aku saja lah yang cakap dengan perempuan tu"kata Syahfiq. Dia menolak tubuh Rafqi perlahan. Selepas itu, cermin mata hitamnya dibuka.

"Miss, boleh tak kitorang lawat anak buah saya? Kesian pula diorang kalau tak dilawat nanti. Mana lah tahu nanti diorang bergayut ke dalam jail tu"kata Syahfiq dengan suara lembut.

"Oh, kalau macam tu sila ikut saya"kata pegawai itu. Dia terus bangun dari duduk. Kemudian, pegawai itu memberikan jalan untuk mereka. Secara tak langsung mulut Rafqi tenganga. Lah sekejapnya lelaki itu buat kerja.

"Tutup mulut kau Rafqi, aku rasa kau kena belajar dari aku pasal bab ni"jawab Syahfiq angkuh. Selepas itu, dia terus memakai kembali cermin mata hitam. Apabila mendengar lelaki itu berkata, Rafqi terus berdecis. Eh apa yang lelaki itu merepek ni? Kuat betul perasan. Angkuh pula tu.

"Kenapa lah jantan tu boss aku"

Continue Reading

You'll Also Like

375K 10.1K 68
SINOPSIS Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebab...
857K 7.4K 11
WN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar d...
1.6M 58.9K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
773K 32K 68
# 1st Sambalado Series * karya pertama 'Crush' itu perkataan yang sesuai untuk si gadis yang ceria seperti Adra Umaira yang mencintai seorang lelaki...