SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]

By rawrraree

195K 6.4K 145

𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: The king of dark devil 𝑳𝒆𝒆 π‘Ίπ’šπ’‚π’‰π’“π’Šπ’› π‘«π’‚π’π’Š | 𝑡𝒖𝒓 𝑯𝒂𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒐𝒔𝒆 Color per... More

PROLOG
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
NOTE!
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
EPILOG

BAB 2

4.5K 154 0
By rawrraree

BERKERUT kening Adelia dan Fayyad mendengar gadis itu meminta maaf. Gadis itu ada buat salah ke?

"Cik, kenapa minta maaf?"tanya Adelia lembut.

Dia memandang suaminya yang masih berwajah beku itu. Dia tahu lelaki itu tidak suka bercakap dengan perempuan selain dari dirinya.

"S-saya menyusahkan awak dengan suami awak . Saya betul betul minta maaf" terang Haura.

Dia menundukkan kepalanya kebawah. Sudah seperti dia pula yang bersalah. Tetapi rasanya semua ini berpunca daripadanya. Jadi memang betulah dia yang bersalah.

"Kau ni gila ke atau otak kau hilang?"sinis Fayyad.

PAP!

Adelia terus menampar kuat belakang suaminya. Semakin hari memang lelaki itu makin kurang ajar.

"Aduh! Sakitlah Wife"kata Fayyad.

Berkerut keningnya memandang isterinya itu. Sudah seperti singa bunting. Sejak bila dia berkahwin dengan singa?

"Mulut tu jaga sikit eh,Wife cili mulut Hubby baru tahu" ugut Adelia. Sempat lagi dia menarik telinga suaminya.

Haura hanya tersenyum kekok. Dia rasa seperti menganggu masa mereka bermanja pula. Tangannya naik mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ermmm, s-saya minta diri dulu ye? M-maaf ganggu korang berdua"pamit Haura.

"Tahu pun. Ingatkan tak sedar lagi".sinis Fayyad.

PAP!

Tangan Adelia sekali lagi naik menampar belakang badan suaminya. Biar dia rasa! Mulut memang daripada dulu tidak terjaga.

"Maaf pasal suami saya cik. Kalau macam tu baiklah. Jangan lupa datang lagi ya?"kata Adelia dengan senyuman sambil tangannya mengosok belakang badan suaminya. Kesian pula melihat wajah lelaki itu seperti mahu menangis pula.

"Baiklah. Terima kasih. Saya pergi dulu ya?"kata Haura.

Dia membalas senyuman gadis itu. Baru sahaja dia mahu menapak pergi, tangannya ditarik oleh seseorang.

"Maaf kalau perbuatan saya ni tak sopan tapi kalau cik nak minta pertolongan lagi, cik boleh datang sini. Ini kad saya. Selamat berkenalan ye cik " kata Adelia sambil menghulurkan kad.

"Oh. Selamat berkenalan juga. Cik panggil saja saya Haura"balas Haura.

"Kalau macam tu panggil saya Adelia."kata gadis itu lagi.

"Oh baiklah Adelia. Saya pergi dulu ya. Kalau ada masa saya datang" kata Haura.Selepas itu, dia terus menapak pergi.

Keluar sahaja dari cafe itu dia terus mengeluh kasar. Hari ini adalah hari yang paling malang baginya. Satu per satu perkara buruk yang terjadi.

Entah apa pula perkara malang akan berlaku padanya nanti. Dia sendiri pun tidak tahu. Dia menapak ke hadapan perlahan lahan. Sudah seperti orang berputus asa dalam kehidupan rupanya sekarang.

Rambut yang diikat terus dilepaskan. Dia membetulkan sedikit rambutnya yang kusut. Selepas ini, dia akan berhadapan dengan kakaknya pula. Pasti gadis itu akan marah padanya nanti.

Tidak. Dia yakin dia akan dimarahi nanti. Salah dia juga kerana tidak mengikut kata kakaknya.

Penat sungguh dia harini. Sungguh dia sangat penat. Penat menahan malu. Penat dengan kerjanya. Lebih tepat lagi dia penat dengan dunia. Bilakah dia akan pergi dari dunia yang kejam ini?

Tetapi kalau dia pergi bagaimana dengan kakanya? Walaupun orang lain memandang gadis itu jijik tetapi bukan pada pandangannya. Baginya gadis itu adalah gadis yang paling suci sekali di dunia.

Kenapa mesti kakaknya yang dihina? Kenapa bukan dirinya? Dia seperti nanusia yang tidak berguna. Keluhan kecil dilepaskan.

Kakinya yang berjalan tadi terus terhenti. Di hadapannya sekarang adalah satu cafe yang paling mahal di kawasan ini.

Mahu masuk seperti dia tidak layak pula. Mesti ramai orang akan memandang hina padanya nanti. Jadi baik dia duduk di luar sahaja. Biarpun nampak seperti pengemis. Dia kisah apa?

Perlahan lahan dia meletakkan punggungnya di atas satu kerusi panjang yang terletak elok di situ. Tangannya ditepuk beberapa kali. Menghilangkan kotoran pada tangannya.

Dia melihat ke arah manusia yang ada di sana. Semuanya membuat hal sendiri. Langsung tidak menghiraukan hal sekeliling.

Sedang ralit dia memerhatikan orang matanya terpandang ke arah satu tong sampah yang berhampiran. Lama dia pandang.

Secara tidak langsung dia teringat akan memori yang sangat memberinya kesan yang negatif sehingga hari ini.

BUM!

Satu tong yang berisi sampah sarap ditebalikkan di atas kepala seorang gadis. Sisa makanan, kertas yang dikoyakkan dan segala jenis sampah jatuh di atas kepala gadis itu.

Gadis itu hanya pasrahkan sahaja apa yang terjadi padanya. Hendak melawan dia tidak mempunyai apa apa kekuatan.

Nur Haura Rose. Sebaris nama yang sangat dibenci oleh sekeliling. Gadis yang sangat malang.

"Eiii, busuknya kau haura. Macam orang tak mandi." Sinis seorang gadis berambut perang panjang paras pinggang.

"Haha jijik lah aku tengok dia ni" ejek seorang lelaki.

Dia menyepak tong sampah itu tepat mengena tubuh Haura yang terduduk. Tiada secalit belas kasihan pun pada mukanya.

"Hem, kesian kan? Sudahlah kakak pelacur. Layan jantan sana sini. Mesti kakak kau ada penyakit kan? Weyh, takut lah kena penyakit." Kata gadis yang berambut hitam paras bahu itu.

Dia menarik rambut Haura untuk memaksa gadis itu melihat ke arahnya. Senyuman mengejek diberi.

"Kesian aku tengok kau. Kakak kau langsung tak kisah pasal kau. Apatah lagi orang lain kan? Tapi tak apa aku doakan ada orang yang sanggup jaga sampah macam kau"sinisnya.

Dia mengangkat tangan seperti berdoa. Entah ditunaikan doanya atau tidak. Dia kisah apa?

"Aku harap orang tu juga yang akan bunuh kau nanti Atiqah." Kata haura. Anak matanya memandang tajam ke arah gadis itu.

"Apa kau cakap" soal Atiqah . Dia membalas pandangan tajam itu.

"Aku harap kau mati"kata Haura.

Dia tahu perempuan itu akan marah tapi dia kisah apa. Segala sakit dia sudah pernah rasa. Jadi dia tidak kisah apa yang perempuan itu mahu sakitkan dia lagi.

"Kau yang akan mati!" marah Atiqah. Dia terus mengambil kayu yang berada berdekatan dengannya. Selepas itu kayu itu dihayun tepat mengena tubuh Haura.

"Arghh! Sakit!"

Terus Haura menutup matanya. Tidak sanggup dia mengingati perkara itu lagi.

Nur Atiqah Raihana.

Nama yang dia benci sejak dari bangku sekolah lagi. Dia tidak tahu kenapa gadis itu selalu membulinya. Dia ada buat salah?

Rasanya tidak. Dia hanya mengeluh perlahan. Berharap sangat dia tidak akan berjumpa lagi dengan gadis itu. Dia mahukan kebahagiaan.

Masih adakah kebahagiaan untuknya nanti? Dia berharap sangat dia boleh merasa nikmat kebahagiaan.

Wujud atau tidak kebahagiaan itu di dunia ini dia sendiri pun tidak tahu. Secara tidak langsung matanya terpandang sepasang suami isteri yang sedang bergelak tawa.

Terbit rasa cemburu pula dia melihat pasangan itu. Bila dia akan merasakan kebahagiaan seperti itu? Atau dia memang tidak akan rasa?

Dunia sungguh tidak adil. Baginya memang tidak adil. Manusia lain boleh bahagia bersama dengan keluarga mereka sedangkan dia hanya ada kesedihan dan kemurungan.

Kepalanya naik memandang langit.
Mungkin dalam 3 jam lagi matahari akan terbenam. Sudahlah dia malas mahu mencari teksi sekarang.

Sekali lagi dia mengeluh.

"Sampai bila aku akan jadi macam ni?"keluhnya seorang diri.






















































































































































































MATA Rafqi Haris daripada tadi lagi dia memandang wajah datar lelaki dihadapannya.

Tiada secalit senyuman langsung. Memang lelaki yang berpangkat raja syaitan itu tidak suka senyum kah?

Rifqi yang menyedari kelakuan adiknya itu terus memandang pelik. Adiknya itu memang pelik daripada lahir tetapi tidak sangka dia gila sampai sekarang.

Rifqi terus mencuit pinggang adiknya. Tersentak lelaki itu dibuatnya. Rafqi memberikan pandangan anak mata helang. Tempat itu sensitif!

"Kau ni dah kenapa" bisik Rafqi. Cukup hanya dia dan Rifqi sahaja yang dengar.

"Kenapa kau pandang tuan macam tu? Kau suka dia ke?"bisik Rifqi. Keningnya diangkat angkat.

"Uhuk" Terus tersedak Rafqi mendengarnya. Abangnya memang tidak berfikir dulu sebelum cakap.

Sejak bila pula dia suka dengan tuannya? Kalau dia ditakdirkan menjadi perempuan pun dia tidak akan suka pada lelaki beku itu.

Sudahlah garang, tak pandai memikat, dan semua sifat perempuan mahu tiada langsung dalam diri seorang raja itu. Menyedihkan betul.

"Kau dah kenapa?" Tegur Syahriz.

Berkerut keningnya melihat kerenah lelaki kembar itu. Daripada tadi dia memandang lelaki kembar dihapadannya berbisik. Entah apa yang mereka bincangkan pun dia sendiri malas ambil tahu.

"Maaf tuan. Adik saya ni memang gila sikit." Kata Rifqi sambil tersengih.

"Aku tahu" balas Syahriz dengan suara datar.

Malas mahu melayan kerenah lelaki itu. Dia datang ke sini hanya untuk makan bukannya untuk menjaga monyet terlepas dari zoo. Perutnya daripada tadi meminta untuk mengisi makanan.

"Erm, boleh saya tanya"kata Rafqi.

Matanya masih berair akibat menahan perit dibahagian hidung. Siapalah yang bancuh air ini sampai hidungnya sekali boleh perit. Hebat sungguh.

"Apa"ujar lelaki itu sepatah.

Teh yang masih panas ditiup perlahan. Selepas itu, dia menghirupnya dengan berhati hati. Takut melecur pula bibirnya dia sendiri pula yang dapat malu.

"Kenapa tuan tak kawin lagi?"tanya Rafqi selamba.

"Pstt"

Tersembur air yang diteguk oleh Syahriz. Air yang yang tersembur itu terkena tepat pada wajah Rafqi.

Rifqi yang memandang wajah pasrah adiknya itu mahu tergelak tetapi ditahan sahaja. Kesian pula pada adiknya itu. Entah siapa yang rasuk adiknya pun dia tidak tahu. Apa punya soalan lah dia tanya.

"Kenapa kau tanya soalan macam tu?" Tanya Syahriz.

Kain yang berada di atas meja itu dilap pada bibirnya. Tiada langsung rasa bersalah di hati lelaki itu.

"Tak ada lah. Umur tuan dah 27 tahun tapi tak ada perempuan pun yang berani dekat dengan tuan. Tu yang saya tanya tu"balas Rafqi dengan wajah cemberut.

Nak saja dia tumbuk wajah lelaki itu tapi ditahan saja. Dia masih ingat siapa dirinya. Dia masih tiada keberanian mahu melawan lelaki itu.

"Buang masa saja ada isteri. Lagipun perempuan ni hanya akan menambahkan beban dalam hidup aku."kata lelaki itu.

Dia bukan tidak mahu berkahwin tetapi perempuan yang berada disekelilingnya itu langsung tidak menarik perhatiannya. Perempuan yang berani dekat dengannya pun hanya mahu hartanya sahaja.

"Tapi, orang lain kata kalau ada isteri hidup akan bahagia. Tuan tak nak cari kebahagiaan tuan?" Tanya Rafqi. Dia seperti tidak mahu mengalah.

Syahriz terus mencebik bibirnya. Bahagia? Wujudkah perkataan itu lagi?

"Itu orang lain kata bukan aku. Hidup aku dah bahagia tanpa isteri. Aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku." sinisnya.

"Tapi tuan mesti kena ada peneman hidup juga nanti. Mesti tuan nak anak kan?"kata Rafqi lagi.

Rifqi hanya memandang sahaja. Dia mahu mencelah tetapi entah kenapa lidahnya seakan akan kelu untuk bercakap. Jadi dia hanya biarkan sahaja.

PAP!

Syahriz terus menghentak kuat meja itu. Rahangnya bergerak gerak seperti menahan amarah. Perlahan lahan tangannya mengepal membentuk buku lima.

Terhinjut bahu Rafqi dibuatnya. Bukan dia sahaja malah satu cafe itu terkejut. Wajah lelaki itu kelihatan tegang. Mata lelaki itu juga tajam melihat kearahnya.

Salah dia juga membuat lelaki itu marah. Dan sekarang dia terpaksa berhadapan dengan kemarahan sang raja syaitan.

"Kau kena ingat Rafqi,dunia kita dengan mereka lain! Kau sudah lupa?! Betina dekat luar sana tak layak digelar isteri aku! Aku tak nak dengar lagi soalan merepek keluar lagi dari mulut kau! Faham?" Kata Syahriz perlahan. Keras sahaja nada digunakan.

Terus terdiam Rafqi mendengarnya. Matanya memandang ke arah abangnya seolah olah meminta pertolongan. Tetapi abangnya langsung tidak memandang wajah lelaki itu.

"Kalau aku dengar lagi kau tahu apa nasib kau kan?"sambung Syahriz. Dia tersenyum memandang wajah lelaki itu.

Hanya perkataan biasa tetapi berbisa. Itulah Syahriz Dani. Memang patut lelaki itu mendapat gelaran Raja segala Syaitan.

"Maaf tuan. Saya janji tak akan ulang lagi"akur Rafqi.

Buat kali pertama dalam hidupnya dia serius dengan raja itu. Dia bekerja dengan lelaki itu pun disebabkan desakan ayahnya sahaja.

"Aku tahu kau tak akan mungkir janji kau" kata Syahriz.

Dia tahu lelaki kembar itu tidak akan mungkir janji kerana lelaki itu tidak pernah menghampakannya.

Dia mengambil lelaki itu bekerja dengannya pun disebabkan kebolehan dan keperibadian lelaki itu.

Rifqi yang memandang wajah cemberut adiknya itu terus menepuk perlahan belakang lelaki itu. Dia tahu lelaki itu rasa bersalah.

"Kenapa lah kau tanya soalan macam tu dekat tuan?"bisik Rifqi.

"Mana lah aku tahu tuan sensitif dengan soalan tu"balas Rafqi dengan bisikan.

Syahriz yang menyedari kelakuan adik beradik itu hanya menghembuskan nafas perlahan. Masih lagi mahu berbisik?

"Aku nak tanya sesuatu dekat korang berdua"ujar Syahriz.

"Apa dia tuan?" Tanya adik beradik itu serentak.

"Kenapa korang tak kawin lagi?"soalan tadi dikembalikan balik. Sengaja mahu mendengar jawapan mereka pula.

"Sebab saya kecik lagi"balas Rafqi sambil tersenyum.

Berkerut kening Rifqi dan Syahriz mendengarnya. Apa punya jawapan lah? Tetapi betul juga cakap lelaki itu. Badan saja besar tetapi otak masih kecil.

Kadang kadang dia pelik juga kenapa lelaki itu boleh menjalankam misi dengan sempurna sedangkan lelaki yang bernama Rafqi Haris itu tidak pernah serius langsung. Entahlah malas dia fikir.

"Kau pula?"tanya Syahriz.

Tersentak Rifqi yang dari tadi memandang adiknya. Terpinga pinga dia dibuatnya. Kenapa dengan dia?

"Hah?"soal Rifqi.

"Kenapa kau tak kawin lagi?"tanya Syahriz. Lelaki itu boleh hilang fokus pula. Fikir apa?

"Oh, sebab saya tak bersedia nak cari pengganti lagi tuan."kata Rifqi dengan suara datar.

Dia masih sakit hati dengan tindakan gadis itu. Pergi meninggalkannya disebabkan janji manis lelaki lain. Memang tindakan yang cukup bodoh.

"Maksud kau?"tanya Syahriz kurang faham dengan ayat lelaki itu.

"Orang yang saya cinta pergi tinggalkan saya sebab saya tak ada harta. Tapi saya tak kisah pun. Janji dia bahagia" terang lelaki itu.

Senyuman kelat diberikan. Dari riak mukanya pun Syahriz sudah tahu lelaki itu masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

"Kau tahu maksud cinta?"tanya Syahriz.

Dia memandang pasu bunga plastik yang berada di atas meja itu sebagai perhiasan. Tangannya naik memegang kelopak bunga yang dibuat daripada plastik itu.

"Apa yang saya tahu, cinta tu bermaksud perasaan indah yang tidak dapat dijelaskan. Cinta tu hadir apabila dua hati rasa saling melengkapi antara satu sama lain." Terang Rafqi.

Sudah seperti doktor cinta pula dia. Jangan tanya dari mana dia dapat. Dia baca dari pakcik Google. Apa salahnya dia cari makna perkataan kan? Sekurang- kurangnya berguna

"Dan cinta juga boleh membuatkan kita buta kerana ia ada sifat ingin memiliki"sambung Rifqi.

Wajahnya hanya datar sahaja. Matanya memandang ke arah cawan yang masih lagi berisi air yang berada di genggamannya.

"Indah tapi dalam masa yang sama ada terselit kekejaman. Menarik juga konsep cinta ni "kata Syahriz sambil tersenyum.

Dia terus mengenggam bunga yang berada di pasu itu sehingga rosak. Kisah apa dia pemilik cafe itu mahu memarahinya. Dia banyak duit setakat bunga plastik dia boleh saja ganti. Jadi apa masalah?

Tapi dalam masa yang sama dia ada juga perasaan ingin tahu bagaimana rasa nikmat bercinta.

Atau lebih tepat dia mahu tahu sehebat manakah cinta itu sampai ada manusia yang sanggup mengorbankan dirinya demi orang yang dicintai. Sangat tragis.

"Sometimes i was wondering how much powerful the words call love?"gumamnya.

Matanya tertumpu ke arah pemandangan di luar tingkap yang berada di sebelahnya. Ralit saja dia melihat seorang gadis yang kelihatan agak tidak terurus. Seperti ada masalah saja rupanya.

Entah kenapa dia tertarik melihat gadis itu. Seperti ada satu tarikan yang membuatkannya seperti ingin memiliki gadis itu.

"Tuan tengok apa?"Tanya Rifqi. Dia melihat ke arah tingkap. Entah apa yang lelaki itu tengok pun dia sendiri tidak tahu.

"Nothing . Menarik juga perempuan tu kan?"ujar Syahriz sambil tersenyum.

Berkerut kening adik beradik kembar itu. Tadi lelaki itu sendiri yang kata dia tak minat perempuan dan sekarang lelaki itu tiba-tiba sahaja tertarik. Sudah gila kah lelaki itu?

Adik beradik itu terus melihat seorang gadis yang berada berseorang di kerusi panjang. Terbit satu pertanyaan kepada otak kecil mereka.

"Tuan nak buat apa dengan perempuan tu?"tanya Rafqi.

Dalam hatinya sudah terselit rasa kagum dengan gadis itu. Hanya dengan memandang sahaja sudah buatkan raja syaitan itu tertarik. Sangat hebat.

"Entah, aku rasa macam aku nak dia sekarang" kata Syahriz. Matanya setia memandang gadis itu.

Terus jatuh rahang adik beradik itu. Syaitan mana pula yang rasuk lelaki itu. Lelaki itu sudah kenapa?

"Apa!"

Continue Reading

You'll Also Like

25.2K 767 61
In editing Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia...
1.2M 42K 66
Kayla Hanania adalah seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan literary journalism atau jurnalisme sastera. Dia berminat dalam bidang jurnal...
649K 23.9K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
448K 21.1K 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Di...