SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]

By rawrraree

195K 6.4K 145

๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐š๐ฌ: The king of dark devil ๐‘ณ๐’†๐’† ๐‘บ๐’š๐’‚๐’‰๐’“๐’Š๐’› ๐‘ซ๐’‚๐’๐’Š | ๐‘ต๐’–๐’“ ๐‘ฏ๐’‚๐’–๐’“๐’‚ ๐‘น๐’๐’”๐’† Color per... More

PROLOG
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
NOTE!
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
EPILOG

BAB 1

6K 156 1
By rawrraree

"LEPASKAN aku lah bodoh! Dasar Syaitan!"

Syahriz hanya membiarkan sahaja jeritan itu. Jeritan itu langsung tidak menganggu kerjanya. Perkataan yang sama selalu didengar membuatkan dia bosan. Tidak ada perkataan lainkah orang mahu menyebut?

Syaitan?

Ya. Memang orang memanggilnya dengan perkataan itu. Dia tidak boleh menutup mulut manusia jadi dia biarkan sahaja.

Kalau dia mahu menutup mulut manusia hanya ada satu cara sahaja.

Mati.

Lebih baik manusia itu mati di tangannya daripada mati sia-sia. Sekurang kurangnya dia dapat menolong meringankan beban orang sekeliling.

"Oi syaitan lepaskan aku!"bertak seorang lelaki yang berumur 50 tahun itu.

Tersenyum sinis Syahriz mendengarnya. Berani betul orang tua itu memanggilnya dengan gelaran itu?

Tak apa mungkin lelaki tua itu tidak sedar bahawa dia sekarang berhadapan dengan orang yang akan mencabut nyawanya nanti. Mungkin selepas ini lelaki itu akan berterima kasih padanya.


"Syaitan ni juga kau minta tolong dulu. Manusia memang tak kenang budi." sinis Syahriz. Dia hanya meneruskan sahaja kerjanya.

Jujur dia katakan walaupun dirinya juga manusia tetapi dia tidak suka akan makhluk bernama manusia. Janji manis hanya digunakan pada waktu terdesa. Selepas itu? Tidak tunaikan langsung janji. Semuanya dusta belaka.

Tanpa membuang masa dia memakai sarung tangan berwarna hitam bagi mengelakkan kesan cap jarinya melekat pada senjata atau permukaan.

"A-aku janji aku akan bayar balik. Bagi aku masa" rayu lelaki tua itu.

"Kau nak berapa lama?" Tanya Syahriz. Perbuatannya tadi terus terhenti. Dia menoleh ke belakang untuk melihat wajah lelaki itu.

Terkejut lelaki tua itu mendengar soalan tadi. Raja syaitan itu beri dia peluang ke?

"S-setahun. Aku janji aku bayar dalam tempoh masa tu."kata lelaki itu.

"Setahun?"

Lelaki tua itu terus menganggukkan kepalanya laju. Syahriz yang melihat lelaki itu bersungguh - sungguh menyakinkannya terus mengeluh. Mungkin dia perlu bagi lelaki itu peluang.

"Baik. Aku rasa kau boleh keluar sekarang"arah Syahriz . Dia menoleh kembali memandang senjata kesayangannya di atas meja itu. Tangannya ligat mengasah senjata itu. Biar tajam.

Tersenyum lebar lelaki tua itu mendengarnya. Selepas ini dia akan larikan diri daripada raja syaitan itu.

"T-terima kasih. Aku janji aku bayar balik"kata lelaki tua itu. Dia memberikan tanda hormat berulang kali. Terkedu lidahnya memandang senjata yang tajam di atas meja itu.

Terbutang matanya melihat lelaki bertopeng itu memegang kapak. Macam tajam sahaja kapak itu. Kalau terkena di lehernya mungkin kepala akan terus tercabut.

"Pergi sekarang sebelum aku ubah fikiran!"

Terhinjut bahu lelaki tua itu. Dengan perasaan takut dia terus menapak keluar dari tempat yang menjijikkan itu. Mahu termuntah dia kalau berlama -lama disana.

Bau hanyir dan bangkai manusia itu sangat busuk dan meloyakan.Bagaimana lelaki yang berpangkat syaitan itu boleh bertahan dengan suasana sebegini? Dia sendiri pun tidak tahu.

"Dasar syaitan" kata lelaki tua itu perlahan.

Baru sahaja dia mahu memegang tombol pintu, dia merasakan akan ada sesuatu benda yang datang ke arahnya.

KTAK!

Kapak yang berada ditangan Syahriz terus dibaling tepat mengena leher lelaki tua yang malang itu. Tak terputus darah mengalir di bahagian leher yang dipotong tadi.

Kepala lelaki tua itu terus jatuh berguling di lantai. Tersenyum sinis Syahriz melihatnya.

"Aku mungkin syaitan tapi aku tak munafik macam kau orang tua" sinisnya.Betul kan apa dia katakan tadi? Manusia memang tidak mengenang budi. Diberi peluang kedua tetapi tidak reti bersyukur.


Selepas itu, dia memandang badan yang sudah tiada kepala. Masih segar untuk dijadikan makanan haiwan peliharaannya.

"Rifqi"

"Ya Tuan"akur lelaki yang bernama Rifqi itu.

Memang dia akui Rifqi adalah orang yang cekap. Hanya memanggil namanya sahaja dia sudah berada betul betul didepan mata. Memang pekerja yang terbaik.

"Ada makanan untuk boy. Tolong siapkan. Aku tak nak dia mengamuk nanti."arahnya.

"Baik tuan"akur Rifqi.

Mayat itu terus ditarik untuk memberikan makanan kepada haiwan peliharaan tuannya. Lagi cepat lagi bagus. Dia tahu haiwan itu akan liar kalau lapar jadi dia perlu menyediakan makanan haiwan itu lebih awal. Dia sudah biasa buat kerja begini jadi apa yang perlu ditakutkan.

Sebaik sahaja pekerjanya sudah pergi,topeng mukanya dibuka. Rambut yang menutup dahi diselak ke belakang menggunakan tangan.

Memang setiap kali dia melakukan kerja berkaitan dengan D.D dia akan mengenakan topeng yang berlainan.

Tidak mahu musuh atau pihak polis mengecamnya.D.D atau lebih dikenali sebagai Dark Devil. Itulah nama yang sering disebut.

Dia sangat licik sehingga pihak polis tidak dapat menjejakinya. Bukan setakat menjejakinya malah markasnya pun tidak dapat dikesan. Hanya orang tertentu sahaja tahu.

Baginya pihak atasan sangat lembab melakukan kerja mereka. Tetapi tak apa lambat laun mereka akan berhenti juga.

" Lee Syahriz Kwan"panggil seseorang. Nama panjang lelaki itu disebut.

"Boleh tak kau jangan sebut nama panjang aku?"marah Syahriz. Seperti dia tahu siapa yang memanggilnya.Siapa lagi kalau bukan Rafqi Haris.

"Alah, saya sebut nama tuan pun salah, kalau saya panggil tuan binatang pun tuan marah. Patutlah tuan tak laku." balas lelaki itu selamba.

Syahriz terus memandang wajah polos lelaki itu tajam.Geram betul apabila bercakap dengan lelaki yang berada didepannya. Entah apa yang terjadi kepada lelaki itu sampai terencat akal begini pun dia tidak tahu.

Tetapi dia kagum juga dengan lelaki yang bernama Rafqi Haris. Dia sahaja yang berani melayannya sebagai kawan. Jadi memang hidupnya tidak pernah sunyi. Ada sahaja nyamuk yang mengacaunya.

Namun jauh beza perangai lelaki itu dengan kembarnya.Rifqi Hariz seorang yang tegas dan berdisiplin. Kadang kala dia sendiri pun tidak percaya yang mereka kembar.

"Apa kau nak?"tanya Syahriz terus terang. Malas mahu melayan kerenah lelaki terencat akal itu.

"Jom makan dekat luar. Tuan mesti lapar kan?"kata Rafqi. Tersengih dia memandang wajah beku lelaki itu.

"Hmm. Panggil sekali abang kau. Aku tunggu"arah Syahriz.

Topeng yang berada ditangannya dibuang ke dalam tong sampah. Topengnya sudah banyak jadi apa yang perlu dihairankan?

"Baik tuan" kata Rafqi sambil memberi tabit hormat tangannya seperti gaya tentera.

Selepas itu, dia terus berlari keluar dari bilik penyeksaan itu. Bukan apa bau hanyir kuat menerjah lubang hidungnya. Busuk sangat.

Dia memang tidak biasa bunuh orang sebab itu bukan kerjanya. Kerjanya cuma menggodam maklumat. Jadi tangannya masih suci lagi.

"Macam mana lah kau boleh jadi pekerja aku?" Keluh Syahriz. Dia terus menapak keluar dari bilik penyeksaan.

















































































































MATANYA melilau mencari susuk tubuh seseorang. Terlalu ramai sangat orang yang datang di Cafe Mr.latte ni.

Banyak yang berubah. Daripada luar sehingga dalam sangat lain daripada dulu. Tersenyum dia memandang designed baru Cafe ini. Sangat mewah dan simple.

"Erk Cik ada tempah meja?"tanya pekerja perempuan itu. Wajahnya tersenyum manis memandang gadis di hadapannya.

"Ermm ada tak pelangan awak nama dia Amir Hairil?"tanya Haura. Dia membalas kembali senyuman pekerja perempuan itu. Cantik orangnya.

"Oh..nama cik Nur Haura kan?"

"Ya nama saya"katanya.

"Ikut saya"kata pekerja perempuan itu.

Haura hanya menurut sahaja. Dia mengikut pekerja itu dari belakang.Sampai sahaja di ruangan VIP, pekerja itu terus berhenti. Dia memberikan ruang untuk gadis itu duduk.

"Ini dia. Selamat menjamu selera."kata pekerja perempuan itu. Dia terus menapak ke tempatnya tadi.

"Baik betul kan dia" kata Haura sambil tersenyum memandang kekasihnya.

"Ye"balas lelaki itu pendek.

Berkerut kening Haura mendengarnya. Sakit kah lelaki itu ataupun dia baru sahaja gaduh?

"Awak kenapa ni?"tanya Haura.

Dia cuba menyentuh tangan lelaki itu namun ditempis. Sekali lagi keningnya berkerut seribu. Sejak akhir ini , lelaki itu selalu mengelakkan diri daripada berjumpa dirinya. Dia sendiri pun pelik.

"S-sorry Haura. Aku tak sengaja"kata Amir. Tangannya diletakkan di bawah meja.

"Tak apa saya faham"balas Haura. Dia tersenyum kelat.

"Aku nak bagitahu kau sesuatu"kata lelaki itu. Nada suaranya kedengaran agak serius. Takut pula Haura mendengarnya.

"Apa dia?"tanya Haura.

Dia membetulkan rambut yang diikat tepi. Gayanya seperti budak nerd itu langsung tidak menganggu kerjanya. Dia tidak kisah kalau orang lain mengata pasalnya.

Amir melepaskan keluhan berat. Dia tahu sukar untuk gadis itu menerima tetapi ini untuk kebaikan dirinya juga. Lagipun sudah 4 hari dia berfikir tentang ini jadi dia tidak akan sia siakan peluang yang ada sekarang.

"Kita putus"kata lelaki itu. Tersentak Haura mendengarnya. Lelaki itu bergurau ke sekarang ni?

"P-putus? Awak jangan buat lawak lah. Benda ni tak lawak."kata haura sambil ketawa yang dibuat buat untuk menyedapkan hatinya.

Dia tahu lelaki itu hanya main main sahaja. Disebabkan lelaki itu sudah banyak kali membuat perkara yang sama untuk berjenaka jadi dia menganggap lelaki itu tidak serius.

Buktinya sewaktu hari jadinya ke 18 tahun lelaki itu berpura pura memeluk seorang gadis yang disangkakan perempuan yang mahu merampas lelaki itu darinya.

Tetapi gadis yang disangkakan perampas adalah adik lelaki itu sendiri. Malu sungguh jika diingatkan kembali.

"Aku serius sekarang Haura"kata Amir dengan nada datar.Dia memandang wajah gadis itu dengan perasaan langsung tidak bersalah.

Haura mula gelisah. Apa yang dia sudah lakukan sehingga lelaki itu tidak boleh bertahan dengannya? Pasti ada sebab.

"T-tapi kenapa? Saya ada buat salah ke?"tanya Haura gagap.

Air matanya mula bertakung di kelopak mata. Sakit hatinya sekarang melihat wajah datar lelaki itu.

"Sebab kau tak cantik. Kau hodoh Haura. Kau tahu tak aku malu nak rapat dengan kau sebab kau nerd?! Kau tak macam perempuan yang aku nak"kata Amir.

Dia langsung tidak memikirkan perasaan gadis itu. Dia hanya tahu perasaannya sahaja.

"Awak kata awak tak kisah saya nerd atau tidak tapi sekarang ni kenapa awak cakap macam ni?"tanya Haura kecewa.

Lelaki itu sendiri yang janji tidak akan tinggalkannya tetapi sekarang apa yang dia dapat? Harapan palsu sahaja.

"Itu dulu, dan sekarang aku dah jumpa orang yang lebih baik dari kau. Kau anggap saja lah aku ni orang asing"kata Amir.

Dia terus menapak pergi. Lega kerana dia dapat berterus terang dengan gadis itu. Haura terus memegang tangan lelaki itu.

"Awak jangan tinggalkan saya" rayunya.

Berharap lelaki itu dapat mengubah fikirannya sekarang. Tangan yang dipegang itu direntap kasar. Tersentak Haura dibuatnya.

"Jangan sentuh aku lah! Aku jijik tengok muka kau! Dasar anak pelacur!" Tengking Amir.

Terhinjut bahu gadis dihadapannya. Bukan gadis itu sahaja malah orang yang berada di sana pun terkejut. Terus dia mendapat satu idea untuk malukan gadis dihadapannya.

"Perempuan hodoh macam kau ni layak ke jadi girlfriend aku?Dan sekarang kau jangan cuba nak rosakkan hubungan aku dengan bakal isteri aku!"kata Amir dengan suara yang sengaja dikuatkan.

Biar gadis itu malu untuk berjumpa dengannya lagi. Tersenyum sinis dia melihat pelanggan di situ merakam menggunakan telefon pintar mereka.

Air yang berada di atas mejanya tadi dipandang. Tersenyum dia melihat gadis itu menunduk malu.

"Aku tak nak tengok lagi muka hodoh kau lagi. Baik kau sedar diri kau"sambungnya lagi.

Dia menuang air itu di atas kepala haura. Basah baju gadis itu sekarang.Tersedu sedu gadis itu menangis. Malu dia diperlakukan seperti itu.

Selepas puas melihat wajah merah gadis itu, dia terus menapak pergi. Biar gadis itu hadap malunya sendiri.

"I'm sorry Haura, aku dah lama nak buat macam tu kat kau"kata Amir dalam hati.

Haura hanya memandang lelaki itu pergi dari jauh sahaja. Beg yang berada di sofa itu diambil. Matanya memandang ke arah pelanggan yang merakamnya tadi.

Sungguh dia malu sekarang. Pasti videonya akan disebar nanti. Tisu yang tidak jauh darinya diambil lalu dilap di mukanya. Dia perlu pergi sekarang sebelum dirinya akan dimalukan lagi.

"Cik" tegur seseorang.

Terkejut Haura memandang gadis yang berada di depannya. Dia memandang dari atas sehingga ke bawah penampilan gadis itu. Cantik orangnya tidak seperti dirinya hodoh.

"Cik tak apa apa ke?"tanya gadis itu.

"Saya tak apa apa"tipu Haura.

Dia malu mahu berterus terang dengan gadis itu.Namun,gadis itu seperti mengetahui yang dia sedang menipu.


"Saya tahu cik tipu saya. Lagipun saya dah nampak semuanya. Boleh saya tolong?"pelawa gadis itu.

Terkejut Haura dibuatnya. Dia tidak perasan pula gadis itu berada berdekatan dengannya. Semakin bertambah malunya sekarang.

Belum sempat Haura mahu menjawab gadis itu terus menghempaskan meja. Terhinjut Haura sekali lagi. Siapa saja tidak terkejut dengan bunyi kuat seperti itu?

PAP!

"Beri perhatian. Siapa yang rakam video tadi sila padam. Pelangan yang tidak beri kerjasama yang baik saya akan tindak dengan cara kasar"ugut gadis itu.

"Kalau I tak nak you nak buat apa?" Tanya salah seorang pelangan perempuan yang berada tidak jauh darinya.

"Seperti yang saya kata tadi. Saya akan bertindak dengan cara kasar."kata gadis itu dengan wajah datar.

Nampak dari wajahnya seperti menahan marah saja. Gelisah juga Haura dibuatnya. Sudahlah gadis itu sedang mengandung kalau ada perkara buruk jadi mungkin dia yang akan dipersalahkan.

"You sapa nak arahkan kitorang untuk delete atau tidak video tu? Anak raja? Or isteri mafia?"sinis pelanggan itu.

"Siapa saya tu tak penting. Yang penting sekarang maruah pelanggan saya saya perlu jaga. Saya nasihatkan awak jangan sebarkan aib orang takut aib awak pula akan tersebar. Mana lah tahu aib awak ni lagi teruk"sinis gadis itu kembali.

"Kurang ajar!"

Baru sahaja tangan pelanggan itu naik ke wajah gadis itu ada satu tangan asing yang menghalangnya. Sekali lagi Haura terkejut melihat tubuh tegap seorang lelaki. Itu pasti suami gadis itu.

Tangan pelanggan perempuan itu ditempis kasar. Hampir sahaja perempuan itu terjatuh tetapi kakinya sempat mengimbangkan badan.

"Jaga cara percakapan kau kalau kau nak bercakap dengan isteri aku!"marah lelaki itu.

"Hubby, bukan ke wife suruh hubby jaga bawah? Kenapa ada dekat sini?"tanya gadis itu kepada suaminya. Memang tepat tekaan Haura tadi. Lelaki itu memang suaminya.

"Adelia, behind me now " arah lelaki itu.

Baru sekarang Haura tahu nama gadis itu adalah Adelia. Nampak gaya suaminya seperti garang sahaja.

"Fine" kata Adelia. Dia terus berdiri di belakang suaminya.

"Kau boleh keluar kalau kau tak nak hormat orang lain dekat sini."sambung Lelaki itu. Serta merta pergaduhan tadi bersambung.

"Haih fine!" Marah perempuan itu. Dia terus melemparkan duit tadi di atas meja. Terangkat kening Haura melihatnya.

"Kurang ajar. " Gumam Haura.

"Sebab tu lah aku tak suka perempuan macam tu"kata Lelaki itu.

Dia memandang Haura dari atas hingga bawah. Penampilan gadis itu langsung tidak sama dengan isterinya. Eh, ada kah perempuan yang sama dengan Adelia?

"M-maaf"

Continue Reading

You'll Also Like

92.8K 5.1K 50
"I bring you out from hell. So, don't wither, azalea."-Rayan Dua dunia menyatukan mereka berdua dalam sebuah perkahwinan yang indah tetapi dipenuhi b...
551K 23.8K 71
๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
449K 21.2K 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Di...
614K 21.8K 41
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...