𝕭𝖆𝖇 𝟔𝟗

1.6K 42 7
                                    

4 Tahun Kemudian...

"Jauh termenung, fikirkan siapa?"

"Fikirkan abang,"

"Fikir apa? Abang ada depan mata Nadia sekarang ni,"

"Nadia tak percaya masih ada yang boleh terima Nadia,"

"Allah hadirkan seorang hamba untuk ubah kita kearah kebaikan. Dan makhluk Allah diciptakan hidup berpasang-pasangan. Lagi satu, sudah tertulis di Luh Mahfuz yang Nadia adalah jodoh abang, inshaAllah hingga ke jannah,"

"Abang tak bagitahu pun yang madrasah Nadia tinggal tu abang punya,"

"Macam mana Nadia tahu abang pemilik madrasah tu?"

"Nadia tahu daripada umi. Asalnya umi taknak cerita tapi Nadia yang paksa,"

"Terima kasih, abang. Kewujudan madrasah tu buat Nadia sedar. Banyak dosa dan kekhilafan yang Nadia buat selama hidup di dunia ni. Nadia terlalu lalai dengan harta dunia sampai lupa akan akhirat,"

"Nadia pernah dengar dari surah Al-'Ankabut ayat 64. Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui,"

"Allah memberi hidayah pada orang yang dia kehendaki. Allah yang gerakkan hati Nadia untuk ke sana,"

"Boleh Nadia tanya?"

"Tanyalah sebanyak manapun yang Nadia mahu,"

"Kenapa dulu abang layan Nadia teruk? Nadia tengok abang macam bencikan Nadia,"

"Sebelum abang jawab, abang minta maaf dulu. Jujur abang kata yang dulu memang abang tak sukakan Nadia. Perangai diva awak tu buat saya baran. Sudahlah perangai diva belagak pula tu. Mulut tu memang tak ada insurans,"

"Mana ada diva! Itulah orang kata jangan benci sangat nanti sayang. Padan muka, sekarang kena hadap muka Nadia aje setiap hari,"

Terletus tawa kecil dari bibir Haydar mendengar bicara Nadia.

Mata terarah pada keluarga yang sedang bermain dengan anak mereka di taman. Sudah masuk dua tahun usia perkahwinan mereka, tetapi Allah masih belum kurniakan mereka rezeki cahaya mata.

"Abang suka budak?"

"Berapa kali dah abang cakap pasal benda ni? Allah kata belum rezeki kita. Ini adalah salah satu ujian Allah beri pada kita. Apa yang abang pernah cakap sebelum ni?"

"Teruskan berdoa sehingga doa menjadi kenyataan. Percaya rezeki Allah kerana Allah sedang menguji umatnya supaya sentiasa bersabar. Dan sentiasa bersangka baik pada Allah,"

"Good girl. Ini baru isteri Haydar," ujarnya seraya mengusap kepala Nadia yang ditutupi tudung.

"Abang suka Nadia yang sekarang. Dari seorang perempuan yang seksi sekarang tengoklah bertutup litup. Abang bangga dengan Nadia,"

[C] Mrs. Ayden MatinUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum