𝕭𝖆𝖇 𝟏𝟎

1.5K 58 1
                                    

Hari semakin gelap, hujan lebat sudah membasahi bumi. Ayleen dan keluarganya masih berada di rumah Dato Andres. Puan Aylina kalau dapat berjumpa dengan Datin Fiera mesti berborak lama, biasalah woman. Tapi Ayleen tidak kesah sebab dia dapat stalk Ayden. Gatal!

"Tidur sini aje lah Lina. Hari pun dah malam sangat ni, hujan pula tu. Faris nampak ke malam-malam ni? Jalan licin tu," pujuk Datin Fiera. Mahu rakannya tidur dirumahnya seharian.

"Betul juga apa yang si Fiera ni cakap. Hari dah gelap sangat ni, bahaya. Bilik tetamu pun banyak dekat sini," ujar Dato Andres pula.

Ayleen sejak tadi hanya menjadi pendengar. Tak elok masuk campur hal orang tua. Pasang telinga saja.

"Tidur sini jelah umi., desis Ayleen dalam hati. Kalau cakap karang kena cop gatal pula.

"Dah kalau kau orang cakap macam tu, okay la," kata Encik Faris. Ayleen sudah tersenyum gembira.

"Ayleen, kamu tak payah nak suka sangat. Jangan ingat umi tak tahu. Kamu jangan sibuk nak mengusha anak teruna orang, dia dah ada tunang," bisik Puan Aylina. Ayleen hanya menayangkan wajah malas.

"Ye umi, Ayleen tahu tu,"

Mereka melangkah menuju ke arah bilik tetamu yang telah disediakan.

"Ayleen boleh duduk bilik ni. Sebelah ni bilik Ayden," kata Datin Fiera sambil menunjuk ke arah bilik tersebut.

"Alhamdulillah, makin dekat. Mungkin kita memang ditakdirkan bersama, Ayden," desis Ayleen. Tiba-tiba ada satu tangan yang menepuk kuat lengannya sambil tersenyum.

"Aduh, sakit la umi," bisik Ayleen perlahan. Puan Aylina hanya menjeling anaknya. Datin Fiera sekadar memerhati. Tidak mahu dia masuk campur hal anak beranak itu.

"Ayleen pergi la masuk rehat. Mesti penat kan? Seharian Ayleen tolong aunty," Ayleen hanya mengangguk dan terus menuju ke arah bilik yang telah ditunjukkan oleh Datin Fiera.

"Terima kasih, aunty," ucap Ayleen sebelum memasuki bilik itu.


******

Sedang Ayleen tertidur, tiba-tiba dia tersedar dari lenanya. Tekaknya terasa haus. Dia perlukan air.

Ayleen bangkit dari pembaringannya. Dia terus melangkah menuruni anak tangga untuk pergi ke dapur. Nasib baik dia sudah banyak kali datang ke rumah ini, jadi dia sudah tahu di mana kedudukan setiap ruangan di rumah agam itu. Ayleen terus berlalu pergi ke arah dapur.

Sampai sahaja di ruang dapur. Alangkah terkejut dia, apabila ada satu figura yang sedang elok duduk di meja makan sambil memandang tepat ke arahnya. Sudahlah duduk dalam gelap.

"Kau lagi, asyik muka kau je. Macam mana kau boleh ada dekat sini? Kau tak ada rumah ke?" kata Ayden.

"Bukan masalah awak," jawab Ayleen.

"Ini rumah mak bapa aku, so... aku ada hak untuk tahu kenapa kau ada dekat sini. Kau nak stalk aku kan?" teka Ayden.

"Please la, Ayden. Boleh tak awak jangan perasan sangat?" soal Ayleen padahal hakikatnya memang benar.

"Kau jangan ingat aku tak tahu," kata Ayden sambil tersenyum sinis.

"Malas saya layan awak," Ayleen terus melangkah ke arah singki untuk mencuci gelas yang sudah digunakannya.

"Alang-alang, tolong basuhkan sekali pinggan aku, bibik,"

Ayleen memusingkan tubuhnya. Jantungnya berdegup laju, pipinya baru sahaja terkena pada bibir lelaki itu. Wajah Ayden begitu dekat dengannya ketika ini sehingga dia boleh merasakan hembusan nafas lelaki itu.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now